Monday, December 8, 2008

Bagaimana Dapat Meningkatkan Lagi Inovasi Di dalam Pembelajaran Pendidikan Seni Pengajaran Secara Individu Dan Berkumpulan.

Mengikut Warner (1981 ) dan Fullan ( 1982 ), “ realiti di sekolah dan bilik darjah memerlukan pendekatan yang lebih terbuka terhadap konsep implementasi sebagai proses perubahan dan bukan perubahan semata-mata” Pendapat ini selari dengan arus globalisasi dan desakan keperluan negara, untuk melahirkan pelajar yang kendiri dan kreatif memerlukan paradigma baru kurikulum sesuai dengan keadaan semasa.

Sharifah Md.Nor ( 2002 ), menyatakan “ Matlamat pembelajaran sekolah bestari, ialah supaya pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari bukan sahaja sekadar mendapatkan ilmu pengetahuan. Dalam perancangan sekolah bestari, kurikulum menekankan penyelesaian masalah, pembelajaran berbentuk pengalaman dan proses pengajaran dan pembelajaran yang mendorong pelajar bekerjasama antara satu sama lain “.

Oleh itu kurikulum, guru dan pelajar harus bersedia menongkah cabaran baru ini. Budaya sentiasa belajar menjadi teras di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sesuai dengan saranan penulis, pengulas mendapati ianya menuju kepada kurikulum bestari.









Sama ada secara individu atau kumpulan, telah dikenalpasti sebagai antara faktor-faktor yang dapat menguruskan penyelesaian masalah atau kreativiti personal dengan cara yang tersendiri. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini meliputi tahap kualiti sesuatu kumpulan, kreativiti yang dibantu, sifat tingkah laku individu, kebolehan kognitif yang istimewa, motivasi kendiri, orientasi terhadap kemungkinan, kepelbagaian pengetahuan, pakar di dalam sesuatu bidang, kemahiran sosial, bijaksana dan kejahilan. (Theresa Amabile 1988)

Walaupun faktor individu dan ikhtiar adalah penting kepada pelajar, persekitaran sosial juga memainkan peranan dalam meninggikan nilai inovasi terhadap proses kreativitinya. Persekitaran yang menggalakkan kreativiti di dalam menjana inovasi kepada para pelajar antaranya ialah pemberian kebebasan, pengurusan tugasan yang baik, sumber yang mencukupi, galakan, masa yang mencukupi, karektor organisasi yang khusus, pengiktirafan, keperluan cabaran dan tekanan.

Pengajaran dan pembelajaran memerlukan satu mekanisme untuk mempertimbangkan idea idea baru seperti iklim di bilik darjah menerusi kerjasama dan usahasama daripada semua peringkat dan bahagian, di mana setiap hasil inovasi ini akan dihargai dan kegagalan bukan suatu takdir . Kualiti persekitaran tidak akan menyumbangkan kepada proses inovasi apabila ia terlalu banyak karektoristik , sekatan , desakan , kurang minat , kelemahan pengurusan tugas , penilaian , kekurangan sumber , iklim bilik darjah yang kurang mendapat kerjasama dan usahasama dari semua peringkat dan bahagian , dan terlalu memberi penekanan terhadap status quo .



Di dalam aspek persekitaran, faktor sosial lebih memainkan peranan daripada karetoristik personal yang dipengaruhi oleh guru yang kebiasaannya menentukan karektor organisasi secara individu atau berkumpulan . Brown (1989) dan Harington (1990) berpendapat organisasi kreativiti sebagai kombinasi proses kreativiti , produk kreatif , individu kreatif , suasana kreatif dan bagaimana komponen komponen ini berhubung antara satu sama lain . Kreativiti individu berkait rapat dengan fungsi sesuatu keadaan yang sebelumnya (contohnya peneguhan sejarah biografi yang berubah ) gaya kognitif dan kebolehan (pemikiran yang bercapah , pengaliran idea yang berterusan ) faktor personaliti (kepuasan diri, pengawalan yang tepat), pengetahuan yang relevan, motivasi, pengaruh sosial ( fasiliti sosial , ganjaran sosial ) dan pengaruh keadaan ( persekitaran fizikal , desakan tugas dan masa ) .

Ini bermaksud bahawa guru dan pentadbir yang ingin menggalakkan inovasi tidak boleh menafikan pengalaman , gaya kognitif , kebolehan atau personaliti pelajar tetapi boleh mempengaruhi pengetahuan motivasi dan sosial . Pendidik seni perlu memikirkan dan memilih pelajar yang mempunyai latar belakang tertentu , kognitif , kebolehan dan profil personaliti mengikut kecenderungan masing masing .

Matlamat dan objektif Pendidikan Seni lebih bersifat universal. Lebih lebih lagi, Penghasilan tema, falsafah, karya atau produk mempunyai rantaian komunikasi global. Melalui visual, satu pernyataan tidak perlukan kenyataan kerana telah wujud interaksi dalaman pada seseorang audien.



Penghasilan yang berbeza, pelbagai, kesesuaian dan futuristik adalah tanda terima kasih pelajar yang berjaya mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan tekun kepada gurunya. Apabila seorang guru itu mengajar pendidikan seni, hasilnya bukan untuk menyediakan seorang pelajar itu menjadi pelukis tetapi beliau mengajar asas, prinsip dan elemen seni lukis serta pengetahuan sejarah, penghargaan dan boleh bertindak mengukur diri sendiri dalam menilai dan membuat keputusan.

Menghasilkan karya sendiri memerlukan rujukan yang bersifat persekitaran. Ini menghasilkan pelajar yang mampu berjaya dalam kehiduan sehariannya apabila setiap yang dipelajari berjaya digabung jalinkan dengan kehiduan seharian secara berterusan. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan seni menitik beratkan ilmu kajian
kritikal dalam seni tampak. Hasilnya ia berjaya melahirkan pelajar yang sensitif, pemikir dan
menjadi inovator.

King dan Anderson (1990) memilih karektoristik kerja berkumpulan menjadi kunci . Beliau menggambarkan kreativiti berkumpulan sebagai pemimpin kepada usahasama , perpaduan , ketahanan kumpulan , gubahan kumpulan , struktur kumpulan dan keahlian daripada pelbagai bidang atau latar belakang .

Ini adalah kunci bagaimana gerak kerja berkumpulan ini berfungsi. Pertimbangan ini menuju kepada perkembangan kreativiti iaitu bagaimana untuk meninggikan teknik berkumpulan seperti ‘brainstorming’ dan ‘mind mapping’.



Stein (1974) berpendapat bahawa seseorang itu sebenarnya menjana idea yang sedikit di dalam kumpulan. Hackman dan Morris (1975) menyatakan bahawa keupayaan kumpulan menurun di sebabkan kekurangan motivasi, kecacatan proses dan penyelarasan. Mengikut Botter dan Yetton (1987) pula, kumpulan penyelesaian masalah ini boleh memperbaiki keberkesanan kumpulan mereka dengan melatih secara individu tentang kemahiran penyelesaian masalah.

Teknik mengenalpasti peningkatan organisasi kreativiti termasuk memisahkan penyelesaian penjanaan dan penyelesaian penilaian ( Cummings dan O’Connell, 1978 ).
Kemungkinan yang diambil, kebebasan bertukaf idea, pengesahan pertentangan, simulasi penyertaan dan kepercayaan intrinsik sebagai bangkangan kepada ganjaran ekstrinsik.

Bassadur, Graen dan Scandura (1986) berpendapat bahawa Kreativiti meningkat apabila lebih banyak masa digunakan untuk menerbitkan idea, dan apabila sesuatu kumpulan mengelakkan menaksir pra kematangan idea dengan penilaian kritikal. Para sarjana ini berpendapat bahawa latihan yang fokus kepada memperkembangkan kemahiran berfikir berdasarkan kreativiti akan menuju kepada dapatan yang tepat dari segi kualiti dan kuantiti ‘output’ kreatif.

Peningkatan inovasi dalam gerak kerja berkumpulan bukanlah mengikut jumlah individu yang kreatif di dalam sesuatu kumpulan. Perlakuan kreatiflah menjadi pengantara di dalam berkumpulan dan ia dipengaruhi oleh gubahan kumpulan, karaktoristik dan proses.



Amabile (1988) mengenalpasti domain kemahiran yang relevan, kreativiti- kemahiran yang relevan dan tanggungjawab motivasi intrinsik sebagai kunci elemen ini. Beliau menyarankan setiap satu dari tiga komponen ini diaplikasi kepada individu dan kumpulan yang kecil serta menjadi keperluan dalam menghasilkan inovasi.

Implikasinya ialah pertembungan kreativiti boleh diaplikasi kepada kreativiti pelajar dan inovasi berkumpulan. Seseorang guru perlu mencari kemahiran dalam tugas, kemahiran kreativiti dan motivasi intrinsik di dalam pengajaran dan pembelajaran. Faktor persekitaran dapat menyokong pelajar menjadi lebih inovatif.

Nonaka (1991) memberikan 4 asas mencipta pengetahuan : menukarkan pengetahuan ‘tacit’ kepada pengetahuan’tacit’(sosialisasi) , eksplisit kepada eksplisit (kombinasi) , ‘tacit’ kepada eksplisit (luaran) dan eksplisit kepada ‘tacit’ (dalaman).

Proses mencipta bermula dengan menyatukan perkara yang kontra dan idea melalui metafora . Kemudian menyelesaikan kontra ini melalui analogi . Akhirnya mengilap konsep penciptaan membentuknya sebagai model yang menjadikan pengetahuan diwujudkan .

Inovasi yang berterusan adalah tidak mustahil dan bergantung kepada penciptaan ilmu . Inovasi dilihat sebagai pengetahuan penciptaan yang tersusun . Ia juga sama seperti kreativiti. Pengetahuan ‘tacit’ bersifat personal , sukar di’formal’kan , subjektif , ilham dan bermula dari asas perbuatan dan pengalaman seseorang , ideal , nilai dan emosi . Ia boleh dipisahkan menjadi 2 komponen kemahiran informal.



Kesimpulannya, pengajaran secara individu dan berkumpulan dapat meningkatkan lagi inovasi seandainya ia disokong oleh persekitaran sosial dan guru .Elemen elemen yang memberi kesan kepada inovasi, yang dapat menolong mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran ialah ilmu , motivasi , sosial dan pengaruh keadaan . Guru sebagai penyalur maklumat kurikulum memalui pendekatan yang efektif boleh mengagihkan pelajar secara individu atau kumpulan pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan kemahiran .

Pembelajaran yang berjaya menghidupkan iklim bilik darjah secara positif dan membawa pelajar Pendidikan Seni merentasi disiplin lain. Pendekatan yamg pelbagai dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran kepada motivasi minat. Guru pula menjadi pendorong dan fasilitator dengan memberikan dorongan dan simulasi kepada pembelajaran pelajar untuk menjana dan meningkatkan inovatif .

Dengan cara ini, pelajar, secara individu atau berkumpulan akan mempunyai fungsi dan proses tersendiri di dalam menjana inovasi . Dengan ini dapat dinyatakan bahawa wujud kebarangkalian untuk mereka bentuk (design) struktur individu atau berkumpulan bersama prosesnya dalam menjana dan meningkatkan inovatif .







Rujukan
Abd. Fatah Hasan, “ Pengenalan Falsafah Pendidikan “, PTS Pub & Distributors, 2001

Amabile , Teresa M 1988. “A Model o Creativity and Innovation in Organizations,” Research in organizational Behavior , Vol. 10:

Basadur, M., G.B. Graen and T.A.Scandura. 1986. “Training effects on Attitudes Toward Divergent Thinking among Manufacturing Engineers.” Journal of Applied Psychology . Vol.71(4):

Brown , R.T. 1989. “ Creativity : What Are We to Measure?” In J.A.Glover, R.R.Ronning , C.R.Reynolds,eds,Handbook of Creativity. New York :
Plenum Press . \

Cummings, L .1965. “Organizational Climates for Creativity.”Journal of the Academy of Management. 8\

Nonaka, I. 1991. “ The Knowledge – Creating Company ,” HBR,Nov-Dec:
Sharifah Md. Nor, ( 2000 ) “ Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Sosiologi “ Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan ,
“ Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik”, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan Kesenian, UPSI, 2000.

Kurikulum pendidikan seni visual di sekolah sekolah seharusnya memfokuskan kepada pembentukkan kefahaman silang budaya bagi membina integrasi antara r

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia merupakan satu alat penting untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Negara ini. Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat mewujudkan perpaduan menerusi fungsi dan kaedah kaedah berikut ;-

1. Kurikulum yang sama
Sekolah merupakan agen sosial yang amat penting untuk membentuk keperibadian dan perwatakan murid murid bagi mewujudkan perpaduan di kalangan mereka. Kurikulum yang berorientasikan Malaysia yang selaras telah diperkenalkan di semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantarnya.

Unsur unsur pendidikan kewarganegaraan telah di terapkan ke dalam semua mata pelajaran. Pendidikan ini dapat memupuk semangat kebangsaan dan taat setia kepada Negara di kalangan pelajar sekolah. Di samping itu, ia dapat membentuk sifat sifat toleransi, persefahaman dan tolak ansur bagi melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu.

2. Peperiksaan yang seragam
Kerajaan telah memperkenalkan peperiksaan yang sama dan seragam untuk membentuk satu identiti Malaysia. Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) bagi murid murid tingkatan tiga telah diperkenalkan di semua sekolah di Negara ini pada tahun 1956. seterusnya, kerajaan telah memperkenalkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi murid murid tingkatan lima dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi semua murid murid tingkatan enam si semua sekolah menengah di Malaysia.

3. Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pengantar Utama
Mulai tahun 1970, Bahasa Malaysia telah digunakan sebagai bahasa pengantar rasmi, di semua sekolah di Malaysia. Ia menggantikan bahasa inggeris secara berperingkat peringkat di sekolah sekolah di Negara ini. Semua sekolah aliran bahasa Cina dan Tamil telah diwajibkan menggunakan bahasa Malaysia. Penggunaan satu bahasa rasmi akan dapat mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan murid murid sekolah dan seterusnya di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

4. Aktiviti Ko-Kurikulum dan Sukan
Kerajaan telah menggalakkan aktiviti ko-kurikulum dan sukan di sekolah sekolah. Kegiatan ko-kurikulum ini dibahagikan ke dalam tiga kategori iaitu persatuan, unit beruniform dan sukan. Murid murid diwajibkan untuk mengambil bahagian yang aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum berkenaan. Matlamat kegiatan ini ialah untuk melahirkan generasi muda yang berdisiplin, bersemangat kebangsaan dan bersatupadu.

Saturday, June 7, 2008

Pendekatan Psikologi ( Emosi ) di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Pengenalan

Tahun 2003 telah menggemparkan lagi masyarakat Malaysia di mana terdapat dua puluh orang pelajar senior telah membelasah seorang pelajar junior sehingga merosakkan buah pinggangnya. Tidak lama kemudian lima orang pelajar dari sekolah berasrama penuh cuba mencederakan guru mereka dengan senjata yang berbahaya. Tanpa kita sedari, ini hanya secubit cerita benar yang mendapat paparan umum, sedangkan banyak lagi permasalahan yang tidak terungkai atau disembunyikan dari pihak berkuasa kerana ingin menjaga nama baik sesebuah sekolah. Apa yang menjadi tanda tanya ialah pelajar-pelajar semakin bersikap liar, keras kepala, biadap sedangkan mereka di dalam sempadan sekolah. Di manakah kerapuhan pendidkan yang telah kita bina kini? Adalah tidak adil sekiranya kepincangan ini kita letak di bahu kurikulum, guru atau mahupun pelajar sendiri. Walaubagaimanapun, kita mesti mencari penawar demi menyelesaikan masalah sebelum memusnahkan nilai hidup generasi akan datang.

Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam, kita harus meneliti kurikulum kita yang mana lebih mementingkan kecerdasan IQ. Keputusan kecerdasan inilah yang diambil kira dalam mengukur dan menilai seseorang. Pelajar hanya dilihat dari sudut kepintaran sahaja, sedangkan kepintaran itu boleh diasah. Jika diberi latihan dan praktikal yang banyak seperti latih tubi serta pendekatan penghafalan pelajar pasti mampu mendapat pencapaian yang baik.


Howard Gardner di dalam temubualnya dengan NEAtoday Online ( 1999 ) berpendapat bahawa taraf kecerdasan seseorang itu tidak akan mempunyai nilai sekiranya ia tidak membawa kepada sumbangan terhadap masyarakat dan budayanya. Kini sampai masanya kita harus menekankan lagi aspek aspek kepercayaan, keluhuran, kesetian dan nilai-nilai yang baik seperti yang diikrarkan dalam Rukun Negara..

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia...”

Emosi ternyata berdiri sama tinggi dengan intelek ( meliputi hampir kesemua displin), rohani (keagamaan, moral dan falsafah), jasmani ( sukan, riadah dan ilmu kesihatan). Ini bermakna domain emosi harus diberi pemberatan yang sama seperti intelek, rohani dan jasmani.

Hampir semua sekolah-sekolah kini mempunyai kaunselor sendiri. Tetapi, kaunselor hanya merupakan pihak yang bertanggung jawab menolong pelajar-pelajar menyelesaikan masalah sedangkan pelajar-pelajar sendiri tidak mengenal pasti masalah mereka sendiri. Dari aspek psikologi, emosi dapat memainkan peranan yang penting kerana emosi jualah yang selalu menjadi punca apabila tingkahlaku menjadi tidak terkawal.


Definisi Kurikulum.



Menurut kamus Oxford Advance Learners “ also called curricula : The subject included in a course of study or taught at a particular school, college...

Kamus Times pula yang diterjemahkan oleh Awang Sudjai Hairul ; Kurikulum merupakan susunan matapelajaran.

Menurut pendapat Abd. Fatah Hasan (2001) “ Kurikulum berhubung dengan nature manusia yang berkerohanian, maka kurikulum mestilah bercorak membebaskan akal dan
membolehkan seseorang mencapai keperingkat penghabisannya. Perancang kurikulum mesti memilih pelajaran yang akan melatih akal seperti membaca, menulis dan mengira. Kurikulum juga mestilah termasuk subjek kemanusiaan, kesenian, sains dan matematik “.

Kumpulan realist memberi pandangan bahawa kurikulum mestilah sesuatu yang boleh diubah-ubah dan bukannya sesuatu yang tetap. Perbezaan individu mestilah ditegaskan, bukannya kepuasan yang sama bagi semua murid.


Psikologi.

Psikologi diistilahkan sebagai ilmu kejiwaan dan berasal dari dua gabungan perkatan Greek iaitu Psiko dan Logi.
Menurut kamus oxford ; psikologi merupakan sains atau kajian terhadap minda dan bagaimana ia berfungsi dan melaksanakan tugas. Nota : Psikologi ialah kajian terhadap tabiat minda, manusia dan haiwan.


Kecerdasan Emosi.

Mengikut Mayer & Salovey (1997), “ Kecerdasan emosi adalah merupakan kebolehan untuk mengerti, melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar, dan menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkan dan menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk memahami emosi dan pengetahuan perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai penggalak perasaan dan pertumbuhan intelek “. Konsep ini diperkenalkan oleh Mayer & Salovey sejak tahun 1990 kemudian dipopularkan dan diperkembangkan lagi oleh Goleman (1995).

Menurut Bersson ( 1982 ), dengan memberi galakan kepada kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam mendapatkan pengalaman yang disediakan menerusi kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan pentafsiran. (Prof. Madya Hj. Iberahim Hassan, 2000 )


Mayer dan Gehr (1996) mendapati bahawa karektor tanggapan dan pengertian emosi di dalam pelbagai situasi berhubung kait dengan empati dan keterbukaan perasaan. Penuh pemusatan – perbezaan dalam mengesahkan apa yang dibina.

Keseluruhannya emosi bukan sahaja hanya perasaan dalaman tetapi mempunyai kecerdasannya yang tersendiri. Oleh itu, wajarlah emosi diperkawal sebelum emosi yang mengawal diri pelajar.


Matlamat Sukatan Pelajaran 970 STPM Seni Visual.


Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran seni visual bagi membolehkan mereka
(a) mengikuti program seni visual atau program yang berkaitan di institusi pengajian tinggi,
(b) memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya.

Berpandukan matlamat yang kedua, emosi bersamaan dengan pendapat Mayer & Salovey (1997), ‘emosi dapat memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya kerana ia, merangkumi kebolehan untuk mengerti, melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar, dan menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkan dan menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk memahami emosi dan pengetahuan perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai penggalak perasaan dan pertumbuhan intelek ’.

Di dalam sukatan pelajaran ini terdapat lapan objektif yang begitu menekankan aspek emosi ini untuk mencapai matlamat Seni Visual antaranya ialah ;

1. (a) memahami akan pengertian , peranan dan sumbangan seni visual dalam pembangunan daya kreativiti serta sumbangannya sebagai alat komunikasi yang berkesan ;

2. (b) memahami akan kepentingan seni visual dalam konteks yang lebih luas yang merangkumi aspek estetik dan fungsi , khususnya dalam peningkatan mutu barangan , industri dan kualiti kehidupan secara menyeluruh ;

3. (d) meneroka dan memahami pengaruh teknologi terhadap seni visual ;

4. (e) memahami bahawa seni visual adalah satu bentuk komunikasi dan meneliti secara kritis pelbagai karya seni yang berbentuk komunikasi non –verbal ;

5. (h) menggunakan portfolio bagi merekod idea dan maklumat ;

6. (i) menguji idea dan bahan , menyelesaikan masalah , membuat pilihan , mengambil risiko dan mencuba pelbagai cara untuk berkarya ;

7. (j) menggunakan kecekapan teknikal dalam penggunaan alat , bahan dan teknologi serta kaedah seni dalam penyataan seni visual ;

8. (k) menguasai kemahiran melukis dan menggunakan dalam penghasilan lukisan serta karya seni visual yang lain ;


Namun di dalam kandungan sukatan pelajaran 970, kewibawaan emosi tidak dihuraikan terperinci dan dicabar. Emosi dihimpun di bahagian Apresiasi Seni Visual (m/s 3 Seni Visual Sukatan Pelajaran dan contoh soalan). Di dalam 216 waktu, hanya 28 waktu untuk bahagian ini dan emosi berkongsi masa 3.5 waktu dengan kreativiti, sensitiviti dan ekspresi.

Emosi diharap dapat dipertimbangkan di bawah topik Terapi Seni , sesuai dengan kajian psikologi dan pendekatannya merentasi disiplin Pendidikan seni visual yang lain. Seperhubungan ini emosi dapat dijadikan kajian menyeluruh di samping menampung kekurangan modul-modul disiplin lain dalam membentuk peribadi dan sahsiah generasi akan datang.



Menurut Prof. Madya Hj. Iberahim bin Hassan di dalam kuliahnya ( 2003 ) “ Cetusan emosi boleh menimbulkan kreativiti yang tinggi dan komponen ini sangat kuat dalam pewujudan penghasilan sesebuah karya”.

Sebaik-baiknya setiap cetusan yang berlaku dan akan berlaku akan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat, menjadi sumbangan, berintelek dan memperkayakan lagi khazanah peradaban negara kita.


Emosi Dalam Pendidikan Seni Visual.

Projek Zero yang diasaskan oleh Howard Gardner berharap dapat menyelesaikan masalah dengan cadangan antaranya ialah ; Menyiasat tingkah laku pemikiran, sikap, nilai, tabiat keghairahan minda yang memainkan peranan dalam berfikir seperti kecenderungan dan kepekaan pelajar dalam memilih sebab yang sesuai untuk berfikir secara kritis ; Mereka dan menolong mencerminkan masyarakat sekeliling seseorang dan menimbulkan, mengeluarkan, menggerakkan dan menggalakkan perbuatan individu di dalam kumpulan dan masyarakat.

Di dalam bukunya Creative and Mental Growth, Victor Lowenfeld menggariskan tahap perkembangan seni kanak-kanak ; Pada peringkat kedua ( Preschematic) empat hingga enam tahun, kanak-kanak menggunakan warna tetapi lebih kepada emosi dari logikal ; Pada tahap ke lima pula (The Pseudorealistic Stage) Kanak-kanak yang mempunyai daya tampak yang tinggi mempunyai konsep visual yang sedar akan perubahan warna yang berlaku pada keadaan yang berlainan, manakala yang kurang daya tampak melihat warna sebagai alat mencerminkan reaksi emosi pada subjek yang dihasilkan.

Prof. Madya Hj. Iberahim Hassan ( 2000 ) berpendapat, walaupun manusia sering berbeza pendapat tentang kepercayaan dan idealogi, tetapi mereka tetap mempunyai cita rasa yang sama terhadap kedamaian, ketenangan, kecintaan dan keindahan seperti ketika berada di tasik yang tenang di waktu senja yang sepi..

Judith Peck (2003) ‘ Kajian mengenai produksi seni sebagai suatu bantuan dalam memahami pengalaman manusia. Pembelajaran ini menaksir penyelidikan tentang keupayaan perluahan seni visual dalam personaliti dan tabiat, dan nilai seni visual di dalam menambahkan kualiti kehidupan ‘.

Seni mempunyai kuasa tersendiri dalam menarik minat seseorang, lantaran itu seorang pendidik dapat menjadikan ia satu instrumen menerapkan nilai terapeutik bagi menarik minat pelajar, menjadikan pelajar lebih rapat dan rasa selamat, kreatif berfikir, inovatif, aktif, berkeyakinan, emosi yang stabil, penuh kasih sayang dan sahsiah yang mantap. Kesimpulan dari cadangan ini akan mencapai era yang ditunggu-tunggu dan meneroka dimensi baru seiring dengan perlaksanaan kurikulum Bestari Pendidikan Seni Visual.


Latarbelakang Terapi Seni.

Walaupun kita masih baru di dalam terapi seni sebagai instrumen pemantapan emosi dan sahsiah, tetapi, negara negara barat seperti Kanada, Amerika Syarikat, Great Britain dan lain lain lagi telah mengiktiraf dan kini menjadi suatu bidang yang dipelajari di sekolah, kolej dan universiti universiti. Permintaannya tinggi dan diiktiraf menjadi karier kategori profesional.

Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris dan psikoanalis di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi telah menggunakan lukisan dan catan sebagai proses terapi. Ini menjadikan lukisan dan catan suatu sumbangan yang amat
berharga kepada proses terapi. Di antara 1940an dan 60an, Ramai pelukis dan guru lukisan berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan klinik yang kemudiannya dilantik
sebagai penasihat psikaitris atau penguasa perubatan. Mereka ini mempunyai kepakaran nilai terapeutik terhadap seni dalam perubatan, sehingga itu, kepakaran mereka diiktiraf dan diserapkan ke jawatan tetap. Sehinggalah June 1980 di hospital hospital dan pada 1990, National Joint Service for Social services hanya mengiktiraf Siswazah menjawat
perkhidmatan Terapi seni. Maka semakin berkembanglah karier mulia ini sehingga hari ini.

Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya ‘Teori Perkembangan Kanak-kanak’ menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang


tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa. Victor Lowen Seld
mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar pelajar.

Michael Samuel M. D. Dalam bukunya ‘Art as a Healing Force’ pula, sentiasa menekankan kepentingan seni menolong sesama manusia untuk menambahkan atau menyembuhkan keintelektualan dan emosi yang stabil. Menurut beliau, Seni visual merupakan kuasa luar biasa yang menakjubkan dan bisa menyembuhkan dan menjadi pemangkin sahsiah manusia.

Matlamat Terapi Seni

Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk “seni luar”. ( Judith Peck )

Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating their ability to implement change.



Objektif Terapi Seni

Melalui pengajaran dan pembelajaran, persembahan media yang terpilih, bacaan dan kajian individu, pelajar dapat mengenali dan membiasakan diri dengan isi kandungan, gaya dan simbol imej yang kerap kali dilihat dalam karya. Dengan ini, pelajar dapat membuka jalan di alam bawah sedar dan pintu kepada perubahan positif terhadap orang yang memerlukan pertolongan.

Menurut Eve C. Jarboe, Terapi Seni di sekolah secara amnya adalah untuk pelajar khas yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku, gangguan emosi atau kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus.

Fungsi Terapi Seni Di dalam Pemantapan Emosi Pelajar


Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Terapi batiniah ini merawat mental melalui kaedah kognitif, psikomotor dan afektif. Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi
dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian.Terapi Seni ini telah menjadi kajian sekian lamanya di negara negara barat. Di Malaysia pula, terapi seni masih belum ada kajian yang mendalam mengisi ruang kosong bagi membantu menyelesaikan pemasalahan pelajar dalam usaha menginterpretasi diri, memperkembangkan pengetahuan, mempertingkatkan kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea.

Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi keperluan yang tidak dapat dielakkan lagi. Pelajar datang dari latar belakang yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai kompleksiti tersebut daripada menjadi bertambah serius. Ini adalah untuk memastikan kepesatan pembangunan negara
kita, bukan saja ditajai oleh insan yang berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya cipta dan berbudaya tetapi yang mempunyai kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap di samping kestabilan emosi.

Pendidikan Seni Visual merupakan saluran perantara yang sesuai untuk melaksanakan nilai terapuetik sebagai pemangkin terhadap pemantapan sahsiah pelajar.
Ibarat Kain putih, kitalah yang dapat mengawal warna warni pada generasi akan datang. Para pendidik pula sentiasa berusaha untuk melahirkan insan insan kamil yang berketerampilan sebagai menyahut tuntutan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selama ini pelajar hanya menjalani pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik lebih mementingkan hasil kedua-duanya teori dan praktikal. Terapi seni yang sistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar yang mempunyai masalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja seorang pelajar akan dinilai secara tersurat dan tersirat.

Seseorang insan belum tentu mampu melahirkan permasalahannya secara lisan, tetapi ia mudah untuk melakarkannya pada sekeping kertas kerana fitrah manusia sememangnya pandai menyimpan rahsia, lebih lebih lagi yang mengganggu dan menakutkannya.

Kaum kulit hitam di Amerika Syarikat contohnya mempunyai kecenderongan melukis dan menulis di dinding dinding yang dipanggil ‘grafitti’. Ini adalah kerana emosi insan yang tertindas ini tidak stabil. Hanya dengan cara ini sahaja
mereka dapat meluahkan perasaan sambil menyampaikan mesej. Yang pada mereka, dapat menenangkan pemberontakan dalam diri.

Secara positifnya, terapi seni akan dapat membentuk insan insan seperti di atas mengawal karya dan diri sendiri secara sedar dan bertanggung jawab. Atas kepentingan inilah terapi seni perlu menjadi satu cabang disiplin dalam kurikulum Pendidikan seni Visual.

‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’ dan ini akan menjadikan peranan para pendidik lebih berkesan dan efisyen dalam menyalurkan kurikulum bersepadu bagi melahirkan masyarakat madani di samping memartabatkan mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual itu sendiri. Perubahan ini dijangka akan memberi kesan yang besar terhadap sistem pendidikan di negara kita apabila bermula di sekolah-sekolah.


Pendekatan Terapi seni Dalam Pendidikan Seni Visual



Rajah A : Hubungan pelajar dengan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan Nilai Terapeutik.

Rajah ini dapat dijelaskan dengan beberapa aspek yang melibatkan hubungan pelajar dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan melibatkan perkara-perkara berikut;

i. Pelajar dan Nilai Terapeutik
ii. Guru dan Pelajar
iii. Perubahan sikap pelajar kesan Nilai Terapeutik
iv. Pengurusan Kurikulum
v. Model Terapi Seni dalam perancangan
vi. Aplikasi Terapi seni dalam perancangan dan pengawalan

Dalam konteks membangunkan model Kurkulum Bestari Pendidikan Seni Visual, beberapa keperluan asas perlu diperolehi. Antaranya ialah maklumat berhubung rancangan pelajaran dan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, soalselidik berhubung maklumat murid, persepsi guru dan penggubal kurikulum dalam Pendidikan Seni Visual serta pemerhatian terhadap aktiviti seni yang dijalankan di dalam bilik darjah.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi nanti, satu model yang menggabungjalinkan Pendidikan Seni Visual akan dibentuk, seterusnya diaplikasi dalam bentuk perancangan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Satu indikator untuk melihat perubahan sikap dalam penerimaan dan pemahaman kepentingan Terapi Seni dibentuk.

Cadangan ini dijangkakan akan dapat meningkatkan pengalaman estetika guru-guru melalui, kesedaran terhadap perlunya pengetahuan Terapi Seni dalam membentuk kemantapan sahsiah pelajar. Ini akan dapat meningkatkan kualiti kehidupan murid-murid tersebut dan meningkatkan kepercayan kendiri di samping sebagai panduan bagi pembentukan kurikulum yang lestari. Keseluruhan cadangan pendekatan ini ditunjukkan dalam Rajah B.


(sori, memerlukan bantuan untuk upload gambarrajah)
Rajah B : Cadangan Pendekatan

Ia dijangka akan memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan Pendidikan Seni Visual di negara kita dari segi kestabilan sahsiah. Di samping itu, cadangan ini akan terus memelihara dan mengekalkan kualiti kurikulum Pendidikan Seni Visual yang sedia ada. Atas alasan ini, mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dipilih secara khususnya kerana kekuatan seni itu sendiri sebagai alat komunikasi akan dapat memberikan suatu pengalaman estetika yang sangat berguna kepada murid-muirid dalam mewarnakan masa depan negara yang bersatupadu, harmonis dan progresif. Cadangan ini juga diharapkan dapat merintis jalan bagi pembentukan kurikulum Pendidikan Seni Visual yang mapan dan dapat diterapkan di kalangan murid-murid sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.


Rajah di atas diharap dapat menyarankan pernyataan masaalah yang utama berkaitan dengan :

i. Kaedah yang bagaimanakah yang akan digunakan untuk mengenalpasti kesedaran nilai terapeutik dikalangan murid, guru dengan penggubal kurikulum.

ii. Terapi Seni yang bagaimanakah sessuai untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual terhadap murid-murid?.

iii. Sejauh manakah amalan guru-guru Pendidikan Seni Visual dalam menerapkan kesedaran nilai terapeutik murid-murid sekolah rendah.

iv. Tahap kemampuan guru-guru untuk memberikan pengalaman estetika yang bermakna dalam melaksanakan Terapi Seni.

Dalam setiap pernyataan masalah tadi, penggubal kurikulum dapat melihat sejauhmana keberkesanan pelaksanaan nilai terpeutik dan bagaimanakah ia dapat dilakukan.

Bentuk perancangan pengawalan unsur-unsur yang boleh dan patut diterapkan oleh guru juga perlu ditinjau sama ada mereka mempunyai satu mekanisme yang mapan. Dari situ, penggubal kurikulum akan mengutarakan kaedah melalui pendekatan Nilai Terapeutik sebagai langkah untuk membantu memantau


perjalanan aktiviti yang dirancang agar selari dengan objektif Pendidikan seni Visual ini.

Pembangunan kurikulum Pendidikan Seni Visual tanpa perancangan yang baik akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap sistem pendidikan negara kita. Pelbagai masalah akan timbul berkaitan dengan kemantapan sahsiah rakyatnya. Semuanya memerlukan perancangan yang rapi bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang mampan.

Penekanan nilai terapeutik ialah membentuk satu kaedah yang melibatkan setiap komponen yang berkaitan dengan akivititi-aktiviti yang dijalankan oleh guru sama ada di dalam ataupun luar bilik darjah. Ini digambarkan dalam rajah ( guru-murid kurikulum/guru-aktiviti-perkembangan murid-impak-sistem pendidikan-pengawalan-murid ) yang jelas terarah.

Cadangan ini diharap dapat menambah pengetahuan guru-guru Pendidikan Seni Visual di sekolah mengenai terapi seni serta di kalangan murid murid melalui aktiviti seni yang dijalankan. Memandangkan Terapi Seni merupakan satu instrumen mengkaji dan
mempunyai relatif untuk menyelesaikan permasalahan murid, adalah bertepatan Terapi Seni ini menjadi salah satu cabang disiplin dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual.


Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan jelas menekankan J.E.R.I. atau Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek sebagai suatu keutamaan. Dengan itu terapi seni merupakan satu keperluan dalam kurikulum Seni Pendidikan Visual yang dapat membantu demi mencapaikan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini.

Disiplin baru ini menekankan kepentingan seni sebagai satu maksud membantu pelajar untuk menambah atau menyembuhkan kecerdasan intelektual, emosi yang jelas
dan stabil serta pemantapan sahsiah. Terapi seni dapat memainkan peranan dalam membantu pelajar yang mempunyai masalah emosi dan sahsiah. Pelajar yang bermasalah dari segi psikologi ini juga dapat dikesan sebelum terlambat .


Keberkesanan Terapi Seni sebagai Pemangkin Emosi dan Sahsiah Pelajar

Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal keadaan sekeliling.Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru
yang menuju kepada kebaikan ( Dyer – Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978).
( Eve C .Jarboe, 2002 )

“Art products produced by a student during treatment can be used in much the same manner as transitional objects. The child learns to trust another person who is not the primary caregiver , can use the art process as a means of self-soothing , and can form an attachment in the context of the therapeutic relationship”. ( Robins, 1987 ).
( Eve C .Jarboe, 2002 )


Pembentukan sahsiah merupakan ciri penting individu dalam memperkuatkan dan memperteguhkan keupayaan diri bagi melahirkan insan yang berkeupayaan, cerdas, bijaksana, mahir , berteknologi dan berpendidikan. Bertujuan untuk melahirkan kesedaran pada pelajar bahawa seni sebagai satu landasan meluahkan emosi atau kenyataan kendiri. Manakala guru pula dapat menilai, merawat dan mengkaji masalah pelajar dan menjadikan nilai terapeutik pemangkin emosi dan sahsiah pelajar.


Kesimpulan

Sekolah kini bukan sahaja akan menghasilkan pelajar-pelajar yang berilmu, intelek dan pelajar kreatif yang berjaya. Malahan berkeupayaan menjadi tempat yang paling selamat.
Pelajar-pelajar yang lemah dan bermasalah sering kali menjadi rendah diri atau pengacau. Mereka tidak diterima oleh rakan sebaya atau mungkin oleh keluarga sendiri.

Di Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, keperluan terapi seni semakin tinggi. Pelajar pelajar boleh mendapat rawatan klinik walau hanya berada di dalam kelas. Penambahan Terapi Seni di dalam sistem sekolah lebih menguntungkan dari mengeluarkan belanja dari menyediakan pusat-pusat pemulihan khas.

Selama ini pengajaran dan pembelajaran hanya memberatkan proses, produk output tanpa melihat kepentingan Terapi seni. Hakikatnya untuk mendidik dan memperkembangkan diri pelajar, Terapi Seni dapat mencari ruang merawat sebarang permasalahan khususnya dalam emosi. Terapi Seni akan menjadi satu cabang disiplin yang bernilai kepada negara dalam melahirkan insan insan yang bersahsiah tinggi.


Bibliografi

• Ainon dan Abd Hassan, “ Mendorong Diri Sendiri “, PTS Pub & Distributors, 2002.

• Deborah D.West, “ Edicational Horizon ”, Summer, 2000 .

• Eve C. Jarboe, “ Art Therapy: A Proposal For Inclusion in School Settings” New Horizons for Learning, 2002.

• Hj. Abd. Fatah Hasan, “ Pengenalan Falsafah Pendidikan “, PTS Pub & Distributors, 2001

• Howard Gardner, “Interview with Howard Gardner”, NEA Today Online, March 1999.

• Judith Peck, “ Art As Therapy “, Http://orion.ramapo.edu


• Prof. Madya Hj Iberahim Hassan, “ Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan “,
“ Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik”, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan Kesenian, UPSI, 2000.

• Robert J.Sternberg, “Human abilities Annual Review of Psychology”. Annual, 1998.

• “ Seni Visual Sukatan Pelajaran dan Soalan Contoh ” Majlis Peperiksaan Malaysia, 2002.

• Temu bual bersama En. Mohd. Nasir Hj Ibrahim. Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kesenian, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

• Thomas Armstrong, “ Sparkling Creativity in Your Child “ Meredith Corp, 1993.

• Thomas Armstrong, “ Little geniuses “ Meredith Corp, 1993.


• Viktor Lowenfeld , “ Creative and Mental Growth “, Macmillan Co New York ,1947.



Lampiran

Pada hari ini , generasi muda merupakan kumpulan yang akan meneruskan cita cita dan wawasan yang diasaskan ataupun dicetuskan oleh para pemimpin masa lalu , serta yang terkini. Manifestasi cita cita , dan wawasan ini ialah untuk memastikan agenda pembangunan serta kestabilan negara akan mempunyai kelangsungan dangan menjanjikan kemewahan terhadap negara dalam pelbagai aspek . Generasi muda juga adalah aset negara yang memerlukan kekuatan rohani, dan jasmani untuk menjadi ahli masyarakat yang bermaruah , berbudi bahasa serta mempunyai ketrampilan tersendiri.

Kedua dua aspek iaitu pembangunan negara dan kekuatan rohani yang bersepadu haruslah seiring rentak dangan tarinya dalam usaha mencapai cita cita sebuah negara maju seperti yang digarapkan melalui wawasan 2020.Adalah menjadi satu tragedi apabila masyarakat mencapai kemewahan namun hilang sopan santun , dan nilai nilai kemanusiaan yang murni. Di sinilah akan lahir masyarakat yang pincang , dan menyumbang ke arah kemunduran sesebuah negara.

“ kita perlu menjadi negara yang maju menurut acuan kita sendiri . Malaysia tidaklah harus menjadi negara maju dari segi ekonominya semata mata . Negara kita mestilah menjadi negara maju dari segala seginya. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara , dan kesepaduan sosial. Dari segi ekonomi , keadilan sosial , kestabilan politik , sistem pemerintahan , kualiti kehidupan , nilai nilai sosial dan kerohanian , selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri.”

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, “ Malaysia Melangkah Ke Hadapan “
KL:DBP & ISIS. 1991. Hal. 2

Permasalahan Dalam Pengajaran Pendidikan Seni: Satu Kajian Analisis Permasalahan; Dan Cadangan Kepada Perlaksanaan Penyelesaian Masalah.

1. Pengenalan


Bunyi loceng, menandakan waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual baru sahaja tamat. Tajuk hari itu ialah kajian menghasilkan corak dari pelbagai garisan dan warna menggunakan grid tidak formal. Objektif pengajaran berteraskan sukatan pelajaran, manakala aktiviti pembelajarannya sistematik serta melibatkan pelajar dalam perancangan pelajaran.


2. Pengajaran dan Pembelajaran

Di akhir pengajaran, lapan pelajar menyiapkan tugasan garisan dan mewarna dengan berjaya. Enam pelajar pula, sudah hampir 80 peratus siap dengan menggunakan kombinasi warna yang halus dan pemilihan garisan yang sesuai. Sepuluh lagi pelajar berusaha menyiapkan tugasan hari itu dengan memilih garisan dan warna asas, menggolongkan mereka di Peringkat Skematik oleh Victor Lowenfeld (1947) di dalam teorinya skema perkembangan tampak kanak-kanak atau peringkat perkembangam artistik. Sebelas pelajar merasakan tugasan itu perlu diselesaikan dan ‘asal siap’. Manakala pelajar yang selebihnya dari empat puluh orang ini, terkial-kial dan mencari-cari ‘ilham mewarna’ atau ‘jalan mudah’ menyelesaikan tugasan mewarna hari itu.


Catatan: 87.5% pelajar dapat menyiapkan tugasan.
12.5% lagi diharap dapat menyiapkankan tugasan
dan menghantarnya esok.


Kaedah begini suatu klise dan memerlukan satu suntikan demi mengatasi kekangan yang dihadapi baik kepada guru atau pelajar, sepanjang berlakunya proses P&P.


3. Permasalahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Pendidik Seni Visual kelas Tingkatan Satu ini, tersuratnya telah berjaya dalam P&P hari itu. Tetapi, sebenarnya hanya lapan pelajar sahaja yang mendapat ilmu dengan berkesan. Selebihnya merupakan pelajar pelajar yang tidak efektif, lambat menerima maklumat dan perlukan lagi ransangan. Sebagai penyalur maklumat, tugas pendidik bukan setakat mengajar, tetapi sebagai agen sosial intelektual yang inovatif.


Apabila kita mengajar teori warna ia merupakan suatu penggabung jalinan pendidikan dengan kehidupan seharian pelajar sepanjang hayat. Pendidikan seni memperkembangkan kreativiti, tanggapan, penterjemahan dan kecerdasan analitik insan. Mengajar pendidikan seni adalah lebih daripada mengajar pelajar melukis dan mewarna pemandangan yang indah atau melahirkan kemerduan dari bunyian. (Deborah D. West,2000, pg.176-178).


Pelajar seharusnya bergembira melalui proses kemahiran dan dapat menceritakan pula yang tersirat dan tersurat di dalam karyanya seperti menurut Panofsky dalam History of Tradition; Terdapat tiga tahap kupasan boleh mencari makna dalam sesuatu karya.

1. Pertama ‘Primary atau natural subject matter’ yang mengajak kita mengenal rupa dan bentuk di atas permukaan karya serta mampu menamakannya.

2. Kedua ‘Secondary’ atau conventional subject matter’ yang membuat kita berusaha mengenal apakah sesuatu perbuatan dan maksudnya, perbuatan atau ekspresi menerusi objek dan acara yang mendukung tema, konsep dan cerita..

3. Ketiga ‘Intrinsic meaning’ yang lebih dekat makna-makna dalaman, misalnya aspek simbolik keagamaan dan kebudayaan.
(Mohd. Zaihidee Hj Arshad, 2000)



Seharusnya, walaupun pelajar hanya menghasilkan corak, tdak salah menguatkan lagi aspek formal dan ikonografi di dalam karya tersebut. Pelajar akan lebih matang, kreatif, tekun, mempunyai tanggapan kendiri, dapat menterjemahkan karya dengan bahasa naluri tersendiri sekaligus menggalakkan proses kecerdasan yang berterusan.



Kesan pendidikan berlaku sebaik sahaja permulaan proses pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran era terkini perlukan pembaharuan; iaitu satu langkah inovasi lahir dari fikiran yang kreatif . “To explain innovation, we need a new theory of organizational knowledge creation... the cornerstone of our epistemology is the distinction between tacit and explicit knowledge... the key to knowledge creation lies in the mobilization and conversion of tacit knowledge.” Ikujiro Nonaka and Hirotaka Takeuchi(1995)



Inovasi menjadi pemangkin kepada cabaran baru di dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran pendidikan seni. Mengikut Edment Felment “seni berkaitan dengan sosio politik. Bunyi dan visual digunakan masyarakat dunia(universal).Ia merupakan paduan isi dan bentuk”. Mc Luhen and Fiore “Seni tentukan kefahaman kemanusiaan sejagat. Ia dihasilkan dari nurani dan naluri sehalusnya.



“Seni Nilai Asas perasaan manusia”manakala manusia ialah objek seni. Mengikut persepsi warna warna asas ada tiga tetapi menjadi beribu warna bila dicampur. Aluyah Al Sagof.


Bygots menyatakan setiap warna mengandungi pengaruh berbeza antara manusia. Contohnya Biru memberi kesan tenang. Kuning memberi kesan gembira. Merah membawa kesan Tidak tenang.Warna boleh berperanan sebagai imej simbol dalam
menyokong dan menguatkan isi sesuatu isi. Garisan pula boleh berperanan seperti yang dijumpai Reed pada 1984- Sistem tampak manusia menyebabkan objek yang dilihat dekat terbayang besar dari objek yang dilihat lebih jauh. Kualiti garisan memberi kesan ilusi dalam seni tampak dan memberi impak yang hebat. Kepelbagaian jenis garisan juga hasil dari karakter garisan itu sendiri. Garisan dan warna boleh dijadikan ikon komunikasi yang cekap dan bermesej.


Inovasi menjadi keperluan atas desakan 3 aspek ini;

1. Keperluan disebabkan pengajaran
2. Persekitaran dalam pembelajaran
3. Pelajar.

Aspek aspek ini menolong para pendidik membuat penilaian bagaimana harus memilih inovasi yang berasaskan tajuk, persekitaran pelajar dan latarbelakang pelajar itu sendiri. Pelajar merupakan klien utama dan setiap proses P & P seharusnya berpandukan informasi kecerdasan pelajar.


“Saya tidak menyokong ujian yang direka untuk mengukur kecerdasan manusia, kerana secara berterus terang saya tidak kisah kecerdasan apa atau taraf kecerdasan manusia. Saya mengambil berat tentang mereka boleh menyumbangkan perkara yang bernilai dalam budaya kita... (Howard Gardner, pg 2)


Teori kecerdasan pelbagai diperkenalkan Howard Gardner ( 1983 ) mempunyai lapan kecerdasan yang perlu diperkembangakan di kalangan pelajar.

1. Bahasa
2. Logik-Matematik
3. Ruang (spatial)
4. Muzik
5. Kinestatik
6. Interpersonal
7. Intrapersonal
8. Naturalis



4. Cadangan Perlaksanaan Penyelesaian.


Sebelum memulakan proses inovasi dalam pengajajaran pendidik harus
menerokai idea P&P berdasarkan tajuk yang sesuai bagi pembelajaran pelajar. Mengikut James Webb Young, “Idea adalah lebih kurang satu kombinasi elemen baru dan lama. Oleh itu kaedah yang lama masih boleh dipraktikkan sesuai dengan pengenalan kombinasi kaedah P&P yang baru.


Kombinasi baru dan lama ini menjadikan satu pertemuan yang lebih meyakinkan sepertimana pendapat Robert Frost: “Apakah idea? Jikalau anda mengingati, hanya satu ingin saya sampaikan. Ingatlah! idea ialah satu pencapaian hebat sebuah persatuan.”
Proses P&P akan menjadi lebih bertenaga dan mencabar apabila idea baru ini diperkenalkan.


Untuk menghasilkan satu inovasi baru, perlukah dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan? Menurut Edward de Bono (Article: Serious Creativity, Pg 1) “Brainstorming diasaskan oleh Alex Osborne... kumpulan ini sentiasa mencari jalan keluar, idea yang aneh dan sering kali tertinggal idea yang mudah dan praktikal di depan mata... saya juga ingin memberi pandangan bahawa kreativiti tidak semestinya berlaku dalam aktiviti berkumpulan. Teknik kreativiti boleh dikuasai oleh individu dengan bertindak bersendirian.”


5. Aspek Berfikir dan Penyelesaian Masalah.
Metakognitif ( Monitoring Own Thinking)




Bagaimanapun menjadi suatu yang relevan mengambil kira kecekapan inovasi yang ingin kita capai berpandukan teknik teknik penyelesaian masalah.

Menurut Brown(1978) kemahiran metakognitif merupakan kemahiran eksekutif digunakan untuk mengawal proses pengetahuan sesaorang. Brown mengenalpasti lima proses metakognitif:

1. Merancang pergerakan melaksanakan strategi
2. Mengawasi keberkesanan setiap langkah langkah dalam suatu strategi
3. Menguji strategi semasa melaksanakannya
4. Menyemak semula strategi mengikut keperluan
5. Menilai semula strategi bagi memutuskan keberkesanannya.


Manakala Bransford dan Stein (1984) mengenalpasti lima komponen mewakili akronim IDEAL

1. Identify
2. Define
3. Explore
4. Act
5. Look and Learn



Geoffrey Petty menyenaraikan enam fasa proses memaksimakan kreativiti:

1. Inspiration
2. Clarification
3. Distillation
4. Perspiration
5. Evaluation
6. Incubation


Teknik teknik ini diharap dapat membantu proses perkembangan inovasi berasaskan kreativiti, menghasilkan refleksi, pengayaan dan kesesuaian dalam proses P & P. Pendidik berusaha meneroka kreativiti yang membawanya melihat sesuatu itu dari pelbagai sudut yang berbeza, mencabar yang lazim, mencari penyelesaian yang baik sehingga dapat membuat percubaan yang menyakinkan.


6. Kriteria Untuk Mencapai Matlamat Inovasi.

1. Matlamat yang jelas.
Mencapai matlamat dan objektif .

2. Mengenalpasti Jurang halangan.
Mampu mengatasi kekangan dan halangan.

3. Keutamaan.
Menyedari keutamaan mengikut kepentingannya. Hasilnya mestilah bernilai dan bersifat mulia untuk pelajar dan masyarakat.

4. Keperluan.
Hasilnya mestilah melibatkan proses intelektual, kemahiran interpersonal
Atau kemahiran intrapersonal.



7. Cadangan inovasi.


Kelip Kelip di Inderaloka.


Masa : 80 minit
(Dua kali pengajaran dan pembelajaran)

Sasaran : Tingkatan Satu

Matapelajaran : Pendidikan seni visual

Topik : Warna
Subtopik : Corak grid tidak formal

Kecerdasan
Diharapkan : Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan Kinestatik
Kecerdasan Visual/Spatial

Dimensi
Pembelajaran : Sikap dan pengertian tentang pembelajaran
Memperolehi cantuman ilmu pengetahuan
Menambah ilmu pengetahuan dengan mendalam
Makna ilmu pengetahuan dalam hidup

Aktiviti : Minggu Pertama
Pelajar diperkenalkan dengan konsep “Pop art”
dan seni abstrak. Guru memberi contoh karya karya
pelukis menekankan falsafah dan tema konsep itu.

Pelajar diminta membawa lampu suluh dan plastik warna yang pelbagai.Di dalam bilik gelap, dua jenis irama muzik perlahan dan moderate diperdengakkan satu persatu. Pelajar mereka tarian dalam kumpulan masing masing. Semasa menari lampu suluh dinyalakan dan mengikut rentak tarian seluruh kelas menjadi warna warni. Kumpulan lain mengumpul data warna dan gerakan lampu.
Lampu suluh dinyalakan dan dimatikan mengikut nada muzik.



Pelajar diminta mengulas media, warna, gerakan tarian,
muzik, tema, ekspresi, budaya, ketulusan, naluri, kebijaksanaan, kecerdasan dan ilmu yang didapati hari itu.
Guru bertindak sebagai fasilitator dengan membebaskan pelajar meluahkan perasaan.


Minggu Kedua.
Guru menyiarkan semula tayangan rakaman minggu lepas dan memetik pandangan pelajar hari itu.
Guru menerangkan aspek warna dan grid tidak formal.


Pelajar diminta membuat analogi hasil dari minggu lepas untuk mereka corak yang sesuai mengikut tema. Sessi ‘brain storming’ diadakan.


Di dalam kumpulan pelajar dalam proses ‘incubation’ menggunakan kaedah ‘mind mapping’ berbincang tentang tema, motif dan prinsip rekaan. Muzik minggu lepas dimainkan semula sebagai inspirasi dan motivasi.


Pada proses ‘illumination’, guru membantu dan menggalakkan pelajar dan sentiasa mengimbas hasil pengetahuan minggu lepas.


Proses ‘verification’ meminta pelajar membuat keputan sendiri. Dari gerak kerja kumpulan ini, dibahagikan kepada individu untuk memperkembangkannya sebagai hasil kerja akhir dan menghasilkan karya.




8. Kesimpulan.


Robert Mac Pherson Pelukis berdasarkan installation, terpengaruh dengan buku Rene Bloks Biennale “Art is Easy” dan pencipta lagu Giuseppe Chiari’s L’arte dere diventare facile dengan statemen “All music is the same’. “Pejamkan mata dan berfikir. Biar fikiran berturutan pada yang lain, pejamkan mata dan dengarlah suara, perbualan yang menunjukkan memori tampak”.

Dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan corak garisan dan warna, pendidik tidak seharusnya terikat dengan cara konvensional. Seandainya Edward de Bono mempunyai ikon topi yang berwarna warni, guru pendidikan seni visual sepatutnya lebih berani memperkenalkan inovasi pengajaran dengan elemen baru.

Kandisky Wassily percaya bahawa catan boleh membina tenaga yang sama seperti muzik lalu ia melukis catan “Improrisation No 13” di mana bentuknya dapat dilihat dan seperti mimpi dan warnanya bergetar mempunyai efek kepada penghayat sama seperti muzik kepada pendengar. Beliau mengenalkan skima pengasingan warna yang mudah dan memberikan warna proses kualiti kerohanian.

Daripada dua orang cendiakawan yang berbeza bidang ini berjaya menyampaikan matlamat mereka. Walaupun matlamat mereka berbeza, tetapi sasaran dan instrumen mereka sama. Sasaran mereka manusia yang pelbagai kecerdasannya dan instrumen mereka ialah warna.


Sebagai seorang pendidik seni visual kita mempunyai kelebihan. Pengajaran mencorak dari pelbagai jenis garisan dan warna boleh berdasarkan audio. Pemilihan warna mengikut not-not lagu dan pemilihan garisan mengikut haluan persembahan lagu. P & P ini bukan sahaja mendidik tetapi mengaktifkan tindak balas hemisfera kanan dan kiri pelajar.


Inovasi mengajar kita berfikir secara kreatif, menjana idea, mencipta analogi memperkembangkan kecerdasan, kemahiran dan minat. Diharap dengan cadangan ini dapat memberi laluan dan penerokaan sebuah pengajaran yang bukan hanya terletak di bahu pemahaman. Satu harapan saya ialah guru dan pelajar dapat bersama belajar menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah yang sedar atau tidak dijangka daripada cuma menghafal fakta.

Ulasan

Pengenalan

Persoalan utama penulis, merujuk kepada kerisauan perkembangan tanggapan masyarakat terhadap pendidikan seni iaitu ;

1. Adakah pendidikan seni penting untuk kanak-kanak?

Agak mendukacitakan penulis meneliti senario yang tidak kunjung padam, walaupun berada di negara maju pada era mellinium, tanggapan negatif ini masih lagi jadi igauan.
1. Pendidikan seni dapat menjanakan lagi disiplin pendidikan yang lain. Bermaksud Pendidikan seni merentasi kurikulum.
2. Guru seni mesti mempunyai kemahiran penyelesaian masalah. Kemahiran ini menjadi kemestian sebagai model yang berjaya.
3. Penilaian dalam Pendidikan seni penting bagi mengukur pencapaian pelajar.

Kepentingan dan kelebihan disiplin Pendidikan Seni mengatasi aspek aspek formaliti disiplin pendidikan lain yang terdapat dalam kurikulum. Rangkuman ini adalah kesepaduan yang juga tidak terdapat di dalam disiplin pendidikan yang lain. Kesepaduan ini memberi tenaga kepada para pelajar menggabungjalinkanya di dalam kehidupan seharian;




1. Proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni menggunakan pelbagai peralatan dan bahan yang berbeza yang tidak sama dengan disiplin lain.
2. Pendididkan Seni mengajar asas, prinsip, apresiasi, sejarah dan produksi suatu karya.
3. Tiga dalam satu iaitu; mengajar pendidikan seni, cara-cara berfikir dan inovasi.
4. Menggalakkan dan meningkatkan dengan optimum sekurang kurangnya tiga ciri
kepelbagaian kecerdasan kepada pelajar melalui pendidikan seni dalam pengajaran dan pembelajaran.

Matlamat dan objektif Pendidikan Seni lebih bersifat universal. Lebih lebih lagi, Penghasilan tema, falsafah, karya atau produk mempunyai rantaian komunikasi global. Melalui visual, satu pernyataan tidak perlukan kenyataan kerana telah wujud interaksi dalaman pada seseorang audien. Penghasilan yang berbeza, pelbagai, kesesuaian dan futuristik adalah tanda terima kasih pelajar yang berjaya mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan tekun kepada gurunya.Apabila seorang guru itu mengajar pendidikan seni, hasilnya bukan untuk menyediakan seorang pelajar itu menjadi pelukis tetapi beliau mengajar asas, prinsip dan elemen seni lukis serta pengetahuan sejarah, penghargaan dan boleh bertindak mengukur diri sendiri dalam menilai dan membuat keputusan. Menghasilkan karya sendiri memerlukan rujukan yang bersifat persekitaran. Ini menghasilkan pelajar yang mampu berjaya dalam kehiduan sehariannya apabila setiap yang dipelajarai berjaya digabung jalinkan dengan kehiduan seharian secara berterusan.
Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan seni menitik beratkan ilmu kajian
kritikal dalam seni tampak. Hasilnya ia berjaya melahirkan pelajar yang sensitif, pemikir dan
menjadi inovator.



Pelajar pendidikan seni mempelajari sejarah dan penghargaan, mengenali tokoh tokoh karyawan dalam usaha mencantumkan kepercayaan dan idea dalam memahami asas kebudayaan manusia.
Melahirkan ramai siswazah yang kreatif dan pelajar berpandangan jauh. Kreativiti mereka tidak terhad dan bersifat kontemporari. Mereka memahami keperluan hari ini dan masa hadapan. Bersedia memikul tanggung jawab sebagai agen sosial.
Mempelajari, mengetahui dan menganalisis bahawa lukisan dan catan adalah produk seni melalui kesatuan berfikir, kreativiti dan inovasi.
Proses kreativiti mengubah masa depan berfikir,belajar dan kemahiran penyelesaian masalah. Ini menjadikan pelajar dapat memilih keperluan, mengetahui kehendak dan menilai kepentingan serta mengatasi permasalahan dalam kehiduan seharian yang berterusan. Kekuatan manusia bukan sahaja terletak kepada fizikal, tetapi kepada optimal mindanya. Inovasi dalam artikel ini menekankan aspek kepentingan kemahiran berfikir pelajar yang dididik untuk berfikir. Mereka akan menjadi lebih berjaya daripada pelajar yang mementingkan IQ yang tinggi.
Guru pendidik seni mempunyai keistimewaan dan kekuatan melahirkan pelajar berpotensi menjadi seorang yang berilmu , sensitif , kreatif dan berjaya pada masa depannya.Wujudnya masyarakat yang berjaya pada masa hadapan bergantung kepada sumbangan mereka dan bukan kepada pengetahuan mereka. Perantara inilah yang terdapat di dalam kurikulum disiplin Pendidikan seni.Penulis begitu yakin dan bergantung harap kepada guru-guru untuk bersedia menambah ilmu demi merealisasikan objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran. Inovasi begini menjadi keperluan dan komponen dalam membina intelektual dan keseluruhan perkembangan kanak-kanak.

Terapi Seni

Terapi seni ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien/pesakit untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan. Pekerjaan terapi seni adalah berdasarkan pengetahuan tentang teori perkembangan dan psikologi manusia yang dilaksanakan sepenuhnya mengikut penilaian dan rawatan model spektrum termasuk pendidikan, psikodinamik, kognitif, transpersonal dan maksud terapuetik lain yang mendamaikan konflik emosi, mendidik keinsafan diri, memperkembangkan kemahiran social, mengurus tingkah laku, menyelesaikan masalah, mengurangkan kebimbangan, membantu penyesuaian kenyataan dan meninggikan sanjungan diri. (AATA, 1999)

TERAPI SENI MENDIDIK:
• Keinsafan diri
• Kemahiran pertahanan diri yang sihat
• kebebasan
• memperbaiki komunikasi
• Penyembuhan jiwa
• Perkembangan kognitif
• Memperbaiki kawalan gerak hati
• Memperbaiki kepuasan diri Terapi Seni:
• Adalah berpusat kepada klien
• Adalah kreatif
• Membenarkan kepada ekspresi yang selamat dari kesukaran
• Adalah berbentuk semulajadi dari ekspresi kanak-kanak
• Menolong orang dewasa membuka laluan dalaman diri mereka
• Tidak memerlukan pengalaman seni atau bakat

Sejarah Terapi Seni

Pada kebudayaan tradisional, dipercayai seni menyembuhkan dunia, bukan sahaja individu. Mereka mempercayai bahawa seni mengubah cara memburu, kesuburan, tanaman, cuaca, usia sesuatu kaum dan bumi. Hari ini kebanyakan ahli terapi seni juga mempercayai karya mereka menolong menyembuhkan bumi. Mereka berkarya tentang alam sekitar atau eko-art untuk menyembuhkan tetangga, sungai atau mencipta keamanan dunia.


Bagaimana Seni Merawat: Minda- Psikologi Tubuh

Pengajian saintifik menunjukkan bukti seni merawat dengan menukarkan psikologi dan sikap sesaorang. Psikologi tubuh bertukar dari satu tekanan kepada satu istirehat yang dalam., dari satu ketakutan kepada satu kreativiti dan inspirasi.. Seni meletakkan sesaorang pada corak gelombang otak yang berbeza., Seni mempengaruhi system saraf autonomic sesaorang., imbangan hormonal mereka dan neurotransmitter otak mereka.
Seni mempengaruhi setiap sel dalam tubuh dengan segera yang mencipta penyembuhan psikologi serta menukar system imunasi dan perjalanan darah pada semua organ tubuh. Seni dengan cepat boleh menukar persepsi manusia mengenai kehidupan. Ia menukar sikap, emosi, dan persepsi kesakitan. Ia mencipta harapan dan secara positif menolong manusia menempuh kesukaran. Ia menukarkan pandangan dan cara kehidupan seseorang di dalam dunia. Hakikatnya ia di ketahui oleh ahli neurophysiologists bahawa seni, doa, dan penyembuhan dating dari punca yang sama dari dalam tubuh, kesemuanya adalah kesatuan bersama yang mempunyai persamaan corak gelombang otak, perubahan tubuh minda dan berhubung secara lansung terhadap perasaan dan makna.
Seni, doa, dan penyembuhan membawa kita ke dunia bawah sedar, dunia penuh imejan dan emosi, penuh tampak dan perasaan. Penyembuhan berlaku dari dalam, punca penyembuhan diri adalah bebas membenarkan system kekebalan beroperasi optimal sebagai suatu bentuk penyembuhan.
Mengapa Terapi Seni
Terapi seni amat menolong kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang mempunyai masalah untuk menyuarakan perasaan mereka. Mereka yang bergelut dengan kehilangan signifikan, trauma, penderaan silam, resah yang berpanjangan, penyesuaian terhadap masalah keluarga, mereka atau yang mempunyai masalah imej tubuh atau penyakit fizikal. Ia juga bertepatan kepada mereka yang mempunyai kemahiran lisan atau condong kepada intelektual di mana seni dapat menolong lintas lansung pada bahagian yang ingin disuarakan.
Kanak-kanak memilih seni sebagai bahasa bersahaja untuk ekspresi diri menjadikan mereka sentiasa lebih selesa meneroka gejolak perasaan menerusi seni. Remaja pula pada peringkat kapisiti kreativiti dan sambil mereka bergelut mencari identiti individu di dunia yang keliru, seni bolehmemudahkan eksplorasi diri, memperbaiki keinsafan diri, dan menggalakkan pemilihan tanggungjawab dan perkembangan positif. Kepada kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah pembelajaran, atau yang bergelut dengan kesedihan, kebimbangan atau masalah kelakuan, seni memberi peluang untuk membina memperbaiki kognitif, social, dan kemahiran interpersonal dan memperbaiki kepuasan diri. Individu yang bermasalah pada ingatan, ekspresi perasaan, atau interaksi social dapat menemui bahawa terapi seni memberi tempat selamat untuk menyatakan ekspresi diri, berjumpa cara baru berinteraksi dan memperoleh kefahaman diri sendiri.
Terapi seni bermunafaat walaupun seseorang itu tiada masalah. Ia menolong meninggikan nilaI perkembangan personal, menambahkan dan mendalami keinsafan diri, kreativiti dan imiginasi. Menghasilkan karya di dalam terapi seni memudahkan eksplorasi identity, membuat pilihan kehidupan yang positif dan menyokong seseorang di kala menghadapi peralihan kehidupan. Setiap insane mempunyai kreativiti di dalam diri: terapi seni dapat menolong membuka kesenian dalaman untuk pengayaan banyak aspek pada kehidupan seseorang.

Proses Terapi Seni

Studio terapi seni menyediakan susunan bahan seni yang mudah kepada klien sebagai pilihan, termasuk cat, tanah liat, pastel, marker dan pensil warna. Media yang berbeza memudahkan menyampaikan pebezaan jenis ekspresi emosi, dan berkesan terhadap pengawalan proses berkarya. Terapis seni dapat menolong klien memilih media yang sesuai untuk klien sampai ke matlamat mereka dan menggalakkan ekspresi berdasarkan keperluan mereka, tindak balas, dan peringkat perkembangan.

Hasil karya mungkin dicipta spontan, atau ada kalanya temanya dicadangkan oleh terapis seni. Klien adalah digalakkan untuk meneroka ciptaan karya melalui kesatuan lisan atau aktiviti kreatif. Sebagai penambahan untuk pengalaman dan latihan di dalam kemahiran kaunseling tradisional lisan, terapis seni dilatih menolong klien menggunakan proses kreatif untuk mempromosi emosi, psikologi, dan perkembangan interpersonal dan penyembuhan. Ekspresi seni menggunakan symbol, imej, metafora, rupa, garisan dan warna

"Client-centered" seni bermaksud klien atau kanak-kanak memilih apa keperluan mereka dan jenis bahan untuk ekspresi diri mereka. Terapis seni mendengar dan mengamati bukan sahaja lisan, bahasa tubuh dan informasi tingkah laku tetapi juga menolong klien meneroka dan memahami gambaran fikiran mereka dan hasil karya dan bagaimana ia berhubung dengan situasi kehidupan mereka dan segala yang berkaitan dengan mereka.





Tugas Terapis Seni
( Children school art therapy counseling Miami florida )

Penasihat
• Bekerjasama dengan guru, ibu bapa, dan pentadbir sekolah mengenai pembelajaran, social dan masalah tingkah laku.
• Menolong orang ramai memahami perkembangan kanak-kanak dan pertaliannya kepada pembelajaran dan tingkah laku
• Menguatkan ikatan pertalian antara para pendidik, ibu bapa dan masyarakat.

Mendidik
• Menyediakan program pendidikan untuk : strategi pengurusan kelas, kemahiran keibubapaan, bekerja dengan pelajar yang memerlukan pemerhatian khas, strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan seni sebagai penilaian informal di dalam kelas, dan perkembangan kanak-kanak dan pertalian kepada kognitif dan perkembangan emosi.

Mengkaji
• Menaksir keberkesanan program akademik, perjalanan prosidur pengurusan, dan perkhidmatan lain yang disediakan di sekolah.
• Menjalankan kajian untuk menghasilkan pengetahuan baru bagi memperbaiki pembelajaran dan tingkah laku



Menilai
• Bekerja rapat dengan ibubapa dan guru, terapis seni di sekolah menggunakan pelbagai teknik untuk menilai;
• Perkembangan kognitif dan emosi
• Kekuatan dan kelemahan akademik
• Program kelas dan sekolah
• Perkembangan sahsiah

Skop tugas
• Bekerja secara terus dengan pelajar dan keluarga untuk menyelesaikan konflik dan permasalahan di sebabkan pembelajaran dan penyesuaian
• Menyediakan kaunseling dan latihan kemahiran sosial, pengurusan tingkah laku dan lain lain campur tangan
• Menolong keluarga melayan krisis kesukaran seperti penceraian atau kehilangan


Nilai dari Terapi Seni
Sumber dari ‘Art Therapy: A Proposal for Inclusion in School Settings’ by Eve C. Jarboe, M.A.
Bridget: Art Therapy in Action
The following case illustrates some basic principles of Art Therapy practice. Bridget was a five-year-old girl who attended a small kindergarten class, which consisted of a blend of "normal students" and students with special needs. She was referred to Art Therapy by her mother and teacher because of her screaming fits during transitions of any type and her oppositional behavior at school and at home. Bridget lived with her mother and two older siblings, one of whom was prone to violent outbursts towards the family. Before she was born, her father had been removed from the home molesting her siblings.
she began treatment in a primarily non-verbal mode. She was able to use the process in combination with the structure provided by her teacher to achieve greater individuation. She also learned to use the art process to express her inner turmoil in a safe way with an adult, and this enabled her to behave more appropriately in the school setting. By the end of the school term, she was well within the expected range of academic progress. Her psychological problems were so severe, however, that it was clear she would need continued help.
Data I collected helped clarify her problems, and the severity of those problems. The support she received from me and her teachers enabled her creative strengths to compensate for her emotional deficits. She did achieve significant developmental goals and a resulting sense of competence. Without that support, she may have continued to experience lowered self-esteem and a feeling of failure.
Dari sumber ‘Art therapy Pricipal Health News’
Consider Mary*, an 8-year-old girl whose case was described in the 1999 book Medical Art Therapy with Children. Mary suffered burns over 80 percent of her body when an aerosol can exploded next to a wood stove. Working with an art therapist during her long recovery, Mary made several paintings that gave her a sense of pride and accomplishment: Finally, she had found something that she could do better after the fire than before. She also made a collage of painted bandages ("my colorful pinwheel"), a project that gave her power over her injuries and, she said, actually helped lessen her pain.
Then there's Julie, a five-year-old leukemia patient who made an elaborately illustrated board game called "Kingdom of Cancer." (She even fashioned her own dice, with very high numbers on each side.) The description of the game, in her own words, makes it clear that Julie used her artwork to come to terms with her illness:
Parents and doctors can use art to gain valuable insights into a child's symptoms. Researchers recently asked 30 boys and girls with juvenile rheumatoid arthritis and their caregivers to draw pictures depicting the children's pain. It became immediately apparent that many caregivers had only a dim understanding of the location and severity of the pain -- until they saw their child's drawings.

ARTICLE:
Kessler, K. (1994). A study of diagnostic drawing series with eating disordered patients. Art Therapy: Journal of the American Art Therapy Association, 11(2), 116-118.
SUMMARY:
The purpose of this article was to compare and contrast the content and structural elements taken from sample drawings of eating disordered (ED) patients. The subjects were female, ranging in age from 15 to 54 years old. The sample included 55 of the women diagnosed as bulimic, 17 diagnosed as anorexic, and 9 diagnosed with an eating disorder not otherwise specified (ED/NOS, or a combination of the two, anorexic and bulimic). There was also a control group that samples were compared with.
The Diagnostic Drawing Series (DDS) was the instrument used in this research. It consisted of three drawings per patient, with chalk pastels on white paper. Instructions for the drawings were as follows:
1. Make a picture using these materials
2. Draw a tree
3. Make a picture of how you are feeling using lines, shapes, colors
When there was a greater than 50% occurrence/nonoccurrence of a particular element in the tabulations of the sample, a profile was established for each picture. Some generalizations specific to ED drawings:
• no blending
• no idiosyncratic color
• no enclosure
• no groundline
• no people
• no animals
• no words
A few elements were emphasized in the study. In the control group, 70% of the drawings included a groundline, as compared to the ED sample's 72% of no groundline. In the tree drawing, 41% of the anorexics drew falling apart trees, compared with 14% of the bulimics and 22% of the ED/NOS. The largest contrast within the group was very interesting: the bulimic group had a 70% occurrence of knotholes drawn in the trees, vs. the anorexics having only a 17% occurrence (83% nonoccurrence) of knotholes.
These results were interesting, however, it was pointed out that the specifics of knotholes, no groundline, and falling apart trees did not necessarily indicate an eating disorder. It was also noted that the bulimic sample was nearly three times as large as the anorexic sample, and six times as large as the ED/NOS sample. Larger sample sizes in the later two groups could yield additional diagnostic data.


Sumber dari ‘Art Therapy Overview: An Informal Background Paper’ Carol Lark,
Ph.D.,ATR-BC The Art Therapy Center St. Louis, Missouri December, 2001

‘She hesitated at first, not wanting to reach into a brand new box of pastels. "I’m afraid," she said. I asked her to pick out a color she didn't care much for. It was a rusty red. She handed the pastel to me and gasped when I broke it in two. "It's okay to use these. It's okay if you need to break one to get the right size line." She made a first tentative line with her least favorite color…. ‘

(Maaf. Gambar masih tak dapat load lagi.)
jika ada yang sudi membantu... TK.

Karya Karya dari hasil Terapi Seni


This puppet was created by a client
who went on to become a well-know model-maker.



By a client, age 11, who discovered the body
after his father had committed suicide.


Figure 1. Bridget's Initial Self-image



Figure 2. My Beautiful Dress



Figure 3. Suicidal Princess



Figure 4. Princess in a Tornado



Figure 5. Neighborhood Cat


[untitled]
KN, paint on fabric, 1996








Karya persembahan Alex Grey di hadapan dinding
di Atrium of Shands Hospital
Alex Grey , setiap bandage adalah doa pesakit, keluarga, rakan sekerja, atau pelawat.
C. Regina Kelly, Quan Yin. Regina pelukis dari Maine yang menjalan kan rawatan terapi seni secara intensif di hospice. Karya Quan Yin hasil dari the Japanese Bodhisatva of wisdom yang selalu digambarkan sebagai seorang perempuan dengan 100 hingga 1000 tangan. Setiap tangan memegang pelbagai penawar yang berbeza. Secara ini beliau boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Setiap 100 tangan dalam karya Regina's memegang satu dari tujuh penawar: jagung, bintang, daun, kuku beruang, mata ,api dan bunga. Beliau menyatukan symbol pendidikan penyembuhan dari pelabagi kepakaran budaya kepada satu symbol universal terhadap penyembuhan dan rawatan. pelukis ini sebagai penyampai. kepada kita karya adalah symbol kecantikan kepada seluruh bidang rawatan dan penyembuhan.





Ihsan Terry Pifalo, M.Ed, MPS-CAT, ART
Terapis seni, Pusat Kanak-kanak Lowcountry
Karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang dirawat di pusat Kanak-kanak Lowcountry, Charleston SC

Monday, May 26, 2008

E-mail Dr Mohd Nasir Ibrahim (Tasmania, AUS)

Jasamu...dikenang.
E-mail lama yang masih berligar difikiran...


1. Ko nak tau sejauh mana kesedaran guru2 PS terhadap elemen terapi dalam seni dan sejauh mana guru-guru PS dapat menerapkan elemen tersebut semasa pengajaran.
2. Mungkin ramai orang berpendapat, bahawa perkara tuu tak wujud dalam pengajaran dan pembelajaran seni....ko kena cari literatur yang menyokong bahawa elemen tuu wujud.
3. Mungkin ada yang tau kepentingan terapi seni dan perlu dimasukkan dalam P&P PSV....ko kena cari literatur tentang terapi dan pengajaran seni.
4. Tang metodologi ko pulak tuu...ko kena trash out dengan jelas...ko guna kuanti atau kuali. Kalau ko guna kuanti, ko kena jelaskan kenapa ko guna kuanti.
5. Kalau ko guna kuali, biasanya survey tuu sekadar nak dapat gambaran sama ada wujud atau tak kesedaran tentang wujudnya elemen terapi dalam P&P PSV dan sejauh mana mereka mampu menerapkan elemen tersebut semasa mengajar. Aku tengok daripada survey ko tuu ada tapi sikit. Macamanapun, walaupun sikit, tapi ada. Ini bermakna research ko tuu researchable. Kemudian barulah ko pilih 3-4 orang yang ada tuu sebagai participants ko. Dalam kuali 3-4 orang dah cukup...sebab in-depth. Ko boleh guna metode interview je.
6. Kalau ko guna kuanti, ko kena analyse survey tuu...dan macam biasalah...ko rumuskan daripada dapatan tuu. Mungkin ko lebih selesa dengan nii. Tapi...ko kena mantap ler dgn jawapan2 ko khususnya persoalan2 kajian...sama ada terjawab atau tak.
7. Metode pulak, sebab ko guna survey....survey nii pulak boleh ada dalam kuanti dan kuali. Kalau dalam kuanti, biasalah....instrumen nii nak kenalpasti berasaskan item2 yang telah dikelompokkan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang terkandung dalam kajian ko. Ari tuu kita dah trash out dan cronbach Alphapun dah buat. Soalan2 tuu valid dan ko kena terangkan gak proses pembaikian soalan2 survey tuu...

P & P PEND MUZIK & PENGURUSAN PANITIA

OBJEKTIF PEMERIKSAAN
Menaksir pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Muzik.
Menaksir pengurusan mata pelajaran Pendidikan Muzik.
MEKANISME PEMERIKSAAN
INSTRUMEN PEMASTIAN STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA ( SKPM2 )
ITEM-ITEM UTAMA INSTRUMEN PEMERIKSAAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN
ITEM-ITEM UTAMA INSTRUMEN PEMERIKSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ELEMEN 9


MODUS OPERANDI
PEMERIKSA : NAZIR M/P
TEMPOH PEMERIKSAAN : 2 HINGGA 5 HARI
SEMAKAN DOKUMEN
TEMUBUAL
PEMERHATIAN
PENCERAPAN


 PEMILIHAN SEKOLAH
 SEKOLAH KEBANGSAAN
 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN



 LATARBELAKANG SEKOLAH
 KATEGORI BANDAR
 KATEGORI LUAR BANDAR
 PEDALAMAN

 LATARBELAKANG SEKOLAH
 SASARAN
 GURU OPSYEN
 GURU BUKAN OPSYEN
 JUMLAH KELAS P&P

[ HALA TUJU KEPIMPINAN ]
2.5 Pemimpin Kurikulum
(a) Guru Besar/Pengetua memainkan peranan sebagai pemimpin kurikulum dengan:
1 mengajar sejumlah waktu mengikut pekeliling yang berkuat kuasa
2 memimpin pelaksanaan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran secara terancang
3 memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
4 menggalakkan guru supaya kreatif dan inovatif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
5 mempengerusi Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Kokurikulum dan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
6 menjelaskan dan meyakinkan guru mengenai dasar, perkembangan, strategi dan kaedah terkini dalam hal-hal berkaitan dengan pendidikan
7 memantau pelaksanaan program kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid
8 memantau kemajuan murid dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah
9 memberi perhatian kepada keperluan murid dalam pengajaran dan pembelajaran
10 mewujudkan iklim yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran

[ HALA TUJU KEPEMIMPINAN ]
KEPEMIMPINAN
BAIK, TEGAS, MUDAH DIDAMPINGI DAN BOLEH BERTOLAK ANSUR,
MENYERLAH SEBAGAI PEMIMPIN KURIKULUM, PERANCANG, PENYELIA DAN PEMANTAU


[PENGURUSAN PANITIA]
PERANCANGAN
 PERANCANGAN TAKTIKAL DAN OPERASI BIDANG KURIKULUM DISEDIAKAN MENEPATI SPESIFIKASI YANG SEBENAR. (IAB/SKPM)
 BERDASARKAN PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH


[ PENGURUSAN PANITIA]
PERANCANGAN STRATEGIK,TAKTIKAL DAN OPERASI
- KURIKULUM,
- KOKURIKULUM
- KEWANGAN,

 FAKTOR KEJAYAAN
- SUMBER TENAGA MANUSIA,
- PERALATAN MUZIK
- BAHAN KURIKULUM, DAN
- KEMUDAHAN ASAS SEKOLAH SEPERTI BILIK MUZIK ATAU TEMPAT P&P DAN LATIHAN

 [ PENGURUSAN PANITIA ]
ASPEK KELANCARAN, KESELAMATAN DAN PEMULIHARAAN
 MEMPUNYAI JADUAL BILIK MUZIK ATAU TEMPAT LATIHAN P&P
 MEMPUNYAI PERATURAN BILIK MUZIK
 MENGGUNAKAN BUKU LOG UNTUK BARANG KELUAR MASUK DAN PEMULIHARAAN ALAT ALAT MUZIK
 PERSEKITARAN BILIK SEKOLAH YANG TENANG, BERSIH DAN MEMPUNYAI RUANG PAMERAN SEBAGAI PENEGUHAN MURID-MURID.


 Mesyuarat diadakan sekurangnya sebanyak 3 kali setahun.
 Perancangan dibuat untuk Pendidikan Muzik sepanjang tahun, menyentuh tentang anggaran perbelanjaan, semakan buku kerja, pencerapan guru dan peningkatan profesionalisme guru bukan opsyen.
 Penulisan minit mesyuarat perlu mematuhi PKPA Bil 2: 1991 Panduan Mengurus Mesyuarat seperti bahagian pengesahan minit mesyuarat dan perkara-perkara berbangkit.
 Analisa peperiksaan disediakan di dalam fail panitia.


 [ PENGURUSAN SUMBER ]
SUMBER MANUSIA
TENAGA PENGAJAR MEMERLUKAN
1. GURU OPSYEN UNTUK MENGAJAR PENDIDIKAN MUZIK
2. GURU BUKAN OPSYEN YANG MENDAPAT LATIHAN PROFESIONALISME MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK

FIZIKAL SEKOLAH
PERABOT, KERUSI DAN MEJA MURID YANG SESUAI AMAT DIPERLUKAN BAGI MENGIMBANGI JUMLAH MURID.
MURID MEMERLUKAN RUANG LATIHAN NYANYIAN, PERGERAKAN DAN BERMAIN ALAT MUZIK




 [ PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN ]

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 KUALITI P&P GURU MENGIKUT PENCAPAIAN CEMERLANG, HARAPAN, SEDERHANA DAN LEMAH
 KUALITI PEMBELAJARAN DAN PENGLIBATAN MURID-MURID MERUPAKAN ’CORE BUSSINESS’
 KUALITI P&P SEMUA GURU PERLU DIPERTINGKATKAN DARI SEMASA KE SEMASA MELALUI BENGKEL, KURSUS PERKEMBANGAN STAF DAN KEKERAPAN PEMANTAUAN OLEH PENTADBIR SEKOLAH DENGAN SARANAN KETUA PANITIA

KERJA BERTULIS MURID
 JUMLAH DISEDIAKAN PERLU MUNASABAH.
 PEMERIKSAAN - HENDAKLAH TELITI /KONSTRUKTIF
 KERJA PEMBETULAN MESTILAH DITEGASKAN.
 PEMANTAUAN BUKU LATIHAN MURID – MENGIKIT JADUAL OLEH PENASIHAT PENGURUS PRODUKSI.

SOALAN LATIHAN MURID
 DISEDIAKAN MENGIKUT MENGIKUT ARAS, DIPELBAGAIKAN BENTUK DAN DISEDIAKAN DALAM JUMLAH YANG MUNASABAH.
 PEMERIKSAAN LATIHAN BERTULIS MURID OLEH GURU PERLU DIBUAT DENGAN TELITI, CERMAT, KRITIS DAN KONSTRUKTIF.
 KERJA PEMBETULAN PERLU DITEGASKAN.
 BUKU LATIHAN MURID – DIPANTAU OLEH PIHAK SEKOLAH
 PENILAIAN PENCAPAIAN MURID DALAM BIDANG AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH PERLU DIBUAT SUPAYA DAPAT DIANALISIS BAGI MENGENAL PASTI PRESTASI MEREKA. HASIL PENILAIAN DAPAT DIJADIKAN INDIKATOR SEJAUH MANA STRATEGI YANG DIGUNAKAN DALAM PELAKSANAAN SESUATU PROGRAM ITU MENCAPAI MATLAMATNYA.

[KEMENJADIAN MURID]
KURIKULUM
 Pencapaian Murid
 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)
Jadual: Pencapaian bagi Mata Pelajaran Pendidikan Muzik
Peratus (%) Lulus

Kelas/
Tahun Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
A A A A T A T A T
2004 95% 98% 100% 80% 75% 90% 80% 95% 80%
2005 98.2% 100% 100% X 75% X 100% X 100%
2006 84.1% 100% 97.4% X 100% X 100% X X
½ Tahun




 A–Amali T-Teori X- Tiada Penilaian


 Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM)

 Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Pendidikan Muzik (2003-2005)

Jadual: Pencapaian bagi Mata Pelajaran Pendidikan Muzik

Peratus (%) Lulus

TAHUN 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G LULUS GPK
2003 12.5% 12.5% 25% 12.5% 12.5% 12.5% 12.5% _ _ 100% 3.00
2004 _ 50% 25% _ _ 25% _ _ _ 100% 3.25
2005 37.5% 50% _ _ 12.5% _ _ _ 100% 2.00

 MELIHAT KEPADA TREND PENCAPAIAN KEPUTUSAN SELAMA TIGA TAHUN BERTURUT TURUT
 PENGURUSAN PANITIA DIKEHENDAKI MEMBUAT ANALISIS DAN MERANCANG PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PENDIDIKAN MUZIK DENGAN LEBIH KOMPREHENSIF
 ASPEK PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN PERLU DIBERI PERHATIAN YANG LEBIH UTAMA.

KOKURIKULUM
PENCAPAIAN- MURID
SAHSIAH MURID
BAIK


 ISU-ISU
1. ISU PENGURUSAN PANITIA
2. ISU KESELAMATAN MURID DAN HARTA BENDA PERALATAN BILIK MUZIK
3. ISU KEMUDAHAN FIZIKAL DAN SUMBER TENAGA MANUSIA
4. ISU PENILAIAN KURIKULUM,KOKURIKULUM DAN SAHSIAH MURID

Saturday, May 24, 2008

PENYELIDIKAN DALAM PSV

1. TAJUK PENYELIDIKAN

Nilai Terapuetik Dalam Pendidikan Seni Visual Sebagai Pemangkin Terhadap Pemantapan Emosi dan Sahsiah Pelajar.


1.1 Pengenalan
Agenda utama Rancangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysia digubal dengan tujuan untuk memastikan keseimbangan penekanan kepada kandungan sukatan pelajaran yang merangkumi beberapa kemahiran genetik, perkembangan potensi diri dan keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif dalam seni visual.
Tiga aspek utama modul yang dikenal pasti; pertama ialah perkembangan nilai diri dan kesediaan menceburi alam pendidikan dengan aktif. Kedua ialah Penguasaan kemahiran dan teknologi buatan serta penghasilan seni visual dan ketiga ialah perkembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya menerusi sejarah dan apresiasi seni visual. Pendidikan Seni Visual merupakan saluran perantara yang sesuai untuk melaksanakan nilai terapuetik sebagai pemangkin terhadap pemantapan emosi dan sahsiah pelajar. Ibarat Kain putih, kitalah yang dapat mengawal warna warni pada generasi akan datang.


2. Tiga Hipotesis Nol Utama

1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dalam memberi penumpuan terhadap pembelajaran mata pelajaran Pendidikan seni Visual.

2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar etnik melayu, Cina dan India untuk menyampaikan maksud yang tersirat di dalam lukisan mereka.

3. Tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara kejelasan kefahaman pelajar dalam pembelajaran dengan pencapaian peperiksaan Setengah Tahun Pendidikan Seni Visual.

3. Instrumen: Soal Selidik


Mempunyai arahan dan soalan sebagai piawai untuk respnden. Respon subjek semata-mata pada soalan piawai. Penyelidik memberi dua hari untuk keselesaan responden menjawab soal selidik dengan lebih tepat. Soal selidik jawapan dipilih `closed-ended format’ di mana subjek dikehendaki pilih jawapan yang bersesuaian terhadap soalan yang dikemukakan berdasarkan cadangan jawapan. Resonden diharap dapat memilih jawapan yang paling eksklusif dan sesuai. Kelebihan soal selidik jenis ini ialah mudah ditadbir. Tidak perlu kemahiran subjek untuk respond dan memudahkan penganalisisan data.


4. Persampelan
Kajian ini melibatkan dua buah sekolah menengah daerah Banting, Selangor. Persampelan adalah dipilih dikalangan pelajar tingkatan satu di sekolah tersebut. Pemilihan dibuat secara rawak terkawal. Seramai 30 orang daripada 460 orang pelajar tingkatan satu di sekolah tersebut dipilih iaitu 15 lelaki, 15 perempuan, 10 dari etnik melayu, 10 dari etnik Cina dan 10 dari etnik india untuk sampel kajian.

4.1 PROSEDUR PENYELIDIKAN

Sebanyak 23 soalan aprisiasi seni dalam pendidikan seni berkaitan dengan topik pembelajaran pendidikan seni telah dibangunkan dengan nasihat guru panatia pendidikan seni dan pensyarah dalam bidang pendidikan seni. Soalan-soalan ini adalah dalam bentuk objektif. Seterusnya 23 soalan ini diberikan kepada pelajar tingkatan satu yang berada di sekolah yang berbeza, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang, Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya, Selangor. Item-item ujian diuji bagi menentukan aras kebolehbacaan, iaitu sama ada ayat-ayat yang digunakan boleh atau tidak dibaca oleh murid-murid. Mengandungi domain domain afektif dan kognitif.
Teknik Skala Digunakan
Skala Likert (Rensis Likert)
Menggunakan beberapa jumlah pengukuran untuk mengenalpasti sikap, perasaan dan pendapat.
Kebiasaan skel yang sering digunakan ialah 1 to 5. Sering skel tersebut ialah 1=Lansung tidak setuju, 2=Tidak setuju, 3=tidak pasti,4=bersetuju, and 5=Sangat bersetuju.

Contoh: Guru anda memahami maksud tersirat yang ingin anda sampaikan
pada lukisan anda.
Setiap pernyataan dilabelkan skala `sangat Bersetuju/ lansung tidak setuju’
– Julat skala antara –2 hingga +2, skor kosong dikira neutral.

5. ANALISIS DATA
Data-data yang dikumpulkan dalam penyelidikan ini dianalisis dengan menggunakan perisian statistik SPSS (Statistical Packages for Social Science) versi 11.5 dalam persekitaran Windows. Analisis berikut digunakan, antaranya ialah:

1. Ujian -t adalah untuk mengenalpasti perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan dalam memberi penumpuan terhadap pembelajaran mata pelajaran Pendidikan seni Visual. Keputusan ini akan dapat memberi perbandingan antara kumpulan dengan ujian independent t-test.

2. Analisis ANOVA digunakan untuk mengenalpasti perbezaan yang signifikan di antara pelajar etnik melayu, Cina dan India untuk menyampaikan maksud yang tersirat di dalam lukisan mereka.

3. Korelasi PEARSON digunakan untuk mengenalpasti perbezaan hubungan yang signifikan
di antara kejelasan kefahaman pelajar dalam pembelajaran dengan pencapaian
peperiksaan Pendidikan Seni Visual.



5.1 UJIAN SIGNIFIKAN

“UJIAN SIGNIFIKAN” digunakan bagi menolak atau menerima Hipotesis Nol
Tahap signifikan iaitu Ö = .05 DITETAPKAN
Jika ujian statistik mendapati
NILAI < .05 maka HO DITOLAK
NILAI > .05 maka HO DITERIMA

6. DAPATAN PENYELIDIKAN
Kajian ini melibatkan pelajar tingkatan satu di dua buah sekolah menengah bantuan kerajaan. Seramai 30 orang pelajar dipilih daripada dua buah sekolah. Kesemua pelajar yang dipilih dapat hadir semasa tinjauan dibuat. Berdasarkan bilangan yang sampel adalah seperti berikut:

BIL SEKOLAH LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
1 SMK T.PANGLIMA 7 8 15
2. SMK SIJANGKANG 8 7 15
JUMLAH 15 15 30

Jadual 1. Taburan pelajar



6.1 DAPATAN PERSOALAN KAJIAN
Berikut adalah dapatan kajian untuk menjawab persoalan-persoalan kajian bagi menentukan hipotesis yang telah ditetapkan.

6.1.1 Adakah persamaan dalam memberi penumpuan terhadap pembelajaran mata pelajaran Pendidikan seni Visual di antara pelajar lelaki dengan perempuan tingkatan satu di dalam kelas?

Group Statistics
Jantina N Mean Std. Deviation Std. Error Mean
Soalan 17 Lelaki 15 4.1333 .74322 .19190
Perempuan 15 3.6000 .98561 .25448



Jadual 2.1. Huraian statistik penumpuan terhadap pembelajaran Pendidikan Seni antara pelajar lelaki dan perempuan.


Independent Samples Test

Levene's Test for Equality of Variances t-test for Equality of Means
F Sig. t df Sig. (2-tailed) Mean Difference Std. Error Difference 95% Confidence Interval of the Difference
Lower Upper
Soalan 17 Equal variances assumed 2.141 .155 1.673 28 .105 .5333 .31873 -.11955 1.18622
Equal variances not assumed 1.673 26.031 .106 .5333 .31873 -.12178 1.18845



Jadual 2.2. Ujian-T menunjukkan min bagi lelaki dan Perempuan.


Bagi menjawab persoalan satu / hipotesis pertama, penyelidik menggunakan analisa ujian-T. Analisis ujian-T menunjukan t(28)=1.67, p=0.105 adalah tidak signifikan. Hiotesis Nol diterima. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki (min= 4.13 sd= 0.74) dengan pelajar perempuan (min= 3.60 sd= 0.98) dalam memberi penumpuan terhadap pembelajaran mata pelajaran Pendidikan seni Visual.

6.1.2 Adakah perbezaan signifikan antara kumpulan pelajar tingkatan satu etnik melayu, cina dan India untuk menyampaikan maksud yang tersirat di dalam lukisan mereka?



Descriptives
Soalan 4
N Mean Std. Deviation Std. Error 95% Confidence Interval for Mean Minimum Maximum
Lower Bound Upper Bound
Melayu 10 3.9000 1.44914 .45826 2.8633 4.9367 1.00 5.00
Cina 10 3.1000 1.37032 .43333 2.1197 4.0803 1.00 5.00
India 10 3.1000 1.59513 .50442 1.9589 4.2411 1.00 5.00
Total 30 3.3667 1.47352 .26903 2.8164 3.9169 1.00 5.00


Jadual 3.1. Deskritif antara kumpulan pelajar tingkatan satu etnik melayu, cina dan India untuk menyampaikan maksud yang tersirat di dalam lukisan mereka.


Test of Homogeneity of Variances
Soalan 4
Levene Statistic df1 df2 Sig.
.229 2 27 .797


Jadual 3.2. Uijan homogeneity of variances

ANOVA
Soalan 4
Sum of Squares df Mean Square F Sig.
Between Groups 4.267 2 2.133 .981 .388
Within Groups 58.700 27 2.174
Total 62.967 29


Jadual 3.3. Uijan Anova di antara kumpulan pelajar berbeza etnik.


Bagi menjawab persoalan kedua / hipotesis kedua, penyelidik menggunakan analisa ujian Anova. Ujian Anova menunjukan nilai F(2,27)=0.98, P=0.39 adalah tidak signifikan, maka hipotesis Nol diterima. Tidak terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan pelajar tingkatan satu etnik melayu ( min=3.90. sd=1.45 ), cina ( min=3.10. sd=1.37 ) dan India ( min=3.10. sd=1.59 ) untuk menyampaikan maksud yang tersirat di dalam lukisan mereka.
6.1.3 Adakah hubungan di antara kejelasan kefahaman pelajar dalam pembelajaran di kelas dengan pencapaian markah peperiksaan Setengah tahun Pendidikan Seni Visual?

Descriptive Statistics
Mean Std. Deviation N
Soalan 19 3.7000 1.11880 30
Markah Ujian 57.8000 11.16151 30

Jadual 4.1. Statistik Deskriptif hubungan di antara kejelasan kefahaman pelajar dalam pembelajaran di kelas dengan pencapaian markah peperiksaan setengah tahun Pendidikan Seni visual.

Correlations
Soalan 19 Markah Ujian
Soalan 19 Pearson Correlation 1 .876(**)
Sig. (2-tailed) . .000
N 30 30
Markah Ujian Pearson Correlation .876(**) 1
Sig. (2-tailed) .000 .
N 30 30
** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 4.2. Korelasi hubungan di antara kejelasan kefahaman pelajar dalam pembelajaran di kelas dengan pencapaian markah peperiksaan Setengah tahun Pendidikan Seni.

Korelasi PEARSON digunakan untuk mengenalpasti perbezaan perkaitan yang signifikan
di antara kejelasan kefahaman pelajar dalam pembelajaran dengan pencapaian peperiksaan Pendidikan Seni. r =0.87, P=0.00 menunjukkan adalah signifikan. Hipotesis Nol ditolak.
Terdapat perkaitan yang signifikan di antara kejelasan kefahaman pelajar dalam
pembelajaran pendidikan seni (min=3.70. sd=1.12) dengan pencapaian peperiksaan setengah
tahun Pendidikan Seni (min=57.8. sd=11.16). Ini menunjukan bahawa semakin tinggi
kejelasan kefahaman pelajar dalam pembelajaran pendidikan seni, semakin tinggi skor pelajar
dalam pepepriksaan.


7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya daripada dapatan kajian ini didapati bahawa nilai terapuetik di dalam pendidikan seni visual boleh mencapai objektifnya sebagai pemangkin terhadap pemantapan emosi dan sahsiah pelajar. Ini berdasarkan penumpuan yang positif dan tidak terdapat perbezaan di antara kedua dua kumpulan lelaki dan perempuan di dalam penumpuan pembelajaran mata pelajaran pendidikan seni visual di dalam kelas.
Selain itu didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar pelajar dari etnik yang berbeza untuk menyampaikan maksud yang tersirat di dalam lukisan mereka. Dengan ini modul yang akan disediakan boleh mempunyai matlamat, objektif dan indikator yang seragam.
Guru pelaksana perlu mempelbagaikan teknik kejelasan pengajaran kerana terdapat hubungan di antara kejelasan kefahaman pelajar dalam pembelajaran dengan pencapaian skor peperiksaan mata pelajaran pendidikan seni visual. Kesannya, nilai terapuetik dalam pendidikan Seni Visual dapat merawat pelajar pada tiga domain yang berbeza iaitu afektif, psikomotor dan kognitif secara positif dalam situasi serentak dan secara langsung tatkala proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

ibliografi

• Dr Ahmad Bin Hashim, “ Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan UKP 6013“,
Bahan Nota Rujukan dari WebCity, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, 2004.

• Dr Ahmad Bin Hashim, “ Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan UKP 6013”,,
Syarahan Dalam Kelas UKP6013, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2003.
• David W. Stockburger, “ Introductory Statistics: Concepts, Models, and Applications”, File://pearson correlation\Correlation-Main_files\sbk17toc.htm.

• Deborah D.West, “ Edicational Horizon ”, Summer, 2000 .

• Eve C. Jarboe, “ Art Therapy: A Proposal For Inclusion in School Settings”, New Horizons for Learning, 2002.

• Judith Peck, “ Art As Therapy “, Http://orion.ramapo.edu

• “ Seni Visual Sukatan Pelajaran dan Soalan Contoh ”, Majlis Peperiksaan Malaysia, 2002.

• Shiken:JALT Testing & Evaluation SIG Newsletter, “Statistics Corner: Questions and answers about language testing statistics”: Vol. 4 No. 1 Apr. 2000 (p. 18 - 21)

• “SPSS Techniques Series: Statistic on Likert Scale Surveys”, File://tution\what is likert scale.htm.

• File://Tukey post hoc\Between Subjects OneWay ANOVA Description.htm


• Viktor Lowenfeld , “ Creative and Mental Growth” , Macmillan Co New York,1947.