Monday, May 26, 2008

E-mail Dr Mohd Nasir Ibrahim (Tasmania, AUS)

Jasamu...dikenang.
E-mail lama yang masih berligar difikiran...


1. Ko nak tau sejauh mana kesedaran guru2 PS terhadap elemen terapi dalam seni dan sejauh mana guru-guru PS dapat menerapkan elemen tersebut semasa pengajaran.
2. Mungkin ramai orang berpendapat, bahawa perkara tuu tak wujud dalam pengajaran dan pembelajaran seni....ko kena cari literatur yang menyokong bahawa elemen tuu wujud.
3. Mungkin ada yang tau kepentingan terapi seni dan perlu dimasukkan dalam P&P PSV....ko kena cari literatur tentang terapi dan pengajaran seni.
4. Tang metodologi ko pulak tuu...ko kena trash out dengan jelas...ko guna kuanti atau kuali. Kalau ko guna kuanti, ko kena jelaskan kenapa ko guna kuanti.
5. Kalau ko guna kuali, biasanya survey tuu sekadar nak dapat gambaran sama ada wujud atau tak kesedaran tentang wujudnya elemen terapi dalam P&P PSV dan sejauh mana mereka mampu menerapkan elemen tersebut semasa mengajar. Aku tengok daripada survey ko tuu ada tapi sikit. Macamanapun, walaupun sikit, tapi ada. Ini bermakna research ko tuu researchable. Kemudian barulah ko pilih 3-4 orang yang ada tuu sebagai participants ko. Dalam kuali 3-4 orang dah cukup...sebab in-depth. Ko boleh guna metode interview je.
6. Kalau ko guna kuanti, ko kena analyse survey tuu...dan macam biasalah...ko rumuskan daripada dapatan tuu. Mungkin ko lebih selesa dengan nii. Tapi...ko kena mantap ler dgn jawapan2 ko khususnya persoalan2 kajian...sama ada terjawab atau tak.
7. Metode pulak, sebab ko guna survey....survey nii pulak boleh ada dalam kuanti dan kuali. Kalau dalam kuanti, biasalah....instrumen nii nak kenalpasti berasaskan item2 yang telah dikelompokkan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang terkandung dalam kajian ko. Ari tuu kita dah trash out dan cronbach Alphapun dah buat. Soalan2 tuu valid dan ko kena terangkan gak proses pembaikian soalan2 survey tuu...

P & P PEND MUZIK & PENGURUSAN PANITIA

OBJEKTIF PEMERIKSAAN
Menaksir pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Muzik.
Menaksir pengurusan mata pelajaran Pendidikan Muzik.
MEKANISME PEMERIKSAAN
INSTRUMEN PEMASTIAN STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA ( SKPM2 )
ITEM-ITEM UTAMA INSTRUMEN PEMERIKSAAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN
ITEM-ITEM UTAMA INSTRUMEN PEMERIKSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ELEMEN 9


MODUS OPERANDI
PEMERIKSA : NAZIR M/P
TEMPOH PEMERIKSAAN : 2 HINGGA 5 HARI
SEMAKAN DOKUMEN
TEMUBUAL
PEMERHATIAN
PENCERAPAN


 PEMILIHAN SEKOLAH
 SEKOLAH KEBANGSAAN
 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN



 LATARBELAKANG SEKOLAH
 KATEGORI BANDAR
 KATEGORI LUAR BANDAR
 PEDALAMAN

 LATARBELAKANG SEKOLAH
 SASARAN
 GURU OPSYEN
 GURU BUKAN OPSYEN
 JUMLAH KELAS P&P

[ HALA TUJU KEPIMPINAN ]
2.5 Pemimpin Kurikulum
(a) Guru Besar/Pengetua memainkan peranan sebagai pemimpin kurikulum dengan:
1 mengajar sejumlah waktu mengikut pekeliling yang berkuat kuasa
2 memimpin pelaksanaan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran secara terancang
3 memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
4 menggalakkan guru supaya kreatif dan inovatif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
5 mempengerusi Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Kokurikulum dan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
6 menjelaskan dan meyakinkan guru mengenai dasar, perkembangan, strategi dan kaedah terkini dalam hal-hal berkaitan dengan pendidikan
7 memantau pelaksanaan program kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid
8 memantau kemajuan murid dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah
9 memberi perhatian kepada keperluan murid dalam pengajaran dan pembelajaran
10 mewujudkan iklim yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran

[ HALA TUJU KEPEMIMPINAN ]
KEPEMIMPINAN
BAIK, TEGAS, MUDAH DIDAMPINGI DAN BOLEH BERTOLAK ANSUR,
MENYERLAH SEBAGAI PEMIMPIN KURIKULUM, PERANCANG, PENYELIA DAN PEMANTAU


[PENGURUSAN PANITIA]
PERANCANGAN
 PERANCANGAN TAKTIKAL DAN OPERASI BIDANG KURIKULUM DISEDIAKAN MENEPATI SPESIFIKASI YANG SEBENAR. (IAB/SKPM)
 BERDASARKAN PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH


[ PENGURUSAN PANITIA]
PERANCANGAN STRATEGIK,TAKTIKAL DAN OPERASI
- KURIKULUM,
- KOKURIKULUM
- KEWANGAN,

 FAKTOR KEJAYAAN
- SUMBER TENAGA MANUSIA,
- PERALATAN MUZIK
- BAHAN KURIKULUM, DAN
- KEMUDAHAN ASAS SEKOLAH SEPERTI BILIK MUZIK ATAU TEMPAT P&P DAN LATIHAN

 [ PENGURUSAN PANITIA ]
ASPEK KELANCARAN, KESELAMATAN DAN PEMULIHARAAN
 MEMPUNYAI JADUAL BILIK MUZIK ATAU TEMPAT LATIHAN P&P
 MEMPUNYAI PERATURAN BILIK MUZIK
 MENGGUNAKAN BUKU LOG UNTUK BARANG KELUAR MASUK DAN PEMULIHARAAN ALAT ALAT MUZIK
 PERSEKITARAN BILIK SEKOLAH YANG TENANG, BERSIH DAN MEMPUNYAI RUANG PAMERAN SEBAGAI PENEGUHAN MURID-MURID.


 Mesyuarat diadakan sekurangnya sebanyak 3 kali setahun.
 Perancangan dibuat untuk Pendidikan Muzik sepanjang tahun, menyentuh tentang anggaran perbelanjaan, semakan buku kerja, pencerapan guru dan peningkatan profesionalisme guru bukan opsyen.
 Penulisan minit mesyuarat perlu mematuhi PKPA Bil 2: 1991 Panduan Mengurus Mesyuarat seperti bahagian pengesahan minit mesyuarat dan perkara-perkara berbangkit.
 Analisa peperiksaan disediakan di dalam fail panitia.


 [ PENGURUSAN SUMBER ]
SUMBER MANUSIA
TENAGA PENGAJAR MEMERLUKAN
1. GURU OPSYEN UNTUK MENGAJAR PENDIDIKAN MUZIK
2. GURU BUKAN OPSYEN YANG MENDAPAT LATIHAN PROFESIONALISME MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK

FIZIKAL SEKOLAH
PERABOT, KERUSI DAN MEJA MURID YANG SESUAI AMAT DIPERLUKAN BAGI MENGIMBANGI JUMLAH MURID.
MURID MEMERLUKAN RUANG LATIHAN NYANYIAN, PERGERAKAN DAN BERMAIN ALAT MUZIK




 [ PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN ]

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 KUALITI P&P GURU MENGIKUT PENCAPAIAN CEMERLANG, HARAPAN, SEDERHANA DAN LEMAH
 KUALITI PEMBELAJARAN DAN PENGLIBATAN MURID-MURID MERUPAKAN ’CORE BUSSINESS’
 KUALITI P&P SEMUA GURU PERLU DIPERTINGKATKAN DARI SEMASA KE SEMASA MELALUI BENGKEL, KURSUS PERKEMBANGAN STAF DAN KEKERAPAN PEMANTAUAN OLEH PENTADBIR SEKOLAH DENGAN SARANAN KETUA PANITIA

KERJA BERTULIS MURID
 JUMLAH DISEDIAKAN PERLU MUNASABAH.
 PEMERIKSAAN - HENDAKLAH TELITI /KONSTRUKTIF
 KERJA PEMBETULAN MESTILAH DITEGASKAN.
 PEMANTAUAN BUKU LATIHAN MURID – MENGIKIT JADUAL OLEH PENASIHAT PENGURUS PRODUKSI.

SOALAN LATIHAN MURID
 DISEDIAKAN MENGIKUT MENGIKUT ARAS, DIPELBAGAIKAN BENTUK DAN DISEDIAKAN DALAM JUMLAH YANG MUNASABAH.
 PEMERIKSAAN LATIHAN BERTULIS MURID OLEH GURU PERLU DIBUAT DENGAN TELITI, CERMAT, KRITIS DAN KONSTRUKTIF.
 KERJA PEMBETULAN PERLU DITEGASKAN.
 BUKU LATIHAN MURID – DIPANTAU OLEH PIHAK SEKOLAH
 PENILAIAN PENCAPAIAN MURID DALAM BIDANG AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH PERLU DIBUAT SUPAYA DAPAT DIANALISIS BAGI MENGENAL PASTI PRESTASI MEREKA. HASIL PENILAIAN DAPAT DIJADIKAN INDIKATOR SEJAUH MANA STRATEGI YANG DIGUNAKAN DALAM PELAKSANAAN SESUATU PROGRAM ITU MENCAPAI MATLAMATNYA.

[KEMENJADIAN MURID]
KURIKULUM
 Pencapaian Murid
 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)
Jadual: Pencapaian bagi Mata Pelajaran Pendidikan Muzik
Peratus (%) Lulus

Kelas/
Tahun Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
A A A A T A T A T
2004 95% 98% 100% 80% 75% 90% 80% 95% 80%
2005 98.2% 100% 100% X 75% X 100% X 100%
2006 84.1% 100% 97.4% X 100% X 100% X X
½ Tahun




 A–Amali T-Teori X- Tiada Penilaian


 Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM)

 Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Pendidikan Muzik (2003-2005)

Jadual: Pencapaian bagi Mata Pelajaran Pendidikan Muzik

Peratus (%) Lulus

TAHUN 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G LULUS GPK
2003 12.5% 12.5% 25% 12.5% 12.5% 12.5% 12.5% _ _ 100% 3.00
2004 _ 50% 25% _ _ 25% _ _ _ 100% 3.25
2005 37.5% 50% _ _ 12.5% _ _ _ 100% 2.00

 MELIHAT KEPADA TREND PENCAPAIAN KEPUTUSAN SELAMA TIGA TAHUN BERTURUT TURUT
 PENGURUSAN PANITIA DIKEHENDAKI MEMBUAT ANALISIS DAN MERANCANG PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PENDIDIKAN MUZIK DENGAN LEBIH KOMPREHENSIF
 ASPEK PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN PERLU DIBERI PERHATIAN YANG LEBIH UTAMA.

KOKURIKULUM
PENCAPAIAN- MURID
SAHSIAH MURID
BAIK


 ISU-ISU
1. ISU PENGURUSAN PANITIA
2. ISU KESELAMATAN MURID DAN HARTA BENDA PERALATAN BILIK MUZIK
3. ISU KEMUDAHAN FIZIKAL DAN SUMBER TENAGA MANUSIA
4. ISU PENILAIAN KURIKULUM,KOKURIKULUM DAN SAHSIAH MURID

Saturday, May 24, 2008

PENYELIDIKAN DALAM PSV

1. TAJUK PENYELIDIKAN

Nilai Terapuetik Dalam Pendidikan Seni Visual Sebagai Pemangkin Terhadap Pemantapan Emosi dan Sahsiah Pelajar.


1.1 Pengenalan
Agenda utama Rancangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysia digubal dengan tujuan untuk memastikan keseimbangan penekanan kepada kandungan sukatan pelajaran yang merangkumi beberapa kemahiran genetik, perkembangan potensi diri dan keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif dalam seni visual.
Tiga aspek utama modul yang dikenal pasti; pertama ialah perkembangan nilai diri dan kesediaan menceburi alam pendidikan dengan aktif. Kedua ialah Penguasaan kemahiran dan teknologi buatan serta penghasilan seni visual dan ketiga ialah perkembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya menerusi sejarah dan apresiasi seni visual. Pendidikan Seni Visual merupakan saluran perantara yang sesuai untuk melaksanakan nilai terapuetik sebagai pemangkin terhadap pemantapan emosi dan sahsiah pelajar. Ibarat Kain putih, kitalah yang dapat mengawal warna warni pada generasi akan datang.


2. Tiga Hipotesis Nol Utama

1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dalam memberi penumpuan terhadap pembelajaran mata pelajaran Pendidikan seni Visual.

2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar etnik melayu, Cina dan India untuk menyampaikan maksud yang tersirat di dalam lukisan mereka.

3. Tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara kejelasan kefahaman pelajar dalam pembelajaran dengan pencapaian peperiksaan Setengah Tahun Pendidikan Seni Visual.

3. Instrumen: Soal Selidik


Mempunyai arahan dan soalan sebagai piawai untuk respnden. Respon subjek semata-mata pada soalan piawai. Penyelidik memberi dua hari untuk keselesaan responden menjawab soal selidik dengan lebih tepat. Soal selidik jawapan dipilih `closed-ended format’ di mana subjek dikehendaki pilih jawapan yang bersesuaian terhadap soalan yang dikemukakan berdasarkan cadangan jawapan. Resonden diharap dapat memilih jawapan yang paling eksklusif dan sesuai. Kelebihan soal selidik jenis ini ialah mudah ditadbir. Tidak perlu kemahiran subjek untuk respond dan memudahkan penganalisisan data.


4. Persampelan
Kajian ini melibatkan dua buah sekolah menengah daerah Banting, Selangor. Persampelan adalah dipilih dikalangan pelajar tingkatan satu di sekolah tersebut. Pemilihan dibuat secara rawak terkawal. Seramai 30 orang daripada 460 orang pelajar tingkatan satu di sekolah tersebut dipilih iaitu 15 lelaki, 15 perempuan, 10 dari etnik melayu, 10 dari etnik Cina dan 10 dari etnik india untuk sampel kajian.

4.1 PROSEDUR PENYELIDIKAN

Sebanyak 23 soalan aprisiasi seni dalam pendidikan seni berkaitan dengan topik pembelajaran pendidikan seni telah dibangunkan dengan nasihat guru panatia pendidikan seni dan pensyarah dalam bidang pendidikan seni. Soalan-soalan ini adalah dalam bentuk objektif. Seterusnya 23 soalan ini diberikan kepada pelajar tingkatan satu yang berada di sekolah yang berbeza, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang, Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya, Selangor. Item-item ujian diuji bagi menentukan aras kebolehbacaan, iaitu sama ada ayat-ayat yang digunakan boleh atau tidak dibaca oleh murid-murid. Mengandungi domain domain afektif dan kognitif.
Teknik Skala Digunakan
Skala Likert (Rensis Likert)
Menggunakan beberapa jumlah pengukuran untuk mengenalpasti sikap, perasaan dan pendapat.
Kebiasaan skel yang sering digunakan ialah 1 to 5. Sering skel tersebut ialah 1=Lansung tidak setuju, 2=Tidak setuju, 3=tidak pasti,4=bersetuju, and 5=Sangat bersetuju.

Contoh: Guru anda memahami maksud tersirat yang ingin anda sampaikan
pada lukisan anda.
Setiap pernyataan dilabelkan skala `sangat Bersetuju/ lansung tidak setuju’
– Julat skala antara –2 hingga +2, skor kosong dikira neutral.

5. ANALISIS DATA
Data-data yang dikumpulkan dalam penyelidikan ini dianalisis dengan menggunakan perisian statistik SPSS (Statistical Packages for Social Science) versi 11.5 dalam persekitaran Windows. Analisis berikut digunakan, antaranya ialah:

1. Ujian -t adalah untuk mengenalpasti perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan dalam memberi penumpuan terhadap pembelajaran mata pelajaran Pendidikan seni Visual. Keputusan ini akan dapat memberi perbandingan antara kumpulan dengan ujian independent t-test.

2. Analisis ANOVA digunakan untuk mengenalpasti perbezaan yang signifikan di antara pelajar etnik melayu, Cina dan India untuk menyampaikan maksud yang tersirat di dalam lukisan mereka.

3. Korelasi PEARSON digunakan untuk mengenalpasti perbezaan hubungan yang signifikan
di antara kejelasan kefahaman pelajar dalam pembelajaran dengan pencapaian
peperiksaan Pendidikan Seni Visual.



5.1 UJIAN SIGNIFIKAN

“UJIAN SIGNIFIKAN” digunakan bagi menolak atau menerima Hipotesis Nol
Tahap signifikan iaitu Ö = .05 DITETAPKAN
Jika ujian statistik mendapati
NILAI < .05 maka HO DITOLAK
NILAI > .05 maka HO DITERIMA

6. DAPATAN PENYELIDIKAN
Kajian ini melibatkan pelajar tingkatan satu di dua buah sekolah menengah bantuan kerajaan. Seramai 30 orang pelajar dipilih daripada dua buah sekolah. Kesemua pelajar yang dipilih dapat hadir semasa tinjauan dibuat. Berdasarkan bilangan yang sampel adalah seperti berikut:

BIL SEKOLAH LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
1 SMK T.PANGLIMA 7 8 15
2. SMK SIJANGKANG 8 7 15
JUMLAH 15 15 30

Jadual 1. Taburan pelajar



6.1 DAPATAN PERSOALAN KAJIAN
Berikut adalah dapatan kajian untuk menjawab persoalan-persoalan kajian bagi menentukan hipotesis yang telah ditetapkan.

6.1.1 Adakah persamaan dalam memberi penumpuan terhadap pembelajaran mata pelajaran Pendidikan seni Visual di antara pelajar lelaki dengan perempuan tingkatan satu di dalam kelas?

Group Statistics
Jantina N Mean Std. Deviation Std. Error Mean
Soalan 17 Lelaki 15 4.1333 .74322 .19190
Perempuan 15 3.6000 .98561 .25448



Jadual 2.1. Huraian statistik penumpuan terhadap pembelajaran Pendidikan Seni antara pelajar lelaki dan perempuan.


Independent Samples Test

Levene's Test for Equality of Variances t-test for Equality of Means
F Sig. t df Sig. (2-tailed) Mean Difference Std. Error Difference 95% Confidence Interval of the Difference
Lower Upper
Soalan 17 Equal variances assumed 2.141 .155 1.673 28 .105 .5333 .31873 -.11955 1.18622
Equal variances not assumed 1.673 26.031 .106 .5333 .31873 -.12178 1.18845



Jadual 2.2. Ujian-T menunjukkan min bagi lelaki dan Perempuan.


Bagi menjawab persoalan satu / hipotesis pertama, penyelidik menggunakan analisa ujian-T. Analisis ujian-T menunjukan t(28)=1.67, p=0.105 adalah tidak signifikan. Hiotesis Nol diterima. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki (min= 4.13 sd= 0.74) dengan pelajar perempuan (min= 3.60 sd= 0.98) dalam memberi penumpuan terhadap pembelajaran mata pelajaran Pendidikan seni Visual.

6.1.2 Adakah perbezaan signifikan antara kumpulan pelajar tingkatan satu etnik melayu, cina dan India untuk menyampaikan maksud yang tersirat di dalam lukisan mereka?



Descriptives
Soalan 4
N Mean Std. Deviation Std. Error 95% Confidence Interval for Mean Minimum Maximum
Lower Bound Upper Bound
Melayu 10 3.9000 1.44914 .45826 2.8633 4.9367 1.00 5.00
Cina 10 3.1000 1.37032 .43333 2.1197 4.0803 1.00 5.00
India 10 3.1000 1.59513 .50442 1.9589 4.2411 1.00 5.00
Total 30 3.3667 1.47352 .26903 2.8164 3.9169 1.00 5.00


Jadual 3.1. Deskritif antara kumpulan pelajar tingkatan satu etnik melayu, cina dan India untuk menyampaikan maksud yang tersirat di dalam lukisan mereka.


Test of Homogeneity of Variances
Soalan 4
Levene Statistic df1 df2 Sig.
.229 2 27 .797


Jadual 3.2. Uijan homogeneity of variances

ANOVA
Soalan 4
Sum of Squares df Mean Square F Sig.
Between Groups 4.267 2 2.133 .981 .388
Within Groups 58.700 27 2.174
Total 62.967 29


Jadual 3.3. Uijan Anova di antara kumpulan pelajar berbeza etnik.


Bagi menjawab persoalan kedua / hipotesis kedua, penyelidik menggunakan analisa ujian Anova. Ujian Anova menunjukan nilai F(2,27)=0.98, P=0.39 adalah tidak signifikan, maka hipotesis Nol diterima. Tidak terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan pelajar tingkatan satu etnik melayu ( min=3.90. sd=1.45 ), cina ( min=3.10. sd=1.37 ) dan India ( min=3.10. sd=1.59 ) untuk menyampaikan maksud yang tersirat di dalam lukisan mereka.
6.1.3 Adakah hubungan di antara kejelasan kefahaman pelajar dalam pembelajaran di kelas dengan pencapaian markah peperiksaan Setengah tahun Pendidikan Seni Visual?

Descriptive Statistics
Mean Std. Deviation N
Soalan 19 3.7000 1.11880 30
Markah Ujian 57.8000 11.16151 30

Jadual 4.1. Statistik Deskriptif hubungan di antara kejelasan kefahaman pelajar dalam pembelajaran di kelas dengan pencapaian markah peperiksaan setengah tahun Pendidikan Seni visual.

Correlations
Soalan 19 Markah Ujian
Soalan 19 Pearson Correlation 1 .876(**)
Sig. (2-tailed) . .000
N 30 30
Markah Ujian Pearson Correlation .876(**) 1
Sig. (2-tailed) .000 .
N 30 30
** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 4.2. Korelasi hubungan di antara kejelasan kefahaman pelajar dalam pembelajaran di kelas dengan pencapaian markah peperiksaan Setengah tahun Pendidikan Seni.

Korelasi PEARSON digunakan untuk mengenalpasti perbezaan perkaitan yang signifikan
di antara kejelasan kefahaman pelajar dalam pembelajaran dengan pencapaian peperiksaan Pendidikan Seni. r =0.87, P=0.00 menunjukkan adalah signifikan. Hipotesis Nol ditolak.
Terdapat perkaitan yang signifikan di antara kejelasan kefahaman pelajar dalam
pembelajaran pendidikan seni (min=3.70. sd=1.12) dengan pencapaian peperiksaan setengah
tahun Pendidikan Seni (min=57.8. sd=11.16). Ini menunjukan bahawa semakin tinggi
kejelasan kefahaman pelajar dalam pembelajaran pendidikan seni, semakin tinggi skor pelajar
dalam pepepriksaan.


7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya daripada dapatan kajian ini didapati bahawa nilai terapuetik di dalam pendidikan seni visual boleh mencapai objektifnya sebagai pemangkin terhadap pemantapan emosi dan sahsiah pelajar. Ini berdasarkan penumpuan yang positif dan tidak terdapat perbezaan di antara kedua dua kumpulan lelaki dan perempuan di dalam penumpuan pembelajaran mata pelajaran pendidikan seni visual di dalam kelas.
Selain itu didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar pelajar dari etnik yang berbeza untuk menyampaikan maksud yang tersirat di dalam lukisan mereka. Dengan ini modul yang akan disediakan boleh mempunyai matlamat, objektif dan indikator yang seragam.
Guru pelaksana perlu mempelbagaikan teknik kejelasan pengajaran kerana terdapat hubungan di antara kejelasan kefahaman pelajar dalam pembelajaran dengan pencapaian skor peperiksaan mata pelajaran pendidikan seni visual. Kesannya, nilai terapuetik dalam pendidikan Seni Visual dapat merawat pelajar pada tiga domain yang berbeza iaitu afektif, psikomotor dan kognitif secara positif dalam situasi serentak dan secara langsung tatkala proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

ibliografi

• Dr Ahmad Bin Hashim, “ Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan UKP 6013“,
Bahan Nota Rujukan dari WebCity, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, 2004.

• Dr Ahmad Bin Hashim, “ Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan UKP 6013”,,
Syarahan Dalam Kelas UKP6013, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2003.
• David W. Stockburger, “ Introductory Statistics: Concepts, Models, and Applications”, File://pearson correlation\Correlation-Main_files\sbk17toc.htm.

• Deborah D.West, “ Edicational Horizon ”, Summer, 2000 .

• Eve C. Jarboe, “ Art Therapy: A Proposal For Inclusion in School Settings”, New Horizons for Learning, 2002.

• Judith Peck, “ Art As Therapy “, Http://orion.ramapo.edu

• “ Seni Visual Sukatan Pelajaran dan Soalan Contoh ”, Majlis Peperiksaan Malaysia, 2002.

• Shiken:JALT Testing & Evaluation SIG Newsletter, “Statistics Corner: Questions and answers about language testing statistics”: Vol. 4 No. 1 Apr. 2000 (p. 18 - 21)

• “SPSS Techniques Series: Statistic on Likert Scale Surveys”, File://tution\what is likert scale.htm.

• File://Tukey post hoc\Between Subjects OneWay ANOVA Description.htm


• Viktor Lowenfeld , “ Creative and Mental Growth” , Macmillan Co New York,1947.

E-mail Kepada dan Dari Prof Madya Ponirin Amin Timbalan Dekan Art & Design UiTM

Rozman Bin Shafie,
Pelajar Med. (Seni)
Fakulti Seni & Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak.



Kepada,

Prof. Madya Ponirin Bin Amin
Fine Art Department
Falculty of Art & Design
Universiti Teknologi MARA.


PM,
Nama saya Rozman Bin Shafie, mahasiswa Med. (Seni) dari Fakulti Seni & Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Saya sedang membuat kajian mengenai Terapi seni. Saya amat berharap sekiranya prof. dapat memberikan pandangan berdasarkan kertas cadangan penyelidikan yang menjadi kajian saya. Di sini saya sertakan sekali kertas cadangan penyelidikan saya. Saya memilih isu ‘ Nilai teraputik sebagai pemangkin emosi pelajar’.Besar hati saya sekiranya Prof dapat menolong saya dalam penulisan ini sebagai pakar rujuk dalam Seni Reka. Terapi Seni bermula tahun 30an di barat dan menjadi suatu keperluan bermula tahun 1946 diwujudkan department terapi seni yang hanya boleh diikuti diperingkat post graduate sahaja. Kecemerlangannya membantu pelajar, orang perseorangan, pesakit, gabungan kumpulan dan masyarakat tidak dapat dinafikan lagi. Saya berharap dapat menyumbangkan sesuatu di dalam kurikulum pendidikan Negara kita. Insya Allah.

Di sini terdapat beberapa soalan yang ingin saya kemukakan untuk memulakan ‘overview literature’ saya. Diharap Prof. dapat memberi pendapat dan cadangan yang membawa kepada penerokaan saya seterusnya di dalam penulisan bidang ini.


1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menekankan JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek), sebagaimana kita maklumi, Jasmani meliputi contohnya dalam bidang kesihatan, pendidikan jasmani dan sains sukan. Rohani (agama, moral, falsafah) dan intelek meliputi semua disiplin . Namun emosi tidak pula mendapat keddudukan yang setanding dengan yang lain. Apa pendapat prof dengan kedudukan emosi di dalam FPK berdasarkan keutamaannya ?

2. NIlai Teraputik pada umumnya merupakan suatu yang abstrak dan subjektif .Apakah mungkin ia dapat menolong dan membawa keberkesanan kepada masyarakat Negara kita ?


3. Apa pandangan Prof. tentang Terapi seni sebagai ‘Healing Process ‘ kepada tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor terhadap pelajar. Adakah ia patut bermula di pra sekolah atau pada peringkat awal remaja ?
.
4. Prospek terapi seni dan cabarannya di Malaysia . Bagaimanakah ia boleh memainkan peranan?



Jawapan dari PM


Assalamualaikum,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kerana telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Terapi Seni ini adalah suatu yang baru dalam pendidikan negara kita. Sekiranya ia berlaku, maka you akan menjadi pioneer dan specialist dalam bidang ini. Berkenaan dengan pertanyaan you, this is my opinion.

Kedudukan emosi dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan memang standing. Tetapi malangnya ia tidak outstanding jika tiada pemeberatan dilakukan, selagi itu JERI menjadi tidak jelas. Manfaat dan pengetahuan dalam kemahiran seni visual dalam kehidupan dan dalam bidang kerjaya, sebenarnya, adalah cetusan emosi. Seperti mengikut Mayer & Salovey (1997), “ Kecerdasan emosi adalah merupakan kebolehan untuk mengerti, melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar, dan menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkan dan menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk memahami emosi dan pengetahuan perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai penggalak perasaan dan pertumbuhan intelek “.

Tetapi kalau kita lihat dengan terperinci apa yang berlaku dalam sistem pendidikan kita di sini, segala penekanan banyak kepada kognitif dan skills atau psikomotor sahaja. Saya melihat emosi ini tidak datang dari satu keutamaan terpenting dalam FKN, kerana pendidikan kita bersifat ‘exam orientated’. Sebab itu, emosi ini kita lihat dari segi affektifnya. Rata rata segalanya ditekankan dari aspek kognitif dan psikomotor, Dalam geografi , sejarah dan secara tak langsung dalam seni pun begitu juga. Fokus yang mengatakan affektif itu diberi keutamaan tidak ada. Sebab itu kalau dilihat dalam ukuran tadi, maksudnya ukuran penilaian tidak disebut secara jelas tentang emosi. Yang dikatakan emosi ialah para pelajar perlu didedahkan kepada aspek persekitaran mereka. Kalau dalam seni, kita mengajar mereka apresiasi, mengajar mereka apa yang berlaku dalam sejarah, dalam tamadun manusia, emosi dapat memantapkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehiduan dan dalam kerjaya.

Kita ambil pendapat Mc Luhen and Fiore ‘Seni tentukan kefahaman kemanusiaan sejagat. Ia dihasilkan dari nurani dan naluri sehalusnya’.
‘Seni Nilai Asas perasaan manusia, manakala manusia ialah objek seni’. Aluyah Al Sagof.

Pendapat ini mengambil kira rangkuman kebolehan mengerti melihat dan merasa dengan tepat tatkala menilai, mengganggar dan menyatakan serta meluahkan bukti. Cuba kita lihat dalam kurikulum kita mana satu kita mengutamakan Emosi? Ada tak dalam kurikulum seni kita? Yang ada hanya kita mengajar sejarah seni, manfaat dan perbandingannya apa? Maka terjadilah vakum kerana kita memberi maklumat kepada pelajar pelajar ini tanpa mengenalinya . Pada saya, realitinya itulah kesedaran dia . Kita boleh mempelajari tamadun mana mana negara atau bangsa tetapi aplikasi yang realistik dalam jangka masa hayat itu ada atau tidak . Contohnya kalau kita ambil dalam konteks pembelajaran menengah tinggi . katakan tajuk kita Batik , kita nak memberi pemberatan emosi selain dari kognitif dan skil. Proses batik dalam kerjaya pelajar, cara melukis, mewarna, dye, keringkan dan apa yang perlu kita ajukan sebenarnya? Kalau kita lihat dalam konteks Emosi, kita akan bercerita tentang sejarah batik selepas itu cara membuatnya kemudian sebelum selesai, meneliti penghayatan macam mana yang kita perlu apresiasikan. Tentulah pada peradabannya, makna-makna yang terkandung dalam batik itu sendiri, perbandingan antara budaya; contohnya batik nusantara dan batik Malaysia. Kalau tidak nanti apa yang berlaku dalam pengajaran batik ialah belajar hanya tentang teknik. Pendidikan kita menyarankan teksonomi Bloom.

Yang jelas ada kognitif dan skills sahaja , tetapi meninggalkan affektifnya. Apabila affektifnya tiada, membuatkan orang tidak dapat mengaplikasinya.

Kalau kita ambil nilai teraputiknya , masalah besarnya ialah; kita sekarang ini melalui satu zaman information jadi minda kita diserapi pelbagai information. Teraputik ini kalau kita berbalik dalam konteks minda kita, ia ada alpha , beta dan lain lain. Bagaimana kita dapat menggunakan seni dalam konteks itu? Sekiranya, kita masih sibuk dengan kognitif dan kemahiran psikomotornya sahaja, bagaimana seni dapat dijadikan terapi. Kerana terapi adalah sebaliknya. Terapi bermakna apabila ada yang boleh membuatkan seni alpha tadi itu harus diturunkan kepada beta dan dalam keadaan beta tadi itu pun, adalah satu kejayaan juga.

Walau apapun kita masih mengalami masalah bagaimana hendak menilai karya. Bukannya impak berkarya dan impak mempelajari sesuatu ilmu seni itu dapat diikuti dengan bukan sahaja hasilnya. Oleh itu kalau kita mahu mengukur emosi yang dikatakan teraputik itu. Adakah kita mengukur dari pelajarnya atau kita hendak mengukur dari segi hasilnya?

Saya melihatnya begini; dalam budaya melayu, nilai teraputik ini wujud tapi kewujudannya ditempelak oleh kognitif dan kemahiran .Nilai teraputik dan emosi ini sememangnya sebahagian dari budaya kita dan tak perlu disebut lagi. Ia tidak menjadi positif kerana dalam pembelajaran kita dan dalam penstrukturan pembelajaran kita unsur emosi ditolak. Maksudnya yang dikatakan nilai teraputik bermakna; katakan pelajar akan menyatakan citarasanya, tapi oleh kerana penghasilannya unik, penilaiannya gagal kerana dia tidak mempunyai arahan atau tidak memenuhi ciri ciri yang kita terdapat dalam sukatan. Maksudnya pendidikan kita banyak mengarahkan kita membangkitkan atau merangsang apa yang mereka tahu, kerana kalau kita lihat apa yang dikatakan kurikulum tadi itu merubah daripada apa yang dia tahu kepada lebih tahu ataupun yang dia sedar kepada lebih sedar. Ukurannya bagaimana? Kedudukan emosi di mana? kerana kebanyakan yang dia tahu ialah ‘listen to me, ‘rather you follow if not get lost’ kerana Penilaian kita tidak ada kerjasama , sensitivity dan apa yang fokus kepada affektif .

Sebenarnya zaman kita adalah zaman yang paling aktif. Tetapi aktif di mana? Cuma aktif di bahagian minda dan psikomotor sahaja. Maknanya penyataan diri tadi itu terlalu kurang. Maksud saya ialah kalau minda cergas, ia boleh melakukan sesuatu dan boleh menjadi lebih berjaya dari orang yang mempunyai perasaan tetapi perasaan itu tidak boleh diaplikasikan contohnya kalau kita beriadah. Beriadah itu penting., tetapi bagaimana kita hendak mengukur keberkesanan beriadah itu? hendak atau tidak kita terpaksa juga melihat dari aspek kognitif dan psikomotor.

Saya rasa keutamaan untuk kita memulainya adalah dari semua sektor kerana apabila kita berkata tentang terapi ini ialah ‘once capability to slow down your rasional anxiety’. Misalnya apa saja yang berlaku dalam pendidikan kita atau dalam kerjaya kita hanya kejayaan yang bersifat objektif .Lebih lebih lagi.sebab di semua sektor ‘it should be way of life’. Misalnya sebagai seorang islam kita hanya melayani nilai teraputik kita cuma ketika kita bersembahyang. Jadi pada saya ia harus dimulakan pada semua sektor. Contohnya kita berbalik kepada peringkat sekolah rendah , kalau kita ambil kegiatan pelajar, ia adalah sesuatu kegiatan yang isolated. Kerana implikasi seni kepada magnetic tidak ada , implikasi seni kepada bangsa tidak ada dan implikasi seni kepada sains tidak ada. Kerana itu semua diabstrakkan. Oleh itu sekiranya pelajar mahu menghayati atau mahu melayani apa yang diperlukan itu, sebenarnya tidak ada. Penekanan ini dilakukan tidak secara langsung bukannya secara langsung. Sebab itu kita mengenal pasti pelajar itu bermasalah tetapi macamana kita hendak menyelesaikan masalah itu. Cuba kita lihat aktiviti seni di sekolah kita. Contohnya di dalam kelas apabila kita ambil tajuk imaginasi. Pendidik harus menjadi pakar bagaimana hendak meyerlahkan imaginasi pelajar untuk mengatasi sesuatu masalah dan bagaimana hendak mengajar mereka tentang ‘emotional development’.

I hope my writing achived to your stage of questions. I wish you all the best. Keep in touch. I’ll be gladly to help you at anytime.

Sekian. Terima kasih.

Kritik Jurnal

Tajuk kajian
Whose Neighborhood is This?:
Intersubjective moments in Psychoanalytic Education.


Tujuan

1. Pendekatan pengajaran psikoanalisis dalam menempuhi pelbagai cabaran untuk positivisme pembinaan pengetahuan.
2. Membincangkan tentang perkembangan mutakhir di dalam teori dan praktis psikoanalisis yang dicerminkan dan dipisit di dalam bilik darjah institut psikoanalitik




Skop kajian

Paulo Freire (1970,1993) “ The banking concept of education’, di mana pengetahuan adalah satu set konsep yang dideposit pada pelajar yang digelar ‘problem-posing model’ di mana pelajar sebagai pemikir kritis dan mencipta pengetahuan sendiri .
Menurut Freire penyampai konsep ‘banking’, menganggap pelajar sebagai penyangga pasif maklumat yang kemudian diberi kebenaran menggunakannya. Guru bukan lagi orang yang mengajar tetapi orang yang belajar semasa berdialog dengan pelajar yang sebaliknya mengajar ketika belajar.

Penyelidikan Freire membuka jalan kepada strategi pembelajaran berpusat kepada pelajar , strategi yang direka untuk menjadikan pelajar kepada kedudukan berwibawa di dalam bilik darjah

Kurt Spellmeyer (1993), membantah “perbahasan teorikal mengenai apa yang mahu diajar dan bagaimana mengajar, tidak secara dasarnya menukar pendidik sebagai seorang praktis sosial atau sebaliknya. Sebagai seorang praktis sosial yang banyak memainkan peranan dan menghasilkan semula nilai dan memajukan objektif (239)

Deborah Britzman (1999), menambah nota peringatan yang mengenal pasti bahawa “ Mendiamkan diri dari menyiasat kejadian kelompok kesukaran dan pertembungan pengetahuan dengan cara membenarkan eksperimentasi baru individu yang dilakukan sesama sendiri”. Norman Holland dan Murray Schwartz (1975) menjangkakan kesukaran ini sedekad lalu bila mengatakan keperluan pendidik menggabungkan pengalaman dalaman oleh terapi atau analisis dengan kajian disiplin teoritikal.

Dapatan dan rumusan kajian

Dalam bidang pendidikan psikoanalitik para penulis menyuarakan kecenderungan tentang penekanan kepada lisan, dialog, dan hubungan kesusasteraan tentang psikoanalisis, yang disebut oleh Kirsner adalah proses ‘miseducation’ di mana pelajar menjadi ‘penurut bersama dengan guru dan analisis’( 1996:14)

Otto Kernberg (1996) Randall (2000) Dolan Power menyanggah tentang pendidikan psikoanalitik akan mengikis kreativiti calon. Mereka lebih membina strategi dari menggunakan teori mencabar pemikiran positivistme tentang psikoanalisis bagi menyediakan ‘moment to moment interactions’ oleh pelajar dan guru dalam kelas sebenar.

Untuk menjayakan ‘moment to moment interactions’ penulis melakarkan beberapa strategi pengajaran berdasarkan soalan ‘open –ended inquiry’ dan analisis ‘here and now’ sebagai kelompok proses dalam bilik darjah.

Penulis menyatakan bahawa ada pendekatan ini diperlukan dan tidak dapat di elakkan walaupun pada zaman post-positivisme.

Menurut Louis Aron (1999) beliau mengakui ramai pendidik psikoanalitik sendiri belajar dalam bilik darjah berdasarkan ‘positivist models’, pengajar membawa pelajar berfikir dan berunding di antara kepelbagaian teknik teori daripada mengajukan pelajar mengikuti kaedah kaedah sedia ada .

Pelajar menguji teori tentang teknik antara satu sama lain di samping menganalisa pengajar mereka sesama sendiri. Impak kepada proses analitik membawa kelas mengeksplorasi teori pengalaman subjektif dan intersubjektif pelajar.

Dapatannya ialah guru dan pelajar mencerminkan bagaimana pengalaman personal dan kepercayaan , termasuk semua yang memaktubkan teori memberi impak kepada proses analitik. Menggunakan konsep ‘moment to moment interactions’ dan ‘disruption and repair’. Penulis mendapati dua jenis pengetahuan iaitu yang pertama ialah eksplisit . Tentang pembacaan teks , topik perbincangan dan kes yang ditawarkan di mana semua ini adalah berbentuk pengetahuan ‘declarative’.Pengetahuan kedua ialah implisit termasuk pengetahuan tentang interpersonal dan perhubungan ‘intersubjektif’ di mana pengajar dan pelajar membina cara untuk bersama melalui dialog dengan berinteraksi.

Kajian ini mendapati bahawa keadaan yang sukar, mengundang peluang untuk mengenali kebenaran diri sendiri dan mencerminkan diri pengajar kepada pelajar lalu mendapat jawapan reaksi yang tidak diduga.Walaubagaimana jika tersilap petunjuk punca atau kesukaran oleh kerana pelajar yang pasif dan tidak bersedia pengajar akan hilang arah.
Masa depan pendidikan psikoanalitik adalah mengenal pasti mitologi praktikal pengajaran , mendapat maklumbalas dari pelajar dan menentukan bagaimana untuk meneruskan sepenuhnya agar tidak ada pelajar yang ketinggalan.




Implikasi dalam bidang Pendidikan Seni

Kepentingan dan kelebihan disiplin Pendidikan Seni mengatasi aspek aspek formaliti disiplin pendidikan lain yang terdapat dalam kurikulum. Rangkuman ini adalah kesepaduan yang juga tidak terdapat di dalam disiplin pendidikan yang lain. Kesepaduan ini memberi tenaga kepada para pelajar menggabung jalinkannya di dalam kehidupan seharian. Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni menggunakan pelbagai peralatan dan bahan yang berbeza yang tidak sama dengan disiplin lain.

Menurut Edward de Bono “Creative thinking is not a talent, it is a skill that can be learnt, it empowers people by adding strength to their natural abilities which improves teamwork, productivity and where appropriate profits”.
(Yew Kam Keong, 2000)
Pendidikan Seni mengajar asas, prinsip, apresiasi, sejarah dan produksi suatu karya. Tiga dalam satu iaitu mengajar pendidikan seni, cara cara berfikir dan inovasi. Menggalakkan dan meningkatkan dengan optimum sekurang kurangnya tiga ciri kepelbagaian kecerdasan kepada pelajar melalui pendidikan seni dalam pengajaran dan pembelajaran.

Matlamat dan objektif Pendidikan Seni lebih bersifat universal. Lebih lebih lagi, penghasilan tema , falsafah , karya atau produk mempunyai rantaian komunikasi global. Melalui visual , satu peryataan tidak perlukan kenyataan kerana telah wujud interaksi dalaman pada seseoarang audien. Penghasilan yang berbeza , pelbagai, kesesuaian dan futuristic adalah tanda terima kasih pelajar yang berjaya mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan tekun kepada gurunya.

Menurut Torrance (1974:8) pula kreativiti ialah suatu proses menjadi sensitif kepada masalah, kekurangan, jurang terhadap pengetahuan, mencari elemen, ketidaksesuaian dan sebagainya; mengenalpasti kesukaran, mencari jawapan, membuat tekaan atau merumus hipotesis mengenai kekurangan; ujian dan menguji hipotesis dan kemungkinan mengubah suai dan menguji semula; dan akhirnya menghubungkan dengan keputusan.

Apabila seorang guru itu mengajar pendidikan seni, hasilnya bukan untuk menyediakan seorang pelajar itu menjadi pelukis tetapi beliau mengajar asas, prinsip dan elemen seni lukis serta pengetahuan sejarah, penghargaan dan boleh bertindak mengukur diri sendiri dalam menilai dan membuat keputusan.

Hasil dari intersubjective moments di dalam pengajaran Pendidikan seni menjadikan pelajar dan guru lebih berani mengorak langkah dan meneroka untuk mencari keputusan yang bernilai, unik, berkesan dan bersifat intelektual. Hasil ini juga menjadi rujukan kepada penghasilan akan datang kerana ia bermanafaat, berfaedah dan memberi sumbangan besar dalam kehidupan.

Menghasilkan karya sendiri memerlukan rujukan yang bersifat persekitaran. Ini menghasilkan pelajar yang mampu berjaya dalam kehidupan sehariannya apabila setiap yang dipelajari berjaya digabung jalinkan dengan kehidupan seharian secara berterusan. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan seni menitik beratkan ilmu kajian kritikal dallam seni tampak. Hasilnya ia berjaya melahirkan pelajar yang sensitif dan pemikir kritis.

Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru
yang menuju kepada kebaikan ( Dyer – Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978).
( Eve C .Jarboe, 2002 )
Pelajar pendidikan seni mempelajari sejarah dan penghargaan , mengenali tokoh tokoh karyawan dalam usaha mencantumkan kepercayaan dan idea dalam memahami asas kebudayaan manusia. Melahirkan ramai siswazah yang kreatif dan pelajar berpandangan jauh. Kreativiti mereka tidak terhad dan bersifat kontemporari. Mereka memahami keperluan hari ini dan masa hadapan.

Mempelajari, mengetahui dan menganalisis bahawa lukisan dan catan adalah produk seni melalui kesatuan berfikir, kreativiti, sensitiviti dan emosi. Proses kreativiti mengubah masa depan berfikir , belajar dan kemahiran penyelesaian masalah. Ini menjadikan pelajar dapat memilih keperluan, mengetahui kehendak dan menilai kepentingan serta mengatasi permasalahan dalam kehidupan seharian yang berterusan.

Kekuatan manusia bukan sahaja terletak kepada fizikal tetapi kepada optimal mindanya. Jurnal ini menekankan aspek kepentingan kemahiran berfikir pelajar yang dididik untuk berfikir. Mereka akan menjadi lebih berjaya daripada pelajar yang mementingkan IQ yang tinggi. Guru Pendidik Seni mempunyai keistimewaan dan kekuatan melahirkan pelajar berpotensi menjadi seorang yang berilmu, sensitif, kreatif dan berjaya pada masa depannya. Wujudnya masyarakat yang berjaya pada masa hadapan bergantung kepada sumbangan mereka dan bukan kepada pengetahuan mereka. Perantara inilah yang terdapat di dalam kurikulum disiplin pendidikan seni.

Pada simposium tahun 1921 ( Kecerdasan dan Pengukurannya : Simposium ) Definisi pakar terhadap kecerdasan, pengkaji menekankan kepentingan kecekapan untuk belajar dan kecekapan untuk penyesuaian terhadap persekitaran. Enam puluh lima tahun kemudian, Sternberg dan Detterman (1986) mengadakan simposium yang serupa, sekali lagi mendapatkan pandangan pakar tentang kecerdasan .Kepentingan pembelajaran dan penyesuaian kecekapan masih kekal, manakala satu penekanan baru dimasukan: metakognitif, atau kecekapan untuk memahami dan pengendalian diri. ( Robert J. Sternberg, 1998)
Bibliografi



• Deborah D.West, “ Edicational Horizon ”, Summer, 2000 .

• Eve C. Jarboe, “ Art Therapy: A Proposal For Inclusion in School Settings” New Horizons for Learning, 2002.
.
• Judith Peck, “ Art As Therapy “, Http://orion.ramapo.edu

• Prof. Madya Hj Iberahim Hassan, “ Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan“,“ Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik”, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan Kesenian, UPSI, 2000.

• Robert J.Sternberg, “Human abilities Annual Review of Psychology”. Annual, 1998.

• Viktor Lowenfeld , “ Creative and Mental Growth “, Macmillan Co New York,1947.

• Yew Kam keong – ‘You are creative’ Mindbloom sdn bhd 2000.

Nilai Terapuetik Di dalam Pendidikan Seni Sebagai Pemangkin Terhadap Pemantapan Emosi Pelajar

Agenda utama Rancangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysia digubal dengan tujuan untuk memastikan kesimbangan penekanan kepada kandungan sukatan pelajaran yang merangkumi beberapa kemahiran genetik, perkembangan potensi diri dan keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif dalam seni visual.
Tiga aspek utama modul yang dikenal pasti; pertama ialah perkembangan nilai diri dan kesediaan menceburi alam pendidikan dengan aktif. Kedua ialah Penguasaan kemahiran dan teknologi buatan serta penghasilan seni visual dan ketiga ialah perkembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya menerusi sejarah dan apresiasi seni visual. Namun berbanding dengan negara maju yang lain, modul terkini iaitu terapi seni ini masih belum diberi peranan sedangkan terapi seni telah terbukti menjadi pemangkin terhadap pemantapan emosi pelajar.
Menurut Eve C. Jarboe, ‘terapi seni di sekolah secara amnya adalah untuk pelajar khas yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku, gangguan emosi atau kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus’.
Mengandaikan emosi setiap pelajar adalah sama dan tidak berubah, akan menghalang kelahiran pelajar bestari . Di antara Matlamat dan Strategi Sekolah Bestari ialah; Perkembangan yang menyeluruh serta mengambil kira kebolehan individu dan menekankan perkembangan intelektual, emosional, rohani dan fizikal. Guru sebagai pelaksana kurikulum pasti memenuhi cabaran ini walaupun terpaksa melalui konflik pengantara sebagai satu ujian subjektif bersifat ‘internal’ kepadanya.

Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal keadaan sekeliling. Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam gambar.
( Eve C .Jarboe, 2002 dalam Silk & Thomas , 1990).

Maher, (1961), Seseorang itu boleh melahirkan tindak balas emosi akibat proses pembelajaran lalu. ( dlm. psikologi ketenangan hati - ) Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni. Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini, untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan.
( Eve C .Jarboe, 2002 dalam Dyer – Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978).

Warwick, D., (1975), mentakrifkan kurikulum sebagai struktur terancang ideal-ideal sesebuah sekolah yang bersesuaian dengan keperluan-keperluan psikologi murid-murid, kemudahan-kemudahan yang sedia ada serta keperluan-keperluan budaya semasa. “Art products produced by a student during treatment can be used in much the same manner as transitional objects. The child learns to trust another person who is not the primary caregiver , can use the art process as a means of self-soothing , and can form an attachment in the context of the therapeutic relationship”. ( Eve C .Jarboe, 2002 dalam Robins, 1987 ).
Keistimewaan nilai teraputik dalam pendidikan seni visual bukan sahaja merawati emosi pelajar, tetapi ia dapat memastikan pencapaian kesimbangan yang terkandung di dalam sukatan pelajaran yang ada.


PENYATAAN MASALAH

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan…” ( Petikan dari Falsafaf Pendidikan Kebangsaan ) Namun di dalam kandungan Sukatan Pelajaran STPM 970 contohnya, kewibawaan emosi tidak dihuraikan terperinci dan dicabar standing dengan keutamaan Jasmani, Rohani dan intelek . Emosi dihimpun di bahagian Apresiasi Seni Visual (m/s 3 Seni Visual Sukatan Pelajaran dan contoh soalan). Di dalam 216 waktu keseluruhan sukatan pelajaran, hanya 28 waktu untuk bahagian Apresiasi Seni Visual manakala pada sub topik, emosi berkongsi masa 3.5 waktu dengan kreativiti, sensitiviti dan ekspresi.

Masalah yang ketara timbul ialah guru tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengajar topik tersebut dengan sempurna dan diakhir pembelajaran, nilai teraputik menjadi kurang afektif. Kekangan ini akan memberi kesan yang agak serius terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual kerana nilai-nilai teraputik berupaya menyelesaikan permasalahan individu dan permasalahan pembelajaran pelajar.

Masalah ini akan membawa kepada pengajaran dan pembelajaran yang berorientasi kepada peperiksaan dan akhirnya berfokus kepada bidang penghasilan. Pelajar juga tidak dilatih untuk meluahkan emosi, berkebolehan untuk mendekati, memasuki, melahirkan dan menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan fikiran ketika berkarya. Maka objektif Pendidikan Seni Visual yang mahu melahirkan generasi yang memahami akan pengertian , peranan dan sumbangan seni visual dalam pembangunan daya kreativiti serta sumbangannya sebagai alat komunikasi yang berkesan tidak akan tercapai. Oleh yang demikian dapatan kajian ini adalah merupakan dapatan awal yang akan membantu para penyelidik kemudian hari.


Menurut Mayer & Salovey (1997), ‘Emosi dapat Memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya kerana ia,merangkumi kebolehan untuk mengerti,melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar, dan menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkan dan menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk memahami emosidan pengetahuan perasaan;kebolehan untuk mengatur emosi sebagai penggalak perasaan dan pertumbuhan intelek ’.

Terapi Seni

Terapi seni ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien/pesakit untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan. Pekerjaan terapi seni adalah berdasarkan pengetahuan tentang teori perkembangan dan psikologi manusia yang dilaksanakan sepenuhnya mengikut penilaian dan rawatan model spektrum termasuk pendidikan, psikodinamik, kognitif, transpersonal dan maksud terapuetik lain yang mendamaikan konflik emosi, mendidik kesedaran diri, memperkembangkan kemahiran social, mengurus tingkah laku, menyelesaikan masalah, mengurangkan kebimbangan, membantu penyesuaian kenyataan dan meninggikan sanjungan diri. (AATA, 1999)


TERAPI SENI MENDIDIK:

Kesedaran diri

Kemahiran pertahanan diri yang sihat

kebebasan

memperbaiki komunikasi

Penyembuhan jiwa

Perkembangan kognitif

Memperbaiki kawalan gerak hati

Memperbaiki kepuasan diri

Terapi Seni:

Adalah berpusat kepada klien

Adalah kreatif

Membenarkan kepada ekspresi yang selamat dari kesukaran

Adalah berbentuk semulajadi dari ekspresi kanak-kanak

Menolong orang dewasa membuka laluan dalaman diri mereka

Tidak memerlukan pengalaman seni atau bakat


Sejarah Terapi Seni

Pada kebudayaan tradisional, dipercayai seni menyembuhkan dunia, bukan sahaja individu. Mereka mempercayai bahawa seni mengubah cara memburu, kesuburan, tanaman, cuaca, usia sesuatu kaum dan bumi. Hari ini kebanyakan ahli terapi seni juga mempercayai karya mereka menolong menyembuhkan bumi. Mereka berkarya tentang alam sekitar atau eko-art untuk menyembuhkan tetangga, sungai atau mencipta keamanan dunia.


Bagaimana Seni Merawat: Minda- Psikologi Tubuh

Pengajian saintifik menunjukkan bukti seni merawat dengan menukarkan psikologi dan sikap sesaorang. Psikologi tubuh bertukar dari satu tekanan kepada satu istirehat yang dalam., dari satu ketakutan kepada satu kreativiti dan inspirasi.. Seni meletakkan sesaorang pada corak gelombang otak yang berbeza., Seni mempengaruhi system saraf autonomic sesaorang., imbangan hormonal mereka dan neurotransmitter otak mereka.
Seni mempengaruhi setiap sel dalam tubuh dengan segera yang mencipta penyembuhan psikologi serta menukar system imunasi dan perjalanan darah pada semua organ tubuh. Seni dengan cepat boleh menukar persepsi manusia mengenai kehidupan. Ia menukar sikap, emosi, dan persepsi kesakitan. Ia mencipta harapan dan secara positif menolong manusia menempuh kesukaran. Ia menukarkan pandangan dan cara kehidupan seseorang di dalam dunia. Hakikatnya ia di ketahui oleh ahli neurophysiologists bahawa seni, doa, dan penyembuhan dating dari punca yang sama dari dalam tubuh, kesemuanya adalah kesatuan bersama yang mempunyai persamaan corak gelombang otak, perubahan tubuh minda dan berhubung secara lansung terhadap perasaan dan makna.
Seni, doa, dan penyembuhan membawa kita ke dunia bawah sedar, dunia penuh imejan dan emosi, penuh tampak dan perasaan. Penyembuhan berlaku dari dalam, punca penyembuhan diri adalah bebas membenarkan system kekebalan beroperasi optimal sebagai suatu bentuk penyembuhan.
Mengapa Terapi Seni
Terapi seni amat menolong kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang mempunyai masalah untuk menyuarakan perasaan mereka. Mereka yang bergelut dengan kehilangan signifikan, trauma, penderaan silam, resah yang berpanjangan, penyesuaian terhadap masalah keluarga, mereka atau yang mempunyai masalah imej tubuh atau penyakit fizikal. Ia juga bertepatan kepada mereka yang mempunyai kemahiran lisan atau condong kepada intelektual di mana seni dapat menolong lintas lansung pada bahagian yang ingin disuarakan.
Kanak-kanak memilih seni sebagai bahasa bersahaja untuk ekspresi diri menjadikan mereka sentiasa lebih selesa meneroka gejolak perasaan menerusi seni. Remaja pula pada peringkat kapisiti kreativiti dan sambil mereka bergelut mencari identiti individu di dunia yang keliru, seni bolehmemudahkan eksplorasi diri, memperbaiki keinsafan diri, dan menggalakkan pemilihan tanggungjawab dan perkembangan positif. Kepada kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah pembelajaran, atau yang bergelut dengan kesedihan, kebimbangan atau masalah kelakuan, seni memberi peluang untuk membina memperbaiki kognitif, social, dan kemahiran interpersonal dan memperbaiki kepuasan diri. Individu yang bermasalah pada ingatan, ekspresi perasaan, atau interaksi social dapat menemui bahawa terapi seni memberi tempat selamat untuk menyatakan ekspresi diri, berjumpa cara baru berinteraksi dan memperoleh kefahaman diri sendiri.
Terapi seni bermunafaat walaupun seseorang itu tiada masalah. Ia menolong meninggikan nilaI perkembangan personal, menambahkan dan mendalami keinsafan diri, kreativiti dan imiginasi. Menghasilkan karya di dalam terapi seni memudahkan eksplorasi identity, membuat pilihan kehidupan yang positif dan menyokong seseorang di kala menghadapi peralihan kehidupan. Setiap insane mempunyai kreativiti di dalam diri: terapi seni dapat menolong membuka kesenian dalaman untuk pengayaan banyak aspek pada kehidupan seseorang.
Proses Terapi Seni

Studio terapi seni menyediakan susunan bahan seni yang mudah kepada klien sebagai pilihan, termasuk cat, tanah liat, pastel, marker dan pensil warna. Media yang berbeza memudahkan menyampaikan pebezaan jenis ekspresi emosi, dan berkesan terhadap pengawalan proses berkarya. Terapis seni dapat menolong klien memilih media yang sesuai untuk klien sampai ke matlamat mereka dan menggalakkan ekspresi berdasarkan keperluan mereka, tindak balas, dan peringkat perkembangan.

Hasil karya mungkin dicipta spontan, atau ada kalanya temanya dicadangkan oleh terapis seni. Klien adalah digalakkan untuk meneroka ciptaan karya melalui kesatuan lisan atau aktiviti kreatif. Sebagai penambahan untuk pengalaman dan latihan di dalam kemahiran kaunseling tradisional lisan, terapis seni dilatih menolong klien menggunakan proses kreatif untuk mempromosi emosi, psikologi, dan perkembangan interpersonal dan penyembuhan. Ekspresi seni menggunakan symbol, imej, metafora, rupa, garisan dan warna

"Client-centered" seni bermaksud klien atau kanak-kanak memilih apa keperluan mereka dan jenis bahan untuk ekspresi diri mereka. Terapis seni mendengar dan mengamati bukan sahaja lisan, bahasa tubuh dan informasi tingkah laku tetapi juga menolong klien meneroka dan memahami gambaran fikiran mereka dan hasil karya dan bagaimana ia berhubung dengan situasi kehidupan mereka dan segala yang berkaitan dengan mereka.

Tugas Terapis Seni
( Children school art therapy counseling Miami florida )

Penasihat
Bekerjasama dengan guru, ibu bapa, dan pentadbir sekolah mengenai pembelajaran, social dan masalah tingkah laku.
Menolong orang ramai memahami perkembangan kanak-kanak dan pertaliannya kepada pembelajaran dan tingkah laku
Menguatkan ikatan pertalian antara para pendidik, ibu bapa dan masyarakat.

Mendidik
· Menyediakan program pendidikan untuk : strategi pengurusan kelas, kemahiran keibubapaan, bekerja dengan pelajar yang memerlukan pemerhatian khas, strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan seni sebagai penilaian informal di dalam kelas, dan perkembangan kanak-kanak dan pertalian kepada kognitif dan perkembangan emosi.

Mengkaji

Menaksir keberkesanan program akademik, perjalanan prosidur pengurusan, dan perkhidmatan lain yang disediakan di sekolah.
Menjalankan kajian untuk menghasilkan pengetahuan baru bagi memperbaiki pembelajaran dan tingkah laku

Menilai
Bekerja rapat dengan ibubapa dan guru, terapis seni di sekolah menggunakan pelbagai teknik untuk menilai;
Perkembangan kognitif dan emosi
Kekuatan dan kelemahan akademik
Program kelas dan sekolah
Perkembangan sahsiah

Skop tugas
Bekerja secara terus dengan pelajar dan keluarga untuk menyelesaikan konflik dan permasalahan di sebabkan pembelajaran dan penyesuaian
Menyediakan kaunseling dan latihan kemahiran sosial, pengurusan tingkah laku dan lain lain campur tangan
Menolong keluarga melayan krisis kesukaran seperti penceraian atau kehilangan


Nilai dari Terapi Seni

Sumber dari ‘Art Therapy: A Proposal for Inclusion in School Settings’ by Eve C. Jarboe, M.A.
Bridget: Art Therapy in ActionThe following case illustrates some basic principles of Art Therapy practice. Bridget was a five-year-old girl who attended a small kindergarten class, which consisted of a blend of "normal students" and students with special needs. She was referred to Art Therapy by her mother and teacher because of her screaming fits during transitions of any type and her oppositional behavior at school and at home. Bridget lived with her mother and two older siblings, one of whom was prone to violent outbursts towards the family. Before she was born, her father had been removed from the home molesting her siblings.
she began treatment in a primarily non-verbal mode. She was able to use the process in combination with the structure provided by her teacher to achieve greater individuation. She also learned to use the art process to express her inner turmoil in a safe way with an adult, and this enabled her to behave more appropriately in the school setting. By the end of the school term, she was well within the expected range of academic progress. Her psychological problems were so severe, however, that it was clear she would need continued help.
Data I collected helped clarify her problems, and the severity of those problems. The support she received from me and her teachers enabled her creative strengths to compensate for her emotional deficits. She did achieve significant developmental goals and a resulting sense of competence. Without that support, she may have continued to experience lowered self-esteem and a feeling of failure.

Dari sumber ‘Art therapy Pricipal Health News’
Consider Mary*, an 8-year-old girl whose case was described in the 1999 book Medical Art Therapy with Children. Mary suffered burns over 80 percent of her body when an aerosol can exploded next to a wood stove. Working with an art therapist during her long recovery, Mary made several paintings that gave her a sense of pride and accomplishment: Finally, she had found something that she could do better after the fire than before. She also made a collage of painted bandages ("my colorful pinwheel"), a project that gave her power over her injuries and, she said, actually helped lessen her pain.
Then there's Julie, a five-year-old leukemia patient who made an elaborately illustrated board game called "Kingdom of Cancer." (She even fashioned her own dice, with very high numbers on each side.) The description of the game, in her own words, makes it clear that Julie used her artwork to come to terms with her illness:
Parents and doctors can use art to gain valuable insights into a child's symptoms. Researchers recently asked 30 boys and girls with juvenile rheumatoid arthritis and their caregivers to draw pictures depicting the children's pain. It became immediately apparent that many caregivers had only a dim understanding of the location and severity of the pain -- until they saw their child's drawings.

ARTICLE:Kessler, K. (1994). A study of diagnostic drawing series with eating disordered patients. Art Therapy: Journal of the American Art Therapy Association, 11(2), 116-118.
SUMMARY:The purpose of this article was to compare and contrast the content and structural elements taken from sample drawings of eating disordered (ED) patients. The subjects were female, ranging in age from 15 to 54 years old. The sample included 55 of the women diagnosed as bulimic, 17 diagnosed as anorexic, and 9 diagnosed with an eating disorder not otherwise specified (ED/NOS, or a combination of the two, anorexic and bulimic). There was also a control group that samples were compared with.
The Diagnostic Drawing Series (DDS) was the instrument used in this research. It consisted of three drawings per patient, with chalk pastels on white paper. Instructions for the drawings were as follows:1. Make a picture using these materials2. Draw a tree3. Make a picture of how you are feeling using lines, shapes, colors
When there was a greater than 50% occurrence/nonoccurrence of a particular element in the tabulations of the sample, a profile was established for each picture. Some generalizations specific to ED drawings:

no blending

no idiosyncratic color

no enclosure

no groundline

no people

no animals

no words

A few elements were emphasized in the study. In the control group, 70% of the drawings included a groundline, as compared to the ED sample's 72% of no groundline. In the tree drawing, 41% of the anorexics drew falling apart trees, compared with 14% of the bulimics and 22% of the ED/NOS. The largest contrast within the group was very interesting: the bulimic group had a 70% occurrence of knotholes drawn in the trees, vs. the anorexics having only a 17% occurrence (83% nonoccurrence) of knotholes.
These results were interesting, however, it was pointed out that the specifics of knotholes, no groundline, and falling apart trees did not necessarily indicate an eating disorder. It was also noted that the bulimic sample was nearly three times as large as the anorexic sample, and six times as large as the ED/NOS sample. Larger sample sizes in the later two groups could yield additional diagnostic data.


Sumber dari ‘Art Therapy Overview: An Informal Background Paper’ Carol Lark,
Ph.D.,ATR-BC The Art Therapy Center St. Louis, Missouri December, 2001

‘She hesitated at first, not wanting to reach into a brand new box of pastels. "I’m afraid," she said. I asked her to pick out a color she didn't care much for. It was a rusty red. She handed the pastel to me and gasped when I broke it in two. "It's okay to use these. It's okay if you need to break one to get the right size line." She made a first tentative line with her least favorite color…. ‘

Karya Karya dari hasil Terapi Seni


Karya persembahan Alex Grey di hadapan dinding
di Atrium of Shands Hospital
Alex Grey , setiap bandage adalah doa pesakit, keluarga, rakan sekerja, atau pelawat.
C. Regina Kelly, Quan Yin. Regina pelukis dari Maine yang menjalan kan rawatan terapi seni secara intensif di hospice. Karya Quan Yin hasil dari the Japanese Bodhisatva of wisdom yang selalu digambarkan sebagai seorang perempuan dengan 100 hingga 1000 tangan. Setiap tangan memegang pelbagai penawar yang berbeza. Secara ini beliau boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Setiap 100 tangan dalam karya Regina's memegang satu dari tujuh penawar: jagung, bintang, daun, kuku beruang, mata ,api dan bunga. Beliau menyatukan symbol pendidikan penyembuhan dari pelabagi kepakaran budaya kepada satu symbol universal terhadap penyembuhan dan rawatan. pelukis ini sebagai penyampai. kepada kita karya adalah symbol kecantikan kepada seluruh bidang rawatan dan penyembuhan.


Ihsan Terry Pifalo, M.Ed, MPS-CAT, ARTTerapis seni, Pusat Kanak-kanak Lowcountry Karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang dirawat di pusat Kanak-kanak Lowcountry, Charleston SC




Kesimpulan



Memandangkan krisis emosi yang meruncing pada masa kini, adalah bertepatan terdapat keperluan terapi seni mesti diperkembangkan di sekolah-sekolah. Terdapat nilai yang baik ditanam keada pelajar-pelajar. Sehingga kini penekanan terapi seni semakin mendesak lebih lagi dari kehendak pelajar sendiri yang inginkan pembantu klinikal yang boleh disediakan oleh guru di dalam kelas.

Kanak-kanak dan remaja yang memasuki alam persekolahan hari ini bersemuka denagn cabaran permasalahan yang meletakkan mereka pada risiko kegagalan. Pada kebanyakan orang ramai, hanya sekolah dapat mendedahkan mereka pada struktur keselamatan.

Pada orang lain pula, tugas komleks ini hanya untuk neurologist sahaja. Maka pelajar bermasalah ini tidak diterima oleh keluarga dan rakan-rakan, menyebabkan mereka rendah diri, sedih atau berkemungkinan bertukar kepada tingkah laku yang luarbiasa.

Seandainya sekolah memberi perkhidmatan dalaman terapi seni ini, perkhidmatan ini akan jauh lebih murah dari membina pusat rawatan khas.




Bibliografi

Carol Lark ‘Art Therapy Overview: An Informal Background Paper’,
Ph.D.,ATR-BC The Art Therapy Center St. Louis, Missouri December, 2001


Deborah D.West, “ Edicational Horizon ”, Summer, 2000 .

Eve C. Jarboe, “ Art Therapy: A Proposal For Inclusion in School Settings” New Horizons for Learning, 2002.

· Kessler, K. (1994). A study of diagnostic drawing series with eating disordered patients. Art Therapy: Journal of the American Art Therapy Association, 11(2), 116-118.

Judith Peck, “ Art As Therapy “, Http://orion.ramapo.edu

Prof. Madya Hj Iberahim Hassan, “ Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan “,
“ Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik”, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan Kesenian, UPSI, 2000.

Robert J.Sternberg, “Human abilities Annual Review of Psychology”. Annual, 1998.

“ Seni Visual Sukatan Pelajaran dan Soalan Contoh ” Majlis Peperiksaan Malaysia, 2002.

Terry Pifalo, M.Ed, MPS-CAT File://A:\a...\Art Therapy, Featured Articles, Know About Sexual Abuse, Darkness to Light.ht

Thomas Armstrong, “ Sparkling Creativity in Your Child “ Meredith Corp, 1993.

Thomas Armstrong, “ Little geniuses “ Meredith Corp, 1993.

Viktor Lowenfeld , “ Creative and Mental Growth “, Macmillan Co New York ,1947.

Kurikulum pendidikan seni visual di sekolah sekolah seharusnya memfokuskan kepada pembentukkan kefahaman silang budaya bagi membina integrasi rakyat

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia merupakan satu alat penting untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Negara ini. Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat mewujudkan perpaduan menerusi fungsi dan kaedah kaedah berikut ;-

Kurikulum yang sama

Sekolah merupakan agen sosial yang amat penting untuk membentuk keperibadian dan perwatakan murid murid bagi mewujudkan perpaduan di kalangan mereka. Kurikulum yang berorientasikan Malaysia yang selaras telah diperkenalkan di semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantarnya.

Unsur unsur pendidikan kewarganegaraan telah di terapkan ke dalam semua mata pelajaran. Pendidikan ini dapat memupuk semangat kebangsaan dan taat setia kepada Negara di kalangan pelajar sekolah. Di samping itu, ia dapat membentuk sifat sifat toleransi, persefahaman dan tolak ansur bagi melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu.


Peperiksaan yang seragam

Kerajaan telah memperkenalkan peperiksaan yang sama dan seragam untuk membentuk satu identiti Malaysia. Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) bagi murid murid tingkatan tiga telah diperkenalkan di semua sekolah di Negara ini pada tahun 1956. seterusnya, kerajaan telah memperkenalkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi murid murid tingkatan lima dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi semua murid murid tingkatan enam si semua sekolah menengah di Malaysia.

Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pengantar Utama

Mulai tahun 1970, Bahasa Malaysia telah digunakan sebagai bahasa pengantar rasmi, di semua sekolah di Malaysia. Ia menggantikan bahasa inggeris secara berperingkat peringkat di sekolah sekolah di Negara ini. Semua sekolah aliran bahasa Cina dan Tamil telah diwajibkan menggunakan bahasa Malaysia. Penggunaan satu bahasa rasmi akan dapat mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan murid murid sekolah dan seterusnya di kalangan masyarakat pelbagai kaum.






Aktiviti Ko-Kurikulum dan Sukan

Kerajaan telah menggalakkan aktiviti ko-kurikulum dan sukan di sekolah sekolah. Kegiatan ko-kurikulum ini dibahagikan ke dalam tiga kategori iaitu persatuan, unit beruniform dan sukan. Murid murid diwajibkan untuk mengambil bahagian yang aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum berkenaan. Matlamat kegiatan ini ialah untuk melahirkan generasi muda yang berdisiplin, bersemangat kebangsaan dan bersatu padu.


Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah-sekolah seharusnya memfokuskan kepada pembentukkan kefahaman silang budaya bagi membina integrasi antara rakyat kerana;

Kehadiran pelajar dari pelbagai ras dan etnik ini membawa budaya masing-masing yang berbeza di dalam bilik darjah. Oleh itu guru perlu peka agar tiada kelompok yang merasakan diri mereka tersisih di dalam kelas atau sekolah.

Pendekatan ini dapat menilai semula amalan-amalan yang berlaku di sekolah dan mengambil kira kepelbagaian keperluan serta budaya pelajar.

Guru akan mengenali pelajar dengan lebih dekat lagi pelajar mereka. Pelajar juga akan lebih rapat lagi di antara mereka. Maka, sekolah akan menjadi tempat yang lebih bermakna kebada sebilangan pelajar.



Untuk meningkatkan lagi peluang untuk berjaya dan menimbulkan kesefahaman dan peraduan di kalangan pelajar. Budaya asal pelajar sering mempengaruhi tingkah lakunya di dalam bilik darjah. Mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih spesifik. Lihat rajah 1.

Rajah 1 : Faktor Latar Belakang yang mempengaruhi Tingkah Laku
Jantina
Ras/Etnik
Tingkah Laku
Pemboleh ubah lain
Kelas sosial
Keistimewaan
Ugama
Sumber: James A Banks (1993) Multicutural Education: Issues and PerspectivesPelajar.


Pelajar dari pelbagai budaya membawa bersama perbezaan cara berfikir, komunikasi, nilai sosial dan intelektual, cara berinteraksi, gerak badan, sudut pandangan yang selari dengan budaya mereka.

Kurikulum pendidikan seni visual di sekolah yang memfokuskan kepada pembentukkan kefahaman silang budaya bagi membina integrasi antara rakyat dapat dilaksanakan dengan;

Integrasi isi (content)

Guru menggunakan keelbagaian contoh dari budaya yang berbeza untuk menerangkan konsep pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan merasa gembira, bangga, yakin apabila perkara-perkara yang positif dari budaya mereka diketengahkan dan dibincangkan.

Mengurangkan Prasangka dan stereotaip

Guru membantu pelajar dari prasangka kepada rakan yang berlainan budaya. Menambahkan aktiviti-aktiviti terancang yang melibatkan pelajar berbilang budaya.

Memupuk budaya sekolah yang positif

Menghentikan amalan pengelompokan pelajar mengikut kaum. Setiap aktiviti hendaklah terancang bagi memastikan pelajar lebih terbuka tanpa perasaan prejudis di kalangan teman yang berlainan budaya.



Menggunakan bahan-bahan dan kaedah yang boleh meningkatkan pencapaian akademik semua pelajar

Jika guru mengendali kelas mereka supaya lebih selaras dengan budaya, keperluan dan stail pembelajaran murid maka penerimaan terhadap pengajarannya akan lebih mudah dan pelajar lebih cepat memahami serta akan meningkatkan kecerdasan murid.

Stail Belajar oleh Ingham (1992) menyatakan kajian menunjukkan tindak balas individu kepada bunyi, cahaya, suhu, rekabentuk, persepsi, mengambil makanan, tinggi dan rendahnya kronobiologikal, keperluan bergerak dan kecekalan adalah lahir daripada biologikal semulajadi. Berlawanan dengan ini kecenderungan sosiologi, motivasi, tanggungjawab dan keperluan kepada struktur adalah perkembangan. Beliau menekankan sungguhpun begitu, terdapat pengaruh budaya di kalangan kumpulan etnik, sosioekonomi srata dan bilik darjah yang kritikal untuk dinyatakan apabila terdapat perbezaan antara kumpulan.

Kesan Integrasi antara rakyat dapat menyumbang kepada penentuan tingkah laku dan keperibadian manusia. Adler (1957) memasukan elemen penting tentang manusia dan kemanusiaan iaitu minat dan perasaan sosial. Ini akan meransang kepada terjalinnya kerjasama, hubungan kemasyarakatan, simpati dan empati.



Pelajar kini tidak akan dilabel mengikut kaum mereka tetapi akan dapat menakluki kemahiran pelbagai budaya yang positif. Mampu berinteraksi secara lisan dan visual tanpa keraguan serta dapat menyelesaikan masalah dengan sempurna secara kritis dan kreatif.


Kesimpulan

Kurikulum pendidikan seni visual di sekolah sekolah seharusnya memfokuskan kepada pembentukkan kefahaman silang budaya bagi membina integrasi antara rakyat. Kepentingannya kian meruncing dan di negara majmuk seperti Malaysia ini perlaksanaannya dapat mengubah persepsi, halutuju masyarakat yang dinamik.

Pendidik kontemporari pendidikan seni visual sendiri, telah meluahkan keperluan memperkembangakan promosi nilai dan kepentingan seni visual sebagai pendidikan kepada pelajar dan masyarakat yang berbilang budaya. Pendidikan seni visual dapat membangunkan keseluruhan seseorang pelajar, membina literal ketika memperkembangkan intiusi, musabab, imiginasi, dan percambahan bentuk ekspresi, penilaian, apresiasi dan komunikasi. Proses ini memerlukan kebijaksanaan.





Pelajar kini digalakkan;

· Mempelajari budaya dan pengalaman budaya lain yang terdahulu dan sekarang.

· Belajar mengadaptasi dan menghormati budaya lain secara berfikir, bekerja dan ekspresi masing-masing

· Mempelajari pelbagai mod penyelesaian masalah secara berbeza yang didapati dari rakan dari budaya yang lain.

· Memahami pengaruh seni visual secara mendalam mengikut budaya yang berbeza, bagaimana ia dihasilkan, mencerminkan budaya pada impak senireka yang digunakan seharian

· Menganalisa komunikasi tampak dan membuat penilaian pengetahuan tentang artifak budaya dan isu-isu.

· Komunikasi idea dan perasaan di dalam pelbagai mod lisan dan visual.


Pendidikan Seni Visual dapat berfungsi sebagai alat perpaduan yang efektif kerana ia bukan sahaja memperkukuhkan kognitif, tetapi psikomoto dan afektif. Ia dapat melahirkan masyarakat yang seimbang, membentuk generasi baru yang kaya dengan ilmu pengetahuan, memperluaskan pengalaman, mempengaruhi setiap umur generasi yang ada dengan seni tradisi, popular dan terkini. Seni visual dapat menjadi alat integrasi peraduan yang penting di dalam kesatuan secara berdisiplin.


















Bibliografi



Deborah D.West, “ Edicational Horizon ”, Summer, 2000 .

Abd. Fatah Hasan, “ Falsafah Pendidikan” PTS publication & Distribution, 2001.

Prof. Madya Hj Iberahim Hassan, “ Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan “,
“ Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik”, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan Kesenian, UPSI, 2000.

Robert J.Sternberg, “Human abilities Annual Review of Psychology”. Annual, 1998.

“ Seni Visual Sukatan Pelajaran dan Soalan Contoh ” Majlis Peperiksaan Malaysia, 2002.


Viktor Lowenfeld , “ Creative and Mental Growth “, Macmillan Co New York ,1947.

Ulasan teori-teori dan isu-isu yang berkaitan dengan pendekatan dan kaedah dalam amalan kurikulum Pendidikan Seni.

Seni dan sains adalah satu polariti yang ekstrim dari subjektif kepada objektiviti. Ia menjadi dimensi yang menterjemahkan perusahaan kemanusiaan. Mengambil persektif subjektif kehidupan di dalam kontras pengajaran dan pembelajaran akan memberi penghargaan dan fokus kepada aspek objektif. Keduanya sentiasa hadir dan mencipta dinamik walau apapun yang diambil kira.

Herbert read (1956) menyarankan bahawa seni sepatutnya menjadi asas kepada pelajaran. Menempatkan seni visual sebagai asas kepada pembelajaran beliau telah mencadangkan suatu integrasi keseluruhan fakulti biologi di dalam satu aktiviti organik. Seni sebagai perwakilan dan sains sebagai penjelasan- suatu realiti yang sama.

Pendidikan seni visual juga tidak terlepas bertanggungjawab sebagai agen sosial kepada masyarakat. Memandangkan kepentingan disiplinnya boleh merubah keseluruhan struktur sains kemanusiaan, teori pembelajaran sosial merupakan aliran yang sesuai dan mempunyai hiraki aras pembelajaran yang memupuk matlamat dan objektif pendidikan seni visual sebagai asas pelajaran.





Teori Pembelajaran Sosial Rotter ( 1971)

Teori pembelajaran sosial telah dimajukan oleh Rotter (1971) untuk memenuhi keperluan psikologi. Dalam teori pembelajaran sosial, perlakuan manusia ditentukan oleh matlamat perlakuannya. Dalam diri setiap individu terdapat satu aliran yang membezakan niat atau keperluan. Aliran berkenaan adalah berbeza-beza dari sangat khusus kepada sangat umum. Beliau menyatakan kategori perlakuan dan matlamat adalah termasuk dalam keperluan yang lebih khusus dan berkemungkinan dapat meramalkan kekuatan seseorang dengan lebih tepat. Manakala niat atau keperluan yang lebih umum atau luas pula menyebabkan ramalan perlakuan seseorang itu menjadi kurang tepat.

Daripada pandangan yang dinyatakan terdapat tiga komponen penting iaitu :

· Terdapat aliran tingkah laku yang terarah ke arah matlamat yang sama. Contohnya, seseorang itu melakukan sesuatu perkara untuk mendapatkan perhatian orang lain agar mengambil berat terhadap dirinya. Perlakuan berkenaan dikenali sebagai keperluan berkemungkinan. Istilah ini merujuk kepada kekuatan potensi, oleh itu kemungkinan mereka akan menggunakannya dalam situasi tertentu.

· Jangkaan perlakuan tertentu akan memandu ke arah kepuasan atau matlamat nilai seseorang. Individu mungkin belajar banyak cara untuk mendapatkan perhatian orang lain kepada dirinya. Kanak kanak mungkin mempunyai jangkaan yang kecil bahawa mereka akan mencapai kearah kepuasan seperti bayi menangis maka ia

diberi perhatian dan pertolongan. Pada keadaan biasa dalam jangkaan perlakuannya seseorang itu belajar untuk mencapai kepuasan tertentu dan akan memandunya ke arah mencapai kepuasan yang di kenali sebagai freedom of movement.

· Keperluan nilai yang dihubungkan dengan matlamat dirinya. Oleh itu, peringkat di mana seseorang individu mengutamakan satu aliran kepuasan kepada sesuatu yang lain. Contohnya, melakukan sesuatu kerana untuk mendapatkan penghargaan atau kerana memerlukan cinta dan kasih sayang. Satu aspek lagi yang penting dalam teori pembelajaran sosial ini ialah pemberatan yang di beri kepada situasi psikologi individu iaitu dalam memahami dan meramalkan perlakuannya. Reaksi individu terhadap sesuatu situasi itu berbeza bergantung kepada pengalamannya masa lalu.


Rotter (1971) mengemukakan enam keperluan sebagai asas dalam teori pembelajaran sosial dalam meramalkan perlakuan individu iaitu :

Perhargaan – kedudukan ( recognition – status )
Keperluan membuat sesuatu dengan baik untuk menimbangkan kebolehan, baik atau lebih baik daripada orang lain di sekolah, pekerjaan, profesyen, sukan, kedudukan sosial, keserlahan fizikal, atau bermain iaitu keperluan untuk mendapat jawatan yang tinggi dalam nilai sosial yang bersaing.



Kekuasaan ( dominance)
Keperluan kepada mengawal gerakan orang lain, termasuk keluarga dan rakan rakan. Memerlukan kepada keadaan berkuasa untuk membolehkan orang lain mengikut idea dan kehendak seorang.

Merdeka ( independence)
Keperluan kepada membuat keputusannya seorang, bergantung kepada diri seorang, mengembangkan kemahiran yang perlu untuk mendapatkan kepuasan dan mencapai matlamat tanpa bantuan orang lain.

Perlindungan dari dijajahi ( rotection – dependency)
Keperluan kepada orang lain untuk melindungi kekecewaannya, menyediakan perlindungan dan keselamatan dan membantu mendapatkan matlamat matlamat lain.

Cinta dan kasih sayang ( love and affection )
Keperluan bagi dirinya diterima dan disukai oleh orang lain dengan menyampaikan salamnya yang mesra, minat, perhatian dan doa.

Keselesaan fizikal ( physical comfort)
Keperluan kepada kepuasan fizikal yang menjadi hubungan dengan keselamatan dan kebaikan, mengelakkan kesakitan dan perlu kepada keselesaan tubuh badan.



Model pembelajaran sosial mempunyai impak yang mendalam terhadap amalan pendidikan seni visual. Model ini banyak diaplikasikan oleh para pendidik dalam membuat kajian dalam bidang pendidikan pelajar. Proses pembelajaran berasaskan pemikiran juga meliputi proses pembelajaran sosial. model pembelajaran ini membawa kepada sikap dan persepsi yang positif terhadap pembelajaran pendidikan seni visual. Melibatkan pembelajaran dalam memperolehi dan menyepadukan ilmu. Melibatkan pemikiran dalam perluasan dan perhalusan ilmu pendidikan seni visual. Melibatkan enggunakan ilmu dengan penuh bermakna; dan melahirkan perlakuan minda yang produktif.



Teori Perkembangan Erikson

Teori perkembangan Erikson berdasarkan pemahaman berlakunya konflik pada setiap peringkat perkembangan yang tertentu. Konflik ini berlaku kerana terdapat unsur positif
dan negatif dalam setiap perkembangan. Konflik yang berlaku mendorong penyesuaian psikologikal secara berterusan.

Setiap konflik yang berlaku pada peringkat-peringkat yang tertentu mempunyai ciri-ciri
yang khusus. Teori yang dikemukan oleh Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan
Emosi-Fizikal Erikson. Beliau mengenal pasti beberapa peringkat perkembangan emosi manusia. Peringkat tersebut bermula pada peringkat bayi hingga peringkat tua.



Peringkat Bayi
Peringkat bayi berlaku dalam lingkungan 0 hingga 1 tahun. Konflik yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai Konflik Kepercayaan Lawan Tidak Kepercayaan. Rasa kepercayaan mengikut Erikson dibina secara berperingkat-peringkat. Titik permulaannya adalah pada tahun yang pertama. Apabila sesuatu keperluan seseorang kanak-kanak itu tidak dipenuhi maka akan berputik rasa ketidakpercayaan. Rasa ketidakpercayaan akan diterjemahkan dengan perlakuan atau tingkah laku yang negatif.

Peringkat awal kanak-kanak
Peringkat awal kanak-kanak ini berlaku dalam lingkungan umur 1 hingga 3 tahun. Kanak-kanak yang melalui peringkat ini, berkeinginan mempunyai kuasa membuat keputusan yang berkaitan dengan aktiviti seharian. Mereka berusaha menunjukan dan membuktikan mereka boleh membuat sesuatu yang diingini dengan kebolehan dan daya usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang lain.

Pada masa yang sama kanak-kanak dalam lingkungan umur ini akan berasa malu apabila tidak dibei kuasa yang perlu ada pada mereka. Mereka tidak sahaja malu pada diri sendiri tetapi juga malu kepada individu yang berada disekeliling mereka. Mereka juga bimbang dan malu apabila mereka melakukan kesalahan di depan orang lain. Konflik yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai konflik Autonomi Lawan Malu/Ragu.



Peringkat awal kanak-kanak tadika
Peringkat awal kanak-kanak tadika ini berlaku dalam lingkunagn umur 3 hingga 6 tahun. Konflik yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai Konflik Inisiatif Lawan serba salah. Antara ciri-ciri perkembangan emosi yang ada secara lansung atau tidak lansung. Oleh itu kanak-kanak pada peringkat ini amat peka kepada fakta-fakta yang tepat atau yang salah.

Sebaliknya, mereka akan cepat berasa serba salah apabila diketawakan ketika mereka melakukan sesuatu yang salah atau memberi jawapan yang menyimpang. Kesannya, mereka akan membina dengan sendirinya sikap negative apabila mereka berasa serba salah.

Peringkat kanak-kanak
Peringkat kanak-kanak ini berlaku dalam lingkungan 6 hingga 11 tahun. Pada peringkat ini keinginan terhadap sesuatu dan menguasainya adalah sebahagian daripada matlamat kehidupan seharian. Kanak-kanak juga mempunyai keinginan membuktikan kejayaan dalam bidang yang diminatinya. Pada peringkat ini juga mereka sebenarnya sudah menguasai kemahiran asas yang diperlukan bagi mengendalikan diri mereka. Begitu juga kemahiran asas dalam aktiviti bersosial.

Namun begitu, kanak-kanak amat memerlukan kepelbagaian bentuk peneguhan positif sebagai peransang kepada mereka bagi membuktikan kejayaan mereka. Antara bentuk peneguhan positif yang diperlukan adalah puji-pujian dan penghargaan terhadap tugasan yang sudah disempurnakan.



Apabila mereka dikritik atas sebarang sebab yang tidak dapat difikirkan secara munasabah oleh kanak-kanak tersebut maka terbentuklah rasa rendah diri yang akan mewarnai diri mereka kelak. Konflik emosi pada peringkat ini dikenali sebagai Konflik Kerajinan Lawan Rendah Diri.

Peringkat remaja
Peringkat perkembangan emosi remaja ini berlaku antara umur 12 hingga 20 tahun. Konflik emosi yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai konflik identiti lawan kekeliruan identiti. Sebagai remaja mereka akan sentiasa berusaha memahami dan menilai diri sendiri. Dalam melalui proses ini, mereka cenderung berdepan dengan situasi-situasi yang bertentangan dengan identitinya. Kesannya, mereka akan menghadapi krisis identiti. Krisis identiti juga berlaku kerana para remaja begitu sensitif dengan perubahan fizikal badan mereka. Tubuh badan mereka adalah sebahagian daripada unsur-unsur yang membentuk imej kendiri seseorang remaja. Ditahap ini para remaja akan membentuk konsep kendiri yang positif dan konsep kendiri yang negatif.

Kecerdasan emosi
Kecerdasan emosi adalah berteraskan konsep kecerdasan sosial. Ia mula dikenal pasti oleh E.L.Thorndike ( 1920 ). Ahli psikologi ini menghuraikan kecerdasan yang lain dan mengumpulkan mereka dalam tiga kumpulan iaitu kecerdasan abstrak iaitu kebolehan memahami dan memanipulasi dengan perkataan dan simbol matematik, kecerdasan konkrit iaitu kebolehan memahami dan memanipulasi objek dan kecerdasan sosial iaitu kebolehan memahami dan mengaitkan dengan orang lain.

Thorndike (1920) mendefinisikan kecerdasan sosial sebagai kebolehan memahami dan mengurus orang lain sama ada dewasa ataupun kanak kanak supaya berperanan dengan baik dalam perhubungan sesama manusia. Dalam kajian Gardner (1983) beliau memasukkan unsur unsur kecerdasan interpersonal dan intrapersonal dalam teori pelbagai kecerdasannya.kedua dua kecerdasan terkandung di bawah kecerdasan sosial. Beliau mendefinisikan kedua duanya sebagai kecerdasan interpersonal. Kecerdasan interpersonal adalah kemampuan memahami orang lain.

Antara persoalan yang berkaitan adalah apa yang memotivasikan mereka, bagaimana mereka berkerja dan bagaimana hendak berkerjasama dengan mereka.jurujual, ahli politik, guru, pegawai pegawai kesihatan dan ketua ketua agama yang berjaya, semuanya ini adalah individu yang mempunyai tahap kecerdasan interpersonal yang tinggi. Kecerdasan intrapersonal pula berkaitan dengan kemampuan dalaman. Ia adalah keupayaan membina dan membentuk model kendiri yang jelas dan menggunakannya bagi menjalani kehidupan yang berkesan. Kecerdasan emosi menggolongkan kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan interpersonal Gardner (1983) ke dalam lima domain utama iaitu :

mengenali emosi sendiri melalui kesedaran kendiri, seseorang mengetahui dan memahami emosinya, sedar emosi apa yang sedang merayap di minda akibat sesuatu rangsangan dan cuba kuasai emosi tersebut.
Mengurus emosi sendiri. Mengambil peluang mengawal emosi yang sedang menguasai diri. Emosi datang tanpa di undang, tetapi kita yang menentukan berapa lama emosi itu menguasai diri kita.
Memotivasikan emosi negatif. Jadikan emosi sebagai alat meningkatkan keupayaan berfikir, merancang dan menyelesaikan masalah.
Mengenali emosi orang lain. Penting bagi kita kenali perasaan sendiri dahulu kemudian baru cuba menjelajahi dan memasuki emosi orang lain (empati). Ini bagi menggelakkan kekeliruan emosi terutamanya apabila orang lain (pelanggan) mencurahkan emosi mereka.
Mengendali perhubungan. Selepas mengenali emosi orang lain dan kita berupaya mengurus diri sendiri serta berempati, maka perhubungan yang positif dan akrab dapat di bentuk.

Kecerdasan Emosi atau Emotional Quotient adalah penting, terutamanya bagi kita yang sentiasa berurusan dengan pelanggan. Kita tidak boleh membenarkan diri terperangkap dengan emosi negative seperti marah, benci, sedih, takut akan perubahan, iri hati dan lain lain.
Goleman (1995) menegaskan penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan yang ada pada keintelektualannya (IQ) sahaja tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya. Mengikutnya lagi kecerdasan intelek (IQ) tidak dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian diri serta hubungannya dengan masyarakat. Kecerdasan Emosi (EQ) mengikut kajian meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek kehidupan termasuk aspek kesihatan dan sosial.



Kejayaan diri dalam pekerjaan perlu juga diimbangi dengan aspek emosi. Seterusnya beliau mengatakan setiap individu perlu meningkatkan kemahiran emosi dan menyatakan terdapat ramai individu yang mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang tinggi tidak berjaya kerana mereka mempunyai masalah kemahiran berhubung dengan orang lain.dalam kajiannya, beliau mendapati kekurangan kecerdasan emosi mendorong kepada perhubungan perkahwinan yang lemah dan perhubungan kerja yang tidak produktif.

Perbezaan antara EQ dan IQ
IQ adalah jenis kecerdasan yang dipercayai wujud daripada faktor keturunan atau baka.manakala EQ pula adalah jenis kecerdasan yang boleh dipelajari. EQ juga boleh di lihat daripada aspek keturunan juga faktor lain yang menyumbang perkembangan EQ seperti pendidikan, keluarga dan suasana persekitaran yang boleh mempengaruhi EQ seseorang. kecerdasan ini sangat berpengaruh terhadap reaksi seseorang apabila menghadapi masalah dan cabaran dalam kehidupan.


Kepentingan EQ
EQ adalah kecerdasan sosial yang amat penting bagi mendidik manusia menjadi insan yang seimbang.melalui kecerdasan emosi seseorang itu akan menjadi lebih berjaya dalam hidupnya berbanding individu yang mempunyai IQ yang tinggi. IQ hanya alat mengukur kecerdasan kognitif manusia sahaja.EQ pula dapat menjana proses pendidikan yang sempurna bagi kanak kanak sehingga mereka mencapai usia 18 tahun bagi membentuk insan yang lebih berjaya kerana kecerdasan emosi merangkumi lima domain yang saling berhubung kait, seperti mengenali emosi sendiri, mengurus emosi sendiri, memotivasikan emosi negatif, mengenali emosi orang lain dan mengendalikan hubungan.

EQ memberi ruang kepada individu meneroka potensi diri sendiri di samping memberi peluang kepada individu menyesuaikan diri dengan emosi diri dan membentuk emosi yang sesuai demi kepentingan diri dan orang lain.individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dapat mengendalikan emosi yang menguasai dirinya.individu yang mempunyai IQ yang tinggi sahaja gagal membendung emosi yang menguasai dirinya dan menyebabkan individu tersebut mudah mendapat tekanan. EQ bukan sekadar emosi yang dididik oleh kognisi tetapi juga diperkaya dengan unsur kerohanianyang mampu mendidik manusia menjadi insan yang lebih seimbang.EQ dapat menyumbang ke arah pendidikan yang lebih sempurna, sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.



Kajian kajian lepas berkaitan kecerdasan emosi
Penyelidik penyelidik sudah mengkaji dimensi kecerdasan emosi dengan mengukur konsepnya.contohnya kemahiran sosial, kebolehan interpersonal, kematangan psikologikal dan kesedaran emosi lama dahulu sebelum istilah kecerdasan emosi digunakan.Antara kajian kajian yang mempunyai perkaitan antara kecerdasan emosi dengan fenomena lain adalah seperti kajian yang dilakukan mengenai kepimpinan,pencapaian kumpulan, pencapaian individu, perubahan sosial atau interpersonal serta perubahan pengurusan.

Pendapat Mayer & Salovey (1997), ‘emosi dapat memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya kerana ia, merangkumi kebolehan untuk mengerti, melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar, dan menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkan dan menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk memahami emosi dan pengetahuan perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai penggalak perasaan dan pertumbuhan intelek ’.

Menurut Goleman (1994) kecerdasan emosi adalah kemahiran yang membantu masyarakat hidup berharmoni adalah semakin dihargai sebagai suatu asset di tempat kerja.Ini kerana kecerdasan emosi ini akan dapat membentuk perhubungan secara berkesan, empati dan menghormati perasaan dan pandangan orang lain, pencapaian penilaian kendiri dan perhubungan yang jelas dan menguruskan konflik dengan kaedah mendengar yang aktif dan empati.

Carso, S.M. (2000) mengkaji perhubungan antara kecerdasan emosi dan kebolehan istimewa remaja. Kajian di buat terhadap 100 orang pelajar berumur antara 12 hingga 16 tahun. Keputusan menunjukkan remaja yang cerdik mencapai skor yang lebih tinggi berbanding pelajar yang tidak cemerlang yang sama umur pada skor EQ, kebolehsuaian dan pengurusan tekanan. Dapatan kajian juga menunjukkan kecerdasan emosi kanak kanak mempengaruhi tahap sosial mereka.




Barling,J. dan rakan rakan (2000) menyelidiki perhubungan antara kecerdasan emosi dan perubahan kepimpinan. Ditunjukkan kecerdasan emosi boleh dikaitkan dengan 3 aspek perubahan kepiminan iaitu pengaruh ideal, inspirasi motivasi dan pertimbangan individu serta ganjaran kontinjen. Pengurusan yang aktif dan pasif dikecualikan dan pengurusan bebas atau laissez faire tidak dikaitkan dengan kecerdasan emosi.

Menurut Bersson ( 1982 ), dengan memberi galakan kepada kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam mendapatkan pengalaman yang disediakan menerusi kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan pentafsiran.

Seni mempunyai kuasa tersendiri dalam menarik minat seseorang, lantaran itu seorang pendidik dapat menjadikan ia satu instrumen menerapkan nilai terapeutik bagi menarik minat pelajar, menjadikan pelajar lebih rapat dan rasa selamat, kreatif berfikir, inovatif, aktif, berkeyakinan, emosi yang stabil, penuh kasih sayang dan sahsiah yang mantap. Kesimpulan dari cadangan ini akan mencapai era yang ditunggu-tunggu dan meneroka dimensi baru seiring dengan perlaksanaan kurikulum Bestari Pendidikan Seni Visual.







Kategori stail belajar Gregore (1979)
1) pelajar concrete sequential
pelajar kategori ini suka kepada kerja kerja praktikal di dalam kelas. Mereka lebih berkebolehan menggunakan kemahiran tangan dalam mendapatkan pengalaman belajar. Mereka juga menyukai lawatan dan kerja kerja projek dan suka untuk melihat hasil kejayaan atas usaha mereka. Oleh kerana mereka mengambil berat terhadap tugas dan tanggungjawab, mereka berkebolehan dalam kerja berbentuk struktur misalnya menyusun jadual dengan kemas.

Bagi kumpulan ini, guru perlu merancang lebih banyak latihan amali, projek yang memerlukan penyelidikan luar, lawatan dan aktiviti aktiviti lain yang memberi peluang kepada pelajar untuk ‘ belajar dan mengalami ‘ . Guru boleh juga mengarahkan pelajar merancang sendiri program mereka serta menyusun jadual untuk seluruh kursus.

2) Pelajar abstract sequential
Pelajar kategori ini suka kepada penggunaan simbol, idea dan konsep dalam pembelajaran. Mereka berkebolehan menganalisis, menilai dan memberikan bukti bukti yang bernas dalam jawapan mereka. Berkebolehan membuat penyelidikan sendiri melalui pembacaan persekitaran.

Teknik penyampaian yang sesuai ialah dengan memberikan soalan soalan yang mencabar pemikiran mereka. Perbanyakkan latihan latihan penyelidikan melalui pembacaan dan perpustakaan. Biasanya pelajar kategori ini mempunyai pengetahuan am yang luas. Oleh itu, beri mereka rangsangan melalui aktiviti debat dan perbincangan.

3) Pelajar abstract random
Pelajar kategori ini suka kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan aktiviti kumpulan. Mereka juga suka melibatkan diri dalam sebarang aktiviti dalam kelas dan membantu guru serta kawan kawan. Sesuai dengan kehalusan jiwa yang mereka perolehi, oleh itu mereka berkebolehan dalam bidang seni dan hal hal kemanusiaan.

Gerakerja kumpulan sangat sesuai untuk pelajar dalam kategori ini. Guru mungkin boleh memperbanyakkan aktiviti secara berkumpulan bukan sahaja untuk kerja kerja dalam bilik engajaran dengan bantuan video , pita rakaman, gambar gambar dan carta.

4) Pelajar concrete random
Pelajar dalam kategori ini bersifat praktikal dan realistik tetapi menggambarkan dalam bentuk kreatif. Mereka adalah pelajar yang aktif dan mempunyai daya penarik, menyenangkan dan bersifat terbuka. Berkebolehan menyelesaikan masalah dan berminat membuat percubaan baru serta selalu bertanya ‘ mengapa ‘?

Latihan amali dan penyelidikan luar bilik darjah merupakan aktiviti aktiviti yang sesuai untuk kategori ini. Pelbagai teknik mengajar, penggunaan alat alat bantu mengajar dan hidupkan suasana kelas dengan hubungan yang mesra. Oleh kerana pelajar dalam kategori ini suka membuat satu satu percubaan baru, guru boleh memperbanyakkan tugasan untuk mereka.

Kesimpulan


Kesemua teori-teori seperti di atas ini berperanan membentuk pendekatan dan kaedah dalam amalan kurikulum Pendidikan Seni. Teori pembelajaran sosial telah dimajukan oleh Rotter (1971) menjelaskan enam keperluan sebagai asas dalam teori pembelajaran sosial dalam meramalkan perlakuan individu sebagai persediaan pendekatan guru di dalam kelas. Erikson pula memperkenalkan Teori Perkembangan Emosi-Fizikal Erikson. Beliau mengenal pasti beberapa peringkat perkembangan emosi manusia. Teori ini menolong guru membuat perancangan berobjektif yang sangat diperlukan untuk membimbing pelajar mengenali potensi diri dan mengekspresi seni yang telah sedia wujud dalam diri mereka. Selain dari perkembangan minat dan bakat, seni juga dapat mendorong dan mendidik pelajar-pelajar melahirkan idea-idea kreatif melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Prof. Madya Hj. Iberahim bin Hassan di dalam kuliahnya ( 2003 ) “ Cetusan emosi boleh menimbulkan kreativiti yang tinggi dan komponen ini sangat kuat dalam pewujudan penghasilan sesebuah karya”. Sebaik-baiknya setiap cetusan yang berlaku dan akan berlaku akan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat, menjadi sumbangan, berintelek dan memperkayakan lagi khazanah peradaban negara kita. Kategori stail belajar Gregore (1979) mengenal pasti pelajar dan membolehkan guru mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut kemahiran dan minat pelajar. Kekuatan pendekatan dan amalan stail pembelajaran Gregore ialah guru sentiasa peka dengan kebolehan pelajar. Pelajar pula dapat mempamerkan jati diri. Pengawalan dan pengawasan tingkah laku di kala proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan berkesan.

Memahami tingkahlaku kemanusiaan akan membentuk persefahaman yang baik di antara guru dan pelajar. Guru yang cenderung dan berempati dengan pelajar akan bertambah baik hubungan mereka. Pelajar akan lebih menghormati guru sebagai pendidik, pembimbing dan penasihat mereka. Sikap suka menyusahkan tugas guru tidak terlintas difikiran mereka, malahan akan sentiasa membantu dan bekerjasama dalam sebarang permasalahan. Ini dibuktikan dengan kerajinan, membuat tugasan mengikut masa yang ditetapkan, sentiasa bekerjasama dan sentiasa menjaga tatasusila.

Pengajaran seni visual melibatkan emosi dan nilai-nilai manusia. Ia lebih merupakan tindakan menghasilkan suatu lukisan, mencipta sesuatu yang baru (inovasi), memahami bahasa tampak, menghasilkan bahan kreatif dan pelbagai lagi, yang memerlukan kemantapan mental, kemahiran psikomoto berkualiti yang tidak boleh dicapai melalui teori atau formula sahaja. Seni adalah sesuatu yang subjektif dan infiniti, objektifnya luas, aktivitinya bebas tetapi terancang.




Bibliografi




Abd. Fatah Hasan, “ Falsafah Pendidikan” PTS publication & Distribution, 2001.

Deborah D.West, “ Edicational Horizon ”, Summer, 2000 .

Herbert Read, ‘Education through Art’ Faber and faber, 1956

Prof. Madya Hj Iberahim Hassan, “ Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan “,
“ Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik”, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan Kesenian, UPSI, 2000.

Robert J.Sternberg, “Human abilities Annual Review of Psychology”. Annual, 1998.

Sharifah Md Nor, “Keberkesanan sekolah, satu perspektif sosiologi’ UPM, 2000.

Viktor Lowenfeld , “ Creative and Mental Growth “, Macmillan Co New York ,1947.