Wednesday, April 8, 2009

Teori-teori dan isu-isu yang berkaitan dengan pendekatan dan kaedah dalam amalan kurikulum Pendidikan Seni.

Seni dan sains adalah satu polariti yang ekstrim dari subjektif kepada objektiviti. Ia menjadi dimensi yang menterjemahkan perusahaan kemanusiaan. Mengambil persektif subjektif kehidupan di dalam kontras pengajaran dan pembelajaran akan memberi penghargaan dan fokus kepada aspek objektif. Keduanya sentiasa hadir dan mencipta dinamik walau apapun yang diambil kira.

Herbert read (1956) menyarankan bahawa seni sepatutnya menjadi asas kepada pelajaran. Menempatkan seni visual sebagai asas kepada pembelajaran beliau telah mencadangkan suatu integrasi keseluruhan fakulti biologi di dalam satu aktiviti organik. Seni sebagai perwakilan dan sains sebagai penjelasan- suatu realiti yang sama.

Pendidikan seni visual juga tidak terlepas bertanggungjawab sebagai agen sosial kepada masyarakat. Memandangkan kepentingan disiplinnya boleh merubah keseluruhan struktur sains kemanusiaan, teori pembelajaran sosial merupakan aliran yang sesuai dan mempunyai hiraki aras pembelajaran yang memupuk matlamat dan objektif pendidikan seni visual sebagai asas pelajaran.



Teori Pembelajaran Sosial Rotter ( 1971)

Teori pembelajaran sosial telah dimajukan oleh Rotter (1971) untuk memenuhi keperluan psikologi. Dalam teori pembelajaran sosial, perlakuan manusia ditentukan oleh matlamat perlakuannya. Dalam diri setiap individu terdapat satu aliran yang membezakan niat atau keperluan. Aliran berkenaan adalah berbeza-beza dari sangat khusus kepada sangat umum. Beliau menyatakan kategori perlakuan dan matlamat adalah termasuk dalam keperluan yang lebih khusus dan berkemungkinan dapat meramalkan kekuatan seseorang dengan lebih tepat. Manakala niat atau keperluan yang lebih umum atau luas pula menyebabkan ramalan perlakuan seseorang itu menjadi kurang tepat.

Daripada pandangan yang dinyatakan terdapat tiga komponen penting iaitu :

• Terdapat aliran tingkah laku yang terarah ke arah matlamat yang sama. Contohnya, seseorang itu melakukan sesuatu perkara untuk mendapatkan perhatian orang lain agar mengambil berat terhadap dirinya. Perlakuan berkenaan dikenali sebagai keperluan berkemungkinan. Istilah ini merujuk kepada kekuatan potensi, oleh itu kemungkinan mereka akan menggunakannya dalam situasi tertentu.

• Jangkaan perlakuan tertentu akan memandu ke arah kepuasan atau matlamat nilai seseorang. Individu mungkin belajar banyak cara untuk mendapatkan perhatian orang lain kepada dirinya. Kanak kanak mungkin mempunyai jangkaan yang kecil bahawa mereka akan mencapai kearah kepuasan seperti bayi menangis maka ia

diberi perhatian dan pertolongan. Pada keadaan biasa dalam jangkaan perlakuannya seseorang itu belajar untuk mencapai kepuasan tertentu dan akan memandunya ke arah mencapai kepuasan yang di kenali sebagai freedom of movement.

• Keperluan nilai yang dihubungkan dengan matlamat dirinya. Oleh itu, peringkat di mana seseorang individu mengutamakan satu aliran kepuasan kepada sesuatu yang lain. Contohnya, melakukan sesuatu kerana untuk mendapatkan penghargaan atau kerana memerlukan cinta dan kasih sayang. Satu aspek lagi yang penting dalam teori pembelajaran sosial ini ialah pemberatan yang di beri kepada situasi psikologi individu iaitu dalam memahami dan meramalkan perlakuannya. Reaksi individu terhadap sesuatu situasi itu berbeza bergantung kepada pengalamannya masa lalu.


Rotter (1971) mengemukakan enam keperluan sebagai asas dalam teori pembelajaran sosial dalam meramalkan perlakuan individu iaitu :

• Perhargaan – kedudukan ( recognition – status )
Keperluan membuat sesuatu dengan baik untuk menimbangkan kebolehan, baik atau lebih baik daripada orang lain di sekolah, pekerjaan, profesyen, sukan, kedudukan sosial, keserlahan fizikal, atau bermain iaitu keperluan untuk mendapat jawatan yang tinggi dalam nilai sosial yang bersaing.



• Kekuasaan ( dominance)
Keperluan kepada mengawal gerakan orang lain, termasuk keluarga dan rakan rakan. Memerlukan kepada keadaan berkuasa untuk membolehkan orang lain mengikut idea dan kehendak seorang.

• Merdeka ( independence)
Keperluan kepada membuat keputusannya seorang, bergantung kepada diri seorang, mengembangkan kemahiran yang perlu untuk mendapatkan kepuasan dan mencapai matlamat tanpa bantuan orang lain.

• Perlindungan dari dijajahi ( rotection – dependency)
Keperluan kepada orang lain untuk melindungi kekecewaannya, menyediakan perlindungan dan keselamatan dan membantu mendapatkan matlamat matlamat lain.

• Cinta dan kasih sayang ( love and affection )
Keperluan bagi dirinya diterima dan disukai oleh orang lain dengan menyampaikan salamnya yang mesra, minat, perhatian dan doa.

• Keselesaan fizikal ( physical comfort)
Keperluan kepada kepuasan fizikal yang menjadi hubungan dengan keselamatan dan kebaikan, mengelakkan kesakitan dan perlu kepada keselesaan tubuh badan.



Model pembelajaran sosial mempunyai impak yang mendalam terhadap amalan pendidikan seni visual. Model ini banyak diaplikasikan oleh para pendidik dalam membuat kajian dalam bidang pendidikan pelajar. Proses pembelajaran berasaskan pemikiran juga meliputi proses pembelajaran sosial. model pembelajaran ini membawa kepada sikap dan persepsi yang positif terhadap pembelajaran pendidikan seni visual. Melibatkan pembelajaran dalam memperolehi dan menyepadukan ilmu. Melibatkan pemikiran dalam perluasan dan perhalusan ilmu pendidikan seni visual. Melibatkan enggunakan ilmu dengan penuh bermakna; dan melahirkan perlakuan minda yang produktif.



Teori Perkembangan Erikson

Teori perkembangan Erikson berdasarkan pemahaman berlakunya konflik pada setiap peringkat perkembangan yang tertentu. Konflik ini berlaku kerana terdapat unsur positif
dan negatif dalam setiap perkembangan. Konflik yang berlaku mendorong penyesuaian psikologikal secara berterusan.

Setiap konflik yang berlaku pada peringkat-peringkat yang tertentu mempunyai ciri-ciri
yang khusus. Teori yang dikemukan oleh Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan
Emosi-Fizikal Erikson. Beliau mengenal pasti beberapa peringkat perkembangan emosi manusia. Peringkat tersebut bermula pada peringkat bayi hingga peringkat tua.



Peringkat Bayi
Peringkat bayi berlaku dalam lingkungan 0 hingga 1 tahun. Konflik yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai Konflik Kepercayaan Lawan Tidak Kepercayaan. Rasa kepercayaan mengikut Erikson dibina secara berperingkat-peringkat. Titik permulaannya adalah pada tahun yang pertama. Apabila sesuatu keperluan seseorang kanak-kanak itu tidak dipenuhi maka akan berputik rasa ketidakpercayaan. Rasa ketidakpercayaan akan diterjemahkan dengan perlakuan atau tingkah laku yang negatif.

Peringkat awal kanak-kanak
Peringkat awal kanak-kanak ini berlaku dalam lingkungan umur 1 hingga 3 tahun. Kanak-kanak yang melalui peringkat ini, berkeinginan mempunyai kuasa membuat keputusan yang berkaitan dengan aktiviti seharian. Mereka berusaha menunjukan dan membuktikan mereka boleh membuat sesuatu yang diingini dengan kebolehan dan daya usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang lain.

Pada masa yang sama kanak-kanak dalam lingkungan umur ini akan berasa malu apabila tidak dibei kuasa yang perlu ada pada mereka. Mereka tidak sahaja malu pada diri sendiri tetapi juga malu kepada individu yang berada disekeliling mereka. Mereka juga bimbang dan malu apabila mereka melakukan kesalahan di depan orang lain. Konflik yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai konflik Autonomi Lawan Malu/Ragu.



Peringkat awal kanak-kanak tadika
Peringkat awal kanak-kanak tadika ini berlaku dalam lingkunagn umur 3 hingga 6 tahun. Konflik yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai Konflik Inisiatif Lawan serba salah. Antara ciri-ciri perkembangan emosi yang ada secara lansung atau tidak lansung. Oleh itu kanak-kanak pada peringkat ini amat peka kepada fakta-fakta yang tepat atau yang salah.

Sebaliknya, mereka akan cepat berasa serba salah apabila diketawakan ketika mereka melakukan sesuatu yang salah atau memberi jawapan yang menyimpang. Kesannya, mereka akan membina dengan sendirinya sikap negative apabila mereka berasa serba salah.

Peringkat kanak-kanak

Peringkat kanak-kanak ini berlaku dalam lingkungan 6 hingga 11 tahun. Pada peringkat ini keinginan terhadap sesuatu dan menguasainya adalah sebahagian daripada matlamat kehidupan seharian. Kanak-kanak juga mempunyai keinginan membuktikan kejayaan dalam bidang yang diminatinya. Pada peringkat ini juga mereka sebenarnya sudah menguasai kemahiran asas yang diperlukan bagi mengendalikan diri mereka. Begitu juga kemahiran asas dalam aktiviti bersosial.

Namun begitu, kanak-kanak amat memerlukan kepelbagaian bentuk peneguhan positif sebagai peransang kepada mereka bagi membuktikan kejayaan mereka. Antara bentuk peneguhan positif yang diperlukan adalah puji-pujian dan penghargaan terhadap tugasan yang sudah disempurnakan.

Apabila mereka dikritik atas sebarang sebab yang tidak dapat difikirkan secara munasabah oleh kanak-kanak tersebut maka terbentuklah rasa rendah diri yang akan mewarnai diri mereka kelak. Konflik emosi pada peringkat ini dikenali sebagai Konflik Kerajinan Lawan Rendah Diri.


Peringkat remaja

Peringkat perkembangan emosi remaja ini berlaku antara umur 12 hingga 20 tahun. Konflik emosi yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai konflik identiti lawan kekeliruan identiti. Sebagai remaja mereka akan sentiasa berusaha memahami dan menilai diri sendiri. Dalam melalui proses ini, mereka cenderung berdepan dengan situasi-situasi yang bertentangan dengan identitinya. Kesannya, mereka akan menghadapi krisis identiti. Krisis identiti juga berlaku kerana para remaja begitu sensitif dengan perubahan fizikal badan mereka. Tubuh badan mereka adalah sebahagian daripada unsur-unsur yang membentuk imej kendiri seseorang remaja. Ditahap ini para remaja akan membentuk konsep kendiri yang positif dan konsep kendiri yang negatif.



Kecerdasan emosi

Kecerdasan emosi adalah berteraskan konsep kecerdasan sosial. Ia mula dikenal pasti oleh E.L.Thorndike ( 1920 ). Ahli psikologi ini menghuraikan kecerdasan yang lain dan mengumpulkan mereka dalam tiga kumpulan iaitu kecerdasan abstrak iaitu kebolehan memahami dan memanipulasi dengan perkataan dan simbol matematik, kecerdasan konkrit iaitu kebolehan memahami dan memanipulasi objek dan kecerdasan sosial iaitu kebolehan memahami dan mengaitkan dengan orang lain.

Thorndike (1920) mendefinisikan kecerdasan sosial sebagai kebolehan memahami dan mengurus orang lain sama ada dewasa ataupun kanak kanak supaya berperanan dengan baik dalam perhubungan sesama manusia. Dalam kajian Gardner (1983) beliau memasukkan unsur unsur kecerdasan interpersonal dan intrapersonal dalam teori pelbagai kecerdasannya.kedua dua kecerdasan terkandung di bawah kecerdasan sosial. Beliau mendefinisikan kedua duanya sebagai kecerdasan interpersonal. Kecerdasan interpersonal adalah kemampuan memahami orang lain.

Antara persoalan yang berkaitan adalah apa yang memotivasikan mereka, bagaimana mereka berkerja dan bagaimana hendak berkerjasama dengan mereka.jurujual, ahli politik, guru, pegawai pegawai kesihatan dan ketua ketua agama yang berjaya, semuanya ini adalah individu yang mempunyai tahap kecerdasan interpersonal yang tinggi. Kecerdasan intrapersonal pula berkaitan dengan kemampuan dalaman. Ia adalah keupayaan membina dan membentuk model kendiri yang jelas dan menggunakannya bagi menjalani kehidupan yang berkesan. Kecerdasan emosi menggolongkan kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan interpersonal Gardner (1983) ke dalam lima domain utama iaitu :

a. mengenali emosi sendiri melalui kesedaran kendiri, seseorang mengetahui dan memahami emosinya, sedar emosi apa yang sedang merayap di minda akibat sesuatu rangsangan dan cuba kuasai emosi tersebut.
b. Mengurus emosi sendiri. Mengambil peluang mengawal emosi yang sedang menguasai diri. Emosi datang tanpa di undang, tetapi kita yang menentukan berapa lama emosi itu menguasai diri kita.
c. Memotivasikan emosi negatif. Jadikan emosi sebagai alat meningkatkan keupayaan berfikir, merancang dan menyelesaikan masalah.
d. Mengenali emosi orang lain. Penting bagi kita kenali perasaan sendiri dahulu kemudian baru cuba menjelajahi dan memasuki emosi orang lain (empati). Ini bagi menggelakkan kekeliruan emosi terutamanya apabila orang lain (pelanggan) mencurahkan emosi mereka.
e. Mengendali perhubungan. Selepas mengenali emosi orang lain dan kita berupaya mengurus diri sendiri serta berempati, maka perhubungan yang positif dan akrab dapat di bentuk.

Kecerdasan Emosi atau Emotional Quotient adalah penting, terutamanya bagi kita yang sentiasa berurusan dengan pelanggan. Kita tidak boleh membenarkan diri terperangkap dengan emosi negative seperti marah, benci, sedih, takut akan perubahan, iri hati dan lain lain.
Goleman (1995) menegaskan penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan yang ada pada keintelektualannya (IQ) sahaja tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya. Mengikutnya lagi kecerdasan intelek (IQ) tidak dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian diri serta hubungannya dengan masyarakat. Kecerdasan Emosi (EQ) mengikut kajian meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek kehidupan termasuk aspek kesihatan dan sosial.

Kejayaan diri dalam pekerjaan perlu juga diimbangi dengan aspek emosi. Seterusnya beliau mengatakan setiap individu perlu meningkatkan kemahiran emosi dan menyatakan terdapat ramai individu yang mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang tinggi tidak berjaya kerana mereka mempunyai masalah kemahiran berhubung dengan orang lain.dalam kajiannya, beliau mendapati kekurangan kecerdasan emosi mendorong kepada perhubungan perkahwinan yang lemah dan perhubungan kerja yang tidak produktif.

Perbezaan antara EQ dan IQ

IQ adalah jenis kecerdasan yang dipercayai wujud daripada faktor keturunan atau baka.manakala EQ pula adalah jenis kecerdasan yang boleh dipelajari. EQ juga boleh di lihat daripada aspek keturunan juga faktor lain yang menyumbang perkembangan EQ seperti pendidikan, keluarga dan suasana persekitaran yang boleh mempengaruhi EQ seseorang. kecerdasan ini sangat berpengaruh terhadap reaksi seseorang apabila menghadapi masalah dan cabaran dalam kehidupan.


Kepentingan EQ

EQ adalah kecerdasan sosial yang amat penting bagi mendidik manusia menjadi insan yang seimbang.melalui kecerdasan emosi seseorang itu akan menjadi lebih berjaya dalam hidupnya berbanding individu yang mempunyai IQ yang tinggi. IQ hanya alat mengukur kecerdasan kognitif manusia sahaja.EQ pula dapat menjana proses pendidikan yang sempurna bagi kanak kanak sehingga mereka mencapai usia 18 tahun bagi membentuk insan yang lebih berjaya kerana kecerdasan emosi merangkumi lima domain yang saling berhubung kait, seperti mengenali emosi sendiri, mengurus emosi sendiri, memotivasikan emosi negatif, mengenali emosi orang lain dan mengendalikan hubungan.

EQ memberi ruang kepada individu meneroka potensi diri sendiri di samping memberi peluang kepada individu menyesuaikan diri dengan emosi diri dan membentuk emosi yang sesuai demi kepentingan diri dan orang lain.individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dapat mengendalikan emosi yang menguasai dirinya.individu yang mempunyai IQ yang tinggi sahaja gagal membendung emosi yang menguasai dirinya dan menyebabkan individu tersebut mudah mendapat tekanan. EQ bukan sekadar emosi yang dididik oleh kognisi tetapi juga diperkaya dengan unsur kerohanianyang mampu mendidik manusia menjadi insan yang lebih seimbang.EQ dapat menyumbang ke arah pendidikan yang lebih sempurna, sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Kajian kajian lepas berkaitan kecerdasan emosi
Penyelidik penyelidik sudah mengkaji dimensi kecerdasan emosi dengan mengukur konsepnya.contohnya kemahiran sosial, kebolehan interpersonal, kematangan psikologikal dan kesedaran emosi lama dahulu sebelum istilah kecerdasan emosi digunakan.Antara kajian kajian yang mempunyai perkaitan antara kecerdasan emosi dengan fenomena lain adalah seperti kajian yang dilakukan mengenai kepimpinan,pencapaian kumpulan, pencapaian individu, perubahan sosial atau interpersonal serta perubahan pengurusan.

Pendapat Mayer & Salovey (1997), ‘emosi dapat memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya kerana ia, merangkumi kebolehan untuk mengerti, melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar, dan menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkan dan menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk memahami emosi dan pengetahuan perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai penggalak perasaan dan pertumbuhan intelek ’.

Menurut Goleman (1994) kecerdasan emosi adalah kemahiran yang membantu masyarakat hidup berharmoni adalah semakin dihargai sebagai suatu asset di tempat kerja.Ini kerana kecerdasan emosi ini akan dapat membentuk perhubungan secara berkesan, empati dan menghormati perasaan dan pandangan orang lain, pencapaian penilaian kendiri dan perhubungan yang jelas dan menguruskan konflik dengan kaedah mendengar yang aktif dan empati.

Carso, S.M. (2000) mengkaji perhubungan antara kecerdasan emosi dan kebolehan istimewa remaja. Kajian di buat terhadap 100 orang pelajar berumur antara 12 hingga 16 tahun. Keputusan menunjukkan remaja yang cerdik mencapai skor yang lebih tinggi berbanding pelajar yang tidak cemerlang yang sama umur pada skor EQ, kebolehsuaian dan pengurusan tekanan. Dapatan kajian juga menunjukkan kecerdasan emosi kanak kanak mempengaruhi tahap sosial mereka.

Barling,J. dan rakan rakan (2000) menyelidiki perhubungan antara kecerdasan emosi dan perubahan kepimpinan. Ditunjukkan kecerdasan emosi boleh dikaitkan dengan 3 aspek perubahan kepiminan iaitu pengaruh ideal, inspirasi motivasi dan pertimbangan individu serta ganjaran kontinjen. Pengurusan yang aktif dan pasif dikecualikan dan pengurusan bebas atau laissez faire tidak dikaitkan dengan kecerdasan emosi.

Menurut Bersson ( 1982 ), dengan memberi galakan kepada kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam mendapatkan pengalaman yang disediakan menerusi kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan pentafsiran.

Seni mempunyai kuasa tersendiri dalam menarik minat seseorang, lantaran itu seorang pendidik dapat menjadikan ia satu instrumen menerapkan nilai terapeutik bagi menarik minat pelajar, menjadikan pelajar lebih rapat dan rasa selamat, kreatif berfikir, inovatif, aktif, berkeyakinan, emosi yang stabil, penuh kasih sayang dan sahsiah yang mantap. Kesimpulan dari cadangan ini akan mencapai era yang ditunggu-tunggu dan meneroka dimensi baru seiring dengan perlaksanaan kurikulum Bestari Pendidikan Seni Visual.




Kategori stail belajar Gregore (1979)


1) pelajar concrete sequential
pelajar kategori ini suka kepada kerja kerja praktikal di dalam kelas. Mereka lebih berkebolehan menggunakan kemahiran tangan dalam mendapatkan pengalaman belajar. Mereka juga menyukai lawatan dan kerja kerja projek dan suka untuk melihat hasil kejayaan atas usaha mereka. Oleh kerana mereka mengambil berat terhadap tugas dan tanggungjawab, mereka berkebolehan dalam kerja berbentuk struktur misalnya menyusun jadual dengan kemas.

Bagi kumpulan ini, guru perlu merancang lebih banyak latihan amali, projek yang memerlukan penyelidikan luar, lawatan dan aktiviti aktiviti lain yang memberi peluang kepada pelajar untuk ‘ belajar dan mengalami ‘ . Guru boleh juga mengarahkan pelajar merancang sendiri program mereka serta menyusun jadual untuk seluruh kursus.

2) Pelajar abstract sequential
Pelajar kategori ini suka kepada penggunaan simbol, idea dan konsep dalam pembelajaran. Mereka berkebolehan menganalisis, menilai dan memberikan bukti bukti yang bernas dalam jawapan mereka. Berkebolehan membuat penyelidikan sendiri melalui pembacaan persekitaran.

Teknik penyampaian yang sesuai ialah dengan memberikan soalan soalan yang mencabar pemikiran mereka. Perbanyakkan latihan latihan penyelidikan melalui pembacaan dan perpustakaan. Biasanya pelajar kategori ini mempunyai pengetahuan am yang luas. Oleh itu, beri mereka rangsangan melalui aktiviti debat dan perbincangan.

3) Pelajar abstract random
Pelajar kategori ini suka kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan aktiviti kumpulan. Mereka juga suka melibatkan diri dalam sebarang aktiviti dalam kelas dan membantu guru serta kawan kawan. Sesuai dengan kehalusan jiwa yang mereka perolehi, oleh itu mereka berkebolehan dalam bidang seni dan hal hal kemanusiaan.

Gerakerja kumpulan sangat sesuai untuk pelajar dalam kategori ini. Guru mungkin boleh memperbanyakkan aktiviti secara berkumpulan bukan sahaja untuk kerja kerja dalam bilik engajaran dengan bantuan video , pita rakaman, gambar gambar dan carta.

4) Pelajar concrete random
Pelajar dalam kategori ini bersifat praktikal dan realistik tetapi menggambarkan dalam bentuk kreatif. Mereka adalah pelajar yang aktif dan mempunyai daya penarik, menyenangkan dan bersifat terbuka. Berkebolehan menyelesaikan masalah dan berminat membuat percubaan baru serta selalu bertanya ‘ mengapa ‘?

Latihan amali dan penyelidikan luar bilik darjah merupakan aktiviti aktiviti yang sesuai untuk kategori ini. Pelbagai teknik mengajar, penggunaan alat alat bantu mengajar dan hidupkan suasana kelas dengan hubungan yang mesra. Oleh kerana pelajar dalam kategori ini suka membuat satu satu percubaan baru, guru boleh memperbanyakkan tugasan untuk mereka.


Kesimpulan


Kesemua teori-teori seperti di atas ini berperanan membentuk pendekatan dan kaedah dalam amalan kurikulum Pendidikan Seni. Teori pembelajaran sosial telah dimajukan oleh Rotter (1971) menjelaskan enam keperluan sebagai asas dalam teori pembelajaran sosial dalam meramalkan perlakuan individu sebagai persediaan pendekatan guru di dalam kelas. Erikson pula memperkenalkan Teori Perkembangan Emosi-Fizikal Erikson. Beliau mengenal pasti beberapa peringkat perkembangan emosi manusia. Teori ini menolong guru membuat perancangan berobjektif yang sangat diperlukan untuk membimbing pelajar mengenali potensi diri dan mengekspresi seni yang telah sedia wujud dalam diri mereka. Selain dari perkembangan minat dan bakat, seni juga dapat mendorong dan mendidik pelajar-pelajar melahirkan idea-idea kreatif melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Prof. Madya Hj. Iberahim bin Hassan di dalam kuliahnya ( 2003 ) “ Cetusan emosi boleh menimbulkan kreativiti yang tinggi dan komponen ini sangat kuat dalam pewujudan penghasilan sesebuah karya”. Sebaik-baiknya setiap cetusan yang berlaku dan akan berlaku akan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat, menjadi sumbangan, berintelek dan memperkayakan lagi khazanah peradaban negara kita. Kategori stail belajar Gregore (1979) mengenal pasti pelajar dan membolehkan guru mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut kemahiran dan minat pelajar. Kekuatan pendekatan dan amalan stail pembelajaran Gregore ialah guru sentiasa peka dengan kebolehan pelajar. Pelajar pula dapat mempamerkan jati diri. Pengawalan dan pengawasan tingkah laku di kala proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan berkesan.

Memahami tingkahlaku kemanusiaan akan membentuk persefahaman yang baik di antara guru dan pelajar. Guru yang cenderung dan berempati dengan pelajar akan bertambah baik hubungan mereka. Pelajar akan lebih menghormati guru sebagai pendidik, pembimbing dan penasihat mereka. Sikap suka menyusahkan tugas guru tidak terlintas difikiran mereka, malahan akan sentiasa membantu dan bekerjasama dalam sebarang permasalahan. Ini dibuktikan dengan kerajinan, membuat tugasan mengikut masa yang ditetapkan, sentiasa bekerjasama dan sentiasa menjaga tatasusila.

Pengajaran seni visual melibatkan emosi dan nilai-nilai manusia. Ia lebih merupakan tindakan menghasilkan suatu lukisan, mencipta sesuatu yang baru (inovasi), memahami bahasa tampak, menghasilkan bahan kreatif dan pelbagai lagi, yang memerlukan kemantapan mental, kemahiran psikomoto berkualiti yang tidak boleh dicapai melalui teori atau formula sahaja. Seni adalah sesuatu yang subjektif dan infiniti, objektifnya luas, aktivitinya bebas tetapi terancang.




Bibliografi





• Abd. Fatah Hasan, “ Falsafah Pendidikan” PTS publication & Distribution, 2001.

• Deborah D.West, “ Edicational Horizon ”, Summer, 2000 .

• Herbert Read, ‘Education through Art’ Faber and faber, 1956

• Prof. Madya Hj Iberahim Hassan, “ Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan “,
“ Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik”, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan Kesenian, UPSI, 2000.

• Robert J.Sternberg, “Human abilities Annual Review of Psychology”. Annual, 1998.

• Sharifah Md Nor, “Keberkesanan sekolah, satu perspektif sosiologi’ UPM, 2000.

• Viktor Lowenfeld , “ Creative and Mental Growth “, Macmillan Co New York ,1947.

Thursday, January 22, 2009

P&P

Masa : 320 minit
Empat kali P&P

Sasaran : Tingkatan Dua

Matapelajaran : Pendidikan seni visual

Topik : Rupa

Subtopik : figura (kadar banding)

Kecerdasan
Diharapkan : Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan Kinestatik
KecerdasanVisual/Spatial
Kecerdasan Logik- Mate

Dimensi

Pembelajaran

Sikap dan pengertian tentang pembelajaran
Menerokai ilmu pengetahuan formalistik dan kadar banding.

Menimba ilmu pengetahuan anatomi dan persekitaran dengan pemerhatian, taakulan, kiraan, ketekunan serta pemahaman secara mendalam

Menggabung jalinkan ilmu pengetahuan dalam hidup











Aktiviti : Minggu Pertama

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan bilik Alat Pandang Dengar (APD).
Pelajar menonton rakaman permainan bola sepak dan Iklan
Hari Merdeka tajaan Petronas.
(10 minit)

Pelajar mengulas media, warna, gerakan aksi, ekspresi, budaya, ketulusan, naluri, kebijaksanaan, kecerdasan dan ilmu yang didapati hari itu.
Guru bertindak sebagai fasilitator dengan membebaskan pelajar meluahkan perasaan.
(10 minit)
Guru mengulas dan menerangkan rupa figura dan kadar banding manusia kepada pelajar. Guru mengambil contoh model benar dan ilusi. Pelajar mendengar dengan teliti dan menggabung jalinkan kaedah kadar banding manusia kemudian berinteraksi mengenai aksi-aksi pergerakan dalam sukan dan babak-babak yang terdapat di dalam Iklan.
(20 minit)

Guru memberi gambar rajah kadar banding untuk lelaki dewasa, perempuan dewasa, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam pelbagai aksi.
Pelajar menyalin nota.
(20 minit)

Pelajar melakonkan semula aksi aksi pergerakan. Guru merakam pergerakan pelajar dengan kamera digital.
Soalan soalan berbentuk pemahaman diajukan kepada pelajar sebagai penilaian asas.
(20 minit)




Aktiviti : Minggu Kedua.

Guru menyiarkan semula cetakan rakaman kamera minggu lepas dan memetik pandangan pelajar hari itu tentang figura dan kadar banding.
Guru mengulangkaji pelajaran minggu lepas, memberi pelajar soalan-soalan informal dan bemberi pengayaan.
(10 minit)

Pelajar mengeluarkan majalah, memilih figura yang kadarbanding yang betul mengikut apa yang telah dipelajari. Pelajar menggunting figura dengan pelbagai aksi-aksi pergerakan. Pelajar diminta berhati hati dan teliti. Sekurang-kurangnya tiga bentuk figura pelbagai aksi ini di tampal di kertas lukisan.
(15 minit)

Figura figura ini dibuat rangkanya menggunakan marker pen atau garisan yang tebal pelbagai warna yang kontras. Menggunakan garisan melintang sebagai panduan, Rangka-rangka dipindahkan sebanyak tiga kali untuk satu figura tanpa kesilapan kadar banding.
(40 minit)

Guru menolong pelajar yang lemah dan mengambil yang terbaik sebagai contoh. Penilaian guru mengikut kadar banding yang tepat dan aksi yang sesuai.
(15 minit)




Aktiviti : Minggu Ketiga

Hasil minggu lepas dipamerkan. Guru menerangkan aspek-aspek biologi, kesihatan dan kegiatan seharian yang sehat kepada pelajar. Guru memberi contoh contoh karya tokoh tokoh pelukis di dalam dan di luar negeri sebagai sejarah dan penghargaan. Aspek aspek formal dalam lukisan ditekankan.
(15 minit)

Pelajar menggunting enam (6) gambar figura. Gambar figura ini dipotong dua 45%. Bahagian atas ditampal sebelah kanan dan bahagian bawah ditampal sebelah kiri. Kedudukannya mesti tepat dan bertentangan. Pendekatan yang ingin disampaikan ialah pelajar dapat meniru semula figura menggunakan garisan melintang dari kedua dua bahagian yang hilang. Guru menunjukkan contoh teknik kepada pelajar. Kali ini salinan semula berbentuk rupa.
(50 minit)

Guru menolong pelajar yang lemah dan mengambil yang terbaik sebagai contoh. Penilaian guru mengikut kadar banding yang tepat dan aksi yang sesuai.
(15 minit)





Aktiviti : Minggu Keempat


Rakaman sukan dan iklan ditayangkan lagi kepada pelajar. Guru menerangkan aspek budaya dan sosial di Malaysia kepada pelajar sambil mengambil contoh contoh karya-karya pelukis yang berilhamkan budaya dan sosial. Aspek-aspek formal dan kadar banding diberi penekanan.
(15minit)



Pelajar menggunting dua (2) gambar figura. Gambar figura ini dipotong dua 45%. Bahagian atas ditampal sebelah kanan dan bahagian bawah ditampal sebelah kiri. Kedudukannya mesti tepat dan bertentangan. Pendekatan yang ingin disampaikan ialah pelajar dapat meniru semula figura menggunakan garisan melintang dari kedua dua bahagian yang hilang. Guru menunjukkan contoh teknik kepada pelajar. Kali ini figura dilukis secara terperinci dengan melukis semula pancaindera dan jari. Figura mesti berpakaian.
(30 minit)

Pelajar mewarnakan figura mengikut warna asal pada gambar. Pelajar harus teliti dan penuh kesabaran sambil menjaga kebersihan.
(20 minit)

Guru menolong pelajar yang lemah dan mengambil yang terbaik sebagai contoh. Penilaian guru mengikut kadar banding yang tepat dan aksi yang sesuai, warna yang berpadanan.
(15 minit)


Tamat

Monday, December 8, 2008

Bagaimana Dapat Meningkatkan Lagi Inovasi Di dalam Pembelajaran Pendidikan Seni Pengajaran Secara Individu Dan Berkumpulan.

Mengikut Warner (1981 ) dan Fullan ( 1982 ), “ realiti di sekolah dan bilik darjah memerlukan pendekatan yang lebih terbuka terhadap konsep implementasi sebagai proses perubahan dan bukan perubahan semata-mata” Pendapat ini selari dengan arus globalisasi dan desakan keperluan negara, untuk melahirkan pelajar yang kendiri dan kreatif memerlukan paradigma baru kurikulum sesuai dengan keadaan semasa.

Sharifah Md.Nor ( 2002 ), menyatakan “ Matlamat pembelajaran sekolah bestari, ialah supaya pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari bukan sahaja sekadar mendapatkan ilmu pengetahuan. Dalam perancangan sekolah bestari, kurikulum menekankan penyelesaian masalah, pembelajaran berbentuk pengalaman dan proses pengajaran dan pembelajaran yang mendorong pelajar bekerjasama antara satu sama lain “.

Oleh itu kurikulum, guru dan pelajar harus bersedia menongkah cabaran baru ini. Budaya sentiasa belajar menjadi teras di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sesuai dengan saranan penulis, pengulas mendapati ianya menuju kepada kurikulum bestari.









Sama ada secara individu atau kumpulan, telah dikenalpasti sebagai antara faktor-faktor yang dapat menguruskan penyelesaian masalah atau kreativiti personal dengan cara yang tersendiri. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini meliputi tahap kualiti sesuatu kumpulan, kreativiti yang dibantu, sifat tingkah laku individu, kebolehan kognitif yang istimewa, motivasi kendiri, orientasi terhadap kemungkinan, kepelbagaian pengetahuan, pakar di dalam sesuatu bidang, kemahiran sosial, bijaksana dan kejahilan. (Theresa Amabile 1988)

Walaupun faktor individu dan ikhtiar adalah penting kepada pelajar, persekitaran sosial juga memainkan peranan dalam meninggikan nilai inovasi terhadap proses kreativitinya. Persekitaran yang menggalakkan kreativiti di dalam menjana inovasi kepada para pelajar antaranya ialah pemberian kebebasan, pengurusan tugasan yang baik, sumber yang mencukupi, galakan, masa yang mencukupi, karektor organisasi yang khusus, pengiktirafan, keperluan cabaran dan tekanan.

Pengajaran dan pembelajaran memerlukan satu mekanisme untuk mempertimbangkan idea idea baru seperti iklim di bilik darjah menerusi kerjasama dan usahasama daripada semua peringkat dan bahagian, di mana setiap hasil inovasi ini akan dihargai dan kegagalan bukan suatu takdir . Kualiti persekitaran tidak akan menyumbangkan kepada proses inovasi apabila ia terlalu banyak karektoristik , sekatan , desakan , kurang minat , kelemahan pengurusan tugas , penilaian , kekurangan sumber , iklim bilik darjah yang kurang mendapat kerjasama dan usahasama dari semua peringkat dan bahagian , dan terlalu memberi penekanan terhadap status quo .



Di dalam aspek persekitaran, faktor sosial lebih memainkan peranan daripada karetoristik personal yang dipengaruhi oleh guru yang kebiasaannya menentukan karektor organisasi secara individu atau berkumpulan . Brown (1989) dan Harington (1990) berpendapat organisasi kreativiti sebagai kombinasi proses kreativiti , produk kreatif , individu kreatif , suasana kreatif dan bagaimana komponen komponen ini berhubung antara satu sama lain . Kreativiti individu berkait rapat dengan fungsi sesuatu keadaan yang sebelumnya (contohnya peneguhan sejarah biografi yang berubah ) gaya kognitif dan kebolehan (pemikiran yang bercapah , pengaliran idea yang berterusan ) faktor personaliti (kepuasan diri, pengawalan yang tepat), pengetahuan yang relevan, motivasi, pengaruh sosial ( fasiliti sosial , ganjaran sosial ) dan pengaruh keadaan ( persekitaran fizikal , desakan tugas dan masa ) .

Ini bermaksud bahawa guru dan pentadbir yang ingin menggalakkan inovasi tidak boleh menafikan pengalaman , gaya kognitif , kebolehan atau personaliti pelajar tetapi boleh mempengaruhi pengetahuan motivasi dan sosial . Pendidik seni perlu memikirkan dan memilih pelajar yang mempunyai latar belakang tertentu , kognitif , kebolehan dan profil personaliti mengikut kecenderungan masing masing .

Matlamat dan objektif Pendidikan Seni lebih bersifat universal. Lebih lebih lagi, Penghasilan tema, falsafah, karya atau produk mempunyai rantaian komunikasi global. Melalui visual, satu pernyataan tidak perlukan kenyataan kerana telah wujud interaksi dalaman pada seseorang audien.



Penghasilan yang berbeza, pelbagai, kesesuaian dan futuristik adalah tanda terima kasih pelajar yang berjaya mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan tekun kepada gurunya. Apabila seorang guru itu mengajar pendidikan seni, hasilnya bukan untuk menyediakan seorang pelajar itu menjadi pelukis tetapi beliau mengajar asas, prinsip dan elemen seni lukis serta pengetahuan sejarah, penghargaan dan boleh bertindak mengukur diri sendiri dalam menilai dan membuat keputusan.

Menghasilkan karya sendiri memerlukan rujukan yang bersifat persekitaran. Ini menghasilkan pelajar yang mampu berjaya dalam kehiduan sehariannya apabila setiap yang dipelajari berjaya digabung jalinkan dengan kehiduan seharian secara berterusan. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan seni menitik beratkan ilmu kajian
kritikal dalam seni tampak. Hasilnya ia berjaya melahirkan pelajar yang sensitif, pemikir dan
menjadi inovator.

King dan Anderson (1990) memilih karektoristik kerja berkumpulan menjadi kunci . Beliau menggambarkan kreativiti berkumpulan sebagai pemimpin kepada usahasama , perpaduan , ketahanan kumpulan , gubahan kumpulan , struktur kumpulan dan keahlian daripada pelbagai bidang atau latar belakang .

Ini adalah kunci bagaimana gerak kerja berkumpulan ini berfungsi. Pertimbangan ini menuju kepada perkembangan kreativiti iaitu bagaimana untuk meninggikan teknik berkumpulan seperti ‘brainstorming’ dan ‘mind mapping’.



Stein (1974) berpendapat bahawa seseorang itu sebenarnya menjana idea yang sedikit di dalam kumpulan. Hackman dan Morris (1975) menyatakan bahawa keupayaan kumpulan menurun di sebabkan kekurangan motivasi, kecacatan proses dan penyelarasan. Mengikut Botter dan Yetton (1987) pula, kumpulan penyelesaian masalah ini boleh memperbaiki keberkesanan kumpulan mereka dengan melatih secara individu tentang kemahiran penyelesaian masalah.

Teknik mengenalpasti peningkatan organisasi kreativiti termasuk memisahkan penyelesaian penjanaan dan penyelesaian penilaian ( Cummings dan O’Connell, 1978 ).
Kemungkinan yang diambil, kebebasan bertukaf idea, pengesahan pertentangan, simulasi penyertaan dan kepercayaan intrinsik sebagai bangkangan kepada ganjaran ekstrinsik.

Bassadur, Graen dan Scandura (1986) berpendapat bahawa Kreativiti meningkat apabila lebih banyak masa digunakan untuk menerbitkan idea, dan apabila sesuatu kumpulan mengelakkan menaksir pra kematangan idea dengan penilaian kritikal. Para sarjana ini berpendapat bahawa latihan yang fokus kepada memperkembangkan kemahiran berfikir berdasarkan kreativiti akan menuju kepada dapatan yang tepat dari segi kualiti dan kuantiti ‘output’ kreatif.

Peningkatan inovasi dalam gerak kerja berkumpulan bukanlah mengikut jumlah individu yang kreatif di dalam sesuatu kumpulan. Perlakuan kreatiflah menjadi pengantara di dalam berkumpulan dan ia dipengaruhi oleh gubahan kumpulan, karaktoristik dan proses.



Amabile (1988) mengenalpasti domain kemahiran yang relevan, kreativiti- kemahiran yang relevan dan tanggungjawab motivasi intrinsik sebagai kunci elemen ini. Beliau menyarankan setiap satu dari tiga komponen ini diaplikasi kepada individu dan kumpulan yang kecil serta menjadi keperluan dalam menghasilkan inovasi.

Implikasinya ialah pertembungan kreativiti boleh diaplikasi kepada kreativiti pelajar dan inovasi berkumpulan. Seseorang guru perlu mencari kemahiran dalam tugas, kemahiran kreativiti dan motivasi intrinsik di dalam pengajaran dan pembelajaran. Faktor persekitaran dapat menyokong pelajar menjadi lebih inovatif.

Nonaka (1991) memberikan 4 asas mencipta pengetahuan : menukarkan pengetahuan ‘tacit’ kepada pengetahuan’tacit’(sosialisasi) , eksplisit kepada eksplisit (kombinasi) , ‘tacit’ kepada eksplisit (luaran) dan eksplisit kepada ‘tacit’ (dalaman).

Proses mencipta bermula dengan menyatukan perkara yang kontra dan idea melalui metafora . Kemudian menyelesaikan kontra ini melalui analogi . Akhirnya mengilap konsep penciptaan membentuknya sebagai model yang menjadikan pengetahuan diwujudkan .

Inovasi yang berterusan adalah tidak mustahil dan bergantung kepada penciptaan ilmu . Inovasi dilihat sebagai pengetahuan penciptaan yang tersusun . Ia juga sama seperti kreativiti. Pengetahuan ‘tacit’ bersifat personal , sukar di’formal’kan , subjektif , ilham dan bermula dari asas perbuatan dan pengalaman seseorang , ideal , nilai dan emosi . Ia boleh dipisahkan menjadi 2 komponen kemahiran informal.



Kesimpulannya, pengajaran secara individu dan berkumpulan dapat meningkatkan lagi inovasi seandainya ia disokong oleh persekitaran sosial dan guru .Elemen elemen yang memberi kesan kepada inovasi, yang dapat menolong mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran ialah ilmu , motivasi , sosial dan pengaruh keadaan . Guru sebagai penyalur maklumat kurikulum memalui pendekatan yang efektif boleh mengagihkan pelajar secara individu atau kumpulan pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan kemahiran .

Pembelajaran yang berjaya menghidupkan iklim bilik darjah secara positif dan membawa pelajar Pendidikan Seni merentasi disiplin lain. Pendekatan yamg pelbagai dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran kepada motivasi minat. Guru pula menjadi pendorong dan fasilitator dengan memberikan dorongan dan simulasi kepada pembelajaran pelajar untuk menjana dan meningkatkan inovatif .

Dengan cara ini, pelajar, secara individu atau berkumpulan akan mempunyai fungsi dan proses tersendiri di dalam menjana inovasi . Dengan ini dapat dinyatakan bahawa wujud kebarangkalian untuk mereka bentuk (design) struktur individu atau berkumpulan bersama prosesnya dalam menjana dan meningkatkan inovatif .







Rujukan
Abd. Fatah Hasan, “ Pengenalan Falsafah Pendidikan “, PTS Pub & Distributors, 2001

Amabile , Teresa M 1988. “A Model o Creativity and Innovation in Organizations,” Research in organizational Behavior , Vol. 10:

Basadur, M., G.B. Graen and T.A.Scandura. 1986. “Training effects on Attitudes Toward Divergent Thinking among Manufacturing Engineers.” Journal of Applied Psychology . Vol.71(4):

Brown , R.T. 1989. “ Creativity : What Are We to Measure?” In J.A.Glover, R.R.Ronning , C.R.Reynolds,eds,Handbook of Creativity. New York :
Plenum Press . \

Cummings, L .1965. “Organizational Climates for Creativity.”Journal of the Academy of Management. 8\

Nonaka, I. 1991. “ The Knowledge – Creating Company ,” HBR,Nov-Dec:
Sharifah Md. Nor, ( 2000 ) “ Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Sosiologi “ Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan ,
“ Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik”, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan Kesenian, UPSI, 2000.

Kurikulum pendidikan seni visual di sekolah sekolah seharusnya memfokuskan kepada pembentukkan kefahaman silang budaya bagi membina integrasi antara r

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia merupakan satu alat penting untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Negara ini. Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat mewujudkan perpaduan menerusi fungsi dan kaedah kaedah berikut ;-

1. Kurikulum yang sama
Sekolah merupakan agen sosial yang amat penting untuk membentuk keperibadian dan perwatakan murid murid bagi mewujudkan perpaduan di kalangan mereka. Kurikulum yang berorientasikan Malaysia yang selaras telah diperkenalkan di semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantarnya.

Unsur unsur pendidikan kewarganegaraan telah di terapkan ke dalam semua mata pelajaran. Pendidikan ini dapat memupuk semangat kebangsaan dan taat setia kepada Negara di kalangan pelajar sekolah. Di samping itu, ia dapat membentuk sifat sifat toleransi, persefahaman dan tolak ansur bagi melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu.

2. Peperiksaan yang seragam
Kerajaan telah memperkenalkan peperiksaan yang sama dan seragam untuk membentuk satu identiti Malaysia. Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) bagi murid murid tingkatan tiga telah diperkenalkan di semua sekolah di Negara ini pada tahun 1956. seterusnya, kerajaan telah memperkenalkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi murid murid tingkatan lima dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi semua murid murid tingkatan enam si semua sekolah menengah di Malaysia.

3. Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pengantar Utama
Mulai tahun 1970, Bahasa Malaysia telah digunakan sebagai bahasa pengantar rasmi, di semua sekolah di Malaysia. Ia menggantikan bahasa inggeris secara berperingkat peringkat di sekolah sekolah di Negara ini. Semua sekolah aliran bahasa Cina dan Tamil telah diwajibkan menggunakan bahasa Malaysia. Penggunaan satu bahasa rasmi akan dapat mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan murid murid sekolah dan seterusnya di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

4. Aktiviti Ko-Kurikulum dan Sukan
Kerajaan telah menggalakkan aktiviti ko-kurikulum dan sukan di sekolah sekolah. Kegiatan ko-kurikulum ini dibahagikan ke dalam tiga kategori iaitu persatuan, unit beruniform dan sukan. Murid murid diwajibkan untuk mengambil bahagian yang aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum berkenaan. Matlamat kegiatan ini ialah untuk melahirkan generasi muda yang berdisiplin, bersemangat kebangsaan dan bersatupadu.

Saturday, June 7, 2008

Pendekatan Psikologi ( Emosi ) di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Pengenalan

Tahun 2003 telah menggemparkan lagi masyarakat Malaysia di mana terdapat dua puluh orang pelajar senior telah membelasah seorang pelajar junior sehingga merosakkan buah pinggangnya. Tidak lama kemudian lima orang pelajar dari sekolah berasrama penuh cuba mencederakan guru mereka dengan senjata yang berbahaya. Tanpa kita sedari, ini hanya secubit cerita benar yang mendapat paparan umum, sedangkan banyak lagi permasalahan yang tidak terungkai atau disembunyikan dari pihak berkuasa kerana ingin menjaga nama baik sesebuah sekolah. Apa yang menjadi tanda tanya ialah pelajar-pelajar semakin bersikap liar, keras kepala, biadap sedangkan mereka di dalam sempadan sekolah. Di manakah kerapuhan pendidkan yang telah kita bina kini? Adalah tidak adil sekiranya kepincangan ini kita letak di bahu kurikulum, guru atau mahupun pelajar sendiri. Walaubagaimanapun, kita mesti mencari penawar demi menyelesaikan masalah sebelum memusnahkan nilai hidup generasi akan datang.

Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam, kita harus meneliti kurikulum kita yang mana lebih mementingkan kecerdasan IQ. Keputusan kecerdasan inilah yang diambil kira dalam mengukur dan menilai seseorang. Pelajar hanya dilihat dari sudut kepintaran sahaja, sedangkan kepintaran itu boleh diasah. Jika diberi latihan dan praktikal yang banyak seperti latih tubi serta pendekatan penghafalan pelajar pasti mampu mendapat pencapaian yang baik.


Howard Gardner di dalam temubualnya dengan NEAtoday Online ( 1999 ) berpendapat bahawa taraf kecerdasan seseorang itu tidak akan mempunyai nilai sekiranya ia tidak membawa kepada sumbangan terhadap masyarakat dan budayanya. Kini sampai masanya kita harus menekankan lagi aspek aspek kepercayaan, keluhuran, kesetian dan nilai-nilai yang baik seperti yang diikrarkan dalam Rukun Negara..

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia...”

Emosi ternyata berdiri sama tinggi dengan intelek ( meliputi hampir kesemua displin), rohani (keagamaan, moral dan falsafah), jasmani ( sukan, riadah dan ilmu kesihatan). Ini bermakna domain emosi harus diberi pemberatan yang sama seperti intelek, rohani dan jasmani.

Hampir semua sekolah-sekolah kini mempunyai kaunselor sendiri. Tetapi, kaunselor hanya merupakan pihak yang bertanggung jawab menolong pelajar-pelajar menyelesaikan masalah sedangkan pelajar-pelajar sendiri tidak mengenal pasti masalah mereka sendiri. Dari aspek psikologi, emosi dapat memainkan peranan yang penting kerana emosi jualah yang selalu menjadi punca apabila tingkahlaku menjadi tidak terkawal.


Definisi Kurikulum.



Menurut kamus Oxford Advance Learners “ also called curricula : The subject included in a course of study or taught at a particular school, college...

Kamus Times pula yang diterjemahkan oleh Awang Sudjai Hairul ; Kurikulum merupakan susunan matapelajaran.

Menurut pendapat Abd. Fatah Hasan (2001) “ Kurikulum berhubung dengan nature manusia yang berkerohanian, maka kurikulum mestilah bercorak membebaskan akal dan
membolehkan seseorang mencapai keperingkat penghabisannya. Perancang kurikulum mesti memilih pelajaran yang akan melatih akal seperti membaca, menulis dan mengira. Kurikulum juga mestilah termasuk subjek kemanusiaan, kesenian, sains dan matematik “.

Kumpulan realist memberi pandangan bahawa kurikulum mestilah sesuatu yang boleh diubah-ubah dan bukannya sesuatu yang tetap. Perbezaan individu mestilah ditegaskan, bukannya kepuasan yang sama bagi semua murid.


Psikologi.

Psikologi diistilahkan sebagai ilmu kejiwaan dan berasal dari dua gabungan perkatan Greek iaitu Psiko dan Logi.
Menurut kamus oxford ; psikologi merupakan sains atau kajian terhadap minda dan bagaimana ia berfungsi dan melaksanakan tugas. Nota : Psikologi ialah kajian terhadap tabiat minda, manusia dan haiwan.


Kecerdasan Emosi.

Mengikut Mayer & Salovey (1997), “ Kecerdasan emosi adalah merupakan kebolehan untuk mengerti, melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar, dan menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkan dan menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk memahami emosi dan pengetahuan perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai penggalak perasaan dan pertumbuhan intelek “. Konsep ini diperkenalkan oleh Mayer & Salovey sejak tahun 1990 kemudian dipopularkan dan diperkembangkan lagi oleh Goleman (1995).

Menurut Bersson ( 1982 ), dengan memberi galakan kepada kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam mendapatkan pengalaman yang disediakan menerusi kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan pentafsiran. (Prof. Madya Hj. Iberahim Hassan, 2000 )


Mayer dan Gehr (1996) mendapati bahawa karektor tanggapan dan pengertian emosi di dalam pelbagai situasi berhubung kait dengan empati dan keterbukaan perasaan. Penuh pemusatan – perbezaan dalam mengesahkan apa yang dibina.

Keseluruhannya emosi bukan sahaja hanya perasaan dalaman tetapi mempunyai kecerdasannya yang tersendiri. Oleh itu, wajarlah emosi diperkawal sebelum emosi yang mengawal diri pelajar.


Matlamat Sukatan Pelajaran 970 STPM Seni Visual.


Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran seni visual bagi membolehkan mereka
(a) mengikuti program seni visual atau program yang berkaitan di institusi pengajian tinggi,
(b) memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya.

Berpandukan matlamat yang kedua, emosi bersamaan dengan pendapat Mayer & Salovey (1997), ‘emosi dapat memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya kerana ia, merangkumi kebolehan untuk mengerti, melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar, dan menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkan dan menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk memahami emosi dan pengetahuan perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai penggalak perasaan dan pertumbuhan intelek ’.

Di dalam sukatan pelajaran ini terdapat lapan objektif yang begitu menekankan aspek emosi ini untuk mencapai matlamat Seni Visual antaranya ialah ;

1. (a) memahami akan pengertian , peranan dan sumbangan seni visual dalam pembangunan daya kreativiti serta sumbangannya sebagai alat komunikasi yang berkesan ;

2. (b) memahami akan kepentingan seni visual dalam konteks yang lebih luas yang merangkumi aspek estetik dan fungsi , khususnya dalam peningkatan mutu barangan , industri dan kualiti kehidupan secara menyeluruh ;

3. (d) meneroka dan memahami pengaruh teknologi terhadap seni visual ;

4. (e) memahami bahawa seni visual adalah satu bentuk komunikasi dan meneliti secara kritis pelbagai karya seni yang berbentuk komunikasi non –verbal ;

5. (h) menggunakan portfolio bagi merekod idea dan maklumat ;

6. (i) menguji idea dan bahan , menyelesaikan masalah , membuat pilihan , mengambil risiko dan mencuba pelbagai cara untuk berkarya ;

7. (j) menggunakan kecekapan teknikal dalam penggunaan alat , bahan dan teknologi serta kaedah seni dalam penyataan seni visual ;

8. (k) menguasai kemahiran melukis dan menggunakan dalam penghasilan lukisan serta karya seni visual yang lain ;


Namun di dalam kandungan sukatan pelajaran 970, kewibawaan emosi tidak dihuraikan terperinci dan dicabar. Emosi dihimpun di bahagian Apresiasi Seni Visual (m/s 3 Seni Visual Sukatan Pelajaran dan contoh soalan). Di dalam 216 waktu, hanya 28 waktu untuk bahagian ini dan emosi berkongsi masa 3.5 waktu dengan kreativiti, sensitiviti dan ekspresi.

Emosi diharap dapat dipertimbangkan di bawah topik Terapi Seni , sesuai dengan kajian psikologi dan pendekatannya merentasi disiplin Pendidikan seni visual yang lain. Seperhubungan ini emosi dapat dijadikan kajian menyeluruh di samping menampung kekurangan modul-modul disiplin lain dalam membentuk peribadi dan sahsiah generasi akan datang.



Menurut Prof. Madya Hj. Iberahim bin Hassan di dalam kuliahnya ( 2003 ) “ Cetusan emosi boleh menimbulkan kreativiti yang tinggi dan komponen ini sangat kuat dalam pewujudan penghasilan sesebuah karya”.

Sebaik-baiknya setiap cetusan yang berlaku dan akan berlaku akan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat, menjadi sumbangan, berintelek dan memperkayakan lagi khazanah peradaban negara kita.


Emosi Dalam Pendidikan Seni Visual.

Projek Zero yang diasaskan oleh Howard Gardner berharap dapat menyelesaikan masalah dengan cadangan antaranya ialah ; Menyiasat tingkah laku pemikiran, sikap, nilai, tabiat keghairahan minda yang memainkan peranan dalam berfikir seperti kecenderungan dan kepekaan pelajar dalam memilih sebab yang sesuai untuk berfikir secara kritis ; Mereka dan menolong mencerminkan masyarakat sekeliling seseorang dan menimbulkan, mengeluarkan, menggerakkan dan menggalakkan perbuatan individu di dalam kumpulan dan masyarakat.

Di dalam bukunya Creative and Mental Growth, Victor Lowenfeld menggariskan tahap perkembangan seni kanak-kanak ; Pada peringkat kedua ( Preschematic) empat hingga enam tahun, kanak-kanak menggunakan warna tetapi lebih kepada emosi dari logikal ; Pada tahap ke lima pula (The Pseudorealistic Stage) Kanak-kanak yang mempunyai daya tampak yang tinggi mempunyai konsep visual yang sedar akan perubahan warna yang berlaku pada keadaan yang berlainan, manakala yang kurang daya tampak melihat warna sebagai alat mencerminkan reaksi emosi pada subjek yang dihasilkan.

Prof. Madya Hj. Iberahim Hassan ( 2000 ) berpendapat, walaupun manusia sering berbeza pendapat tentang kepercayaan dan idealogi, tetapi mereka tetap mempunyai cita rasa yang sama terhadap kedamaian, ketenangan, kecintaan dan keindahan seperti ketika berada di tasik yang tenang di waktu senja yang sepi..

Judith Peck (2003) ‘ Kajian mengenai produksi seni sebagai suatu bantuan dalam memahami pengalaman manusia. Pembelajaran ini menaksir penyelidikan tentang keupayaan perluahan seni visual dalam personaliti dan tabiat, dan nilai seni visual di dalam menambahkan kualiti kehidupan ‘.

Seni mempunyai kuasa tersendiri dalam menarik minat seseorang, lantaran itu seorang pendidik dapat menjadikan ia satu instrumen menerapkan nilai terapeutik bagi menarik minat pelajar, menjadikan pelajar lebih rapat dan rasa selamat, kreatif berfikir, inovatif, aktif, berkeyakinan, emosi yang stabil, penuh kasih sayang dan sahsiah yang mantap. Kesimpulan dari cadangan ini akan mencapai era yang ditunggu-tunggu dan meneroka dimensi baru seiring dengan perlaksanaan kurikulum Bestari Pendidikan Seni Visual.


Latarbelakang Terapi Seni.

Walaupun kita masih baru di dalam terapi seni sebagai instrumen pemantapan emosi dan sahsiah, tetapi, negara negara barat seperti Kanada, Amerika Syarikat, Great Britain dan lain lain lagi telah mengiktiraf dan kini menjadi suatu bidang yang dipelajari di sekolah, kolej dan universiti universiti. Permintaannya tinggi dan diiktiraf menjadi karier kategori profesional.

Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris dan psikoanalis di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi telah menggunakan lukisan dan catan sebagai proses terapi. Ini menjadikan lukisan dan catan suatu sumbangan yang amat
berharga kepada proses terapi. Di antara 1940an dan 60an, Ramai pelukis dan guru lukisan berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan klinik yang kemudiannya dilantik
sebagai penasihat psikaitris atau penguasa perubatan. Mereka ini mempunyai kepakaran nilai terapeutik terhadap seni dalam perubatan, sehingga itu, kepakaran mereka diiktiraf dan diserapkan ke jawatan tetap. Sehinggalah June 1980 di hospital hospital dan pada 1990, National Joint Service for Social services hanya mengiktiraf Siswazah menjawat
perkhidmatan Terapi seni. Maka semakin berkembanglah karier mulia ini sehingga hari ini.

Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya ‘Teori Perkembangan Kanak-kanak’ menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang


tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa. Victor Lowen Seld
mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar pelajar.

Michael Samuel M. D. Dalam bukunya ‘Art as a Healing Force’ pula, sentiasa menekankan kepentingan seni menolong sesama manusia untuk menambahkan atau menyembuhkan keintelektualan dan emosi yang stabil. Menurut beliau, Seni visual merupakan kuasa luar biasa yang menakjubkan dan bisa menyembuhkan dan menjadi pemangkin sahsiah manusia.

Matlamat Terapi Seni

Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk “seni luar”. ( Judith Peck )

Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating their ability to implement change.



Objektif Terapi Seni

Melalui pengajaran dan pembelajaran, persembahan media yang terpilih, bacaan dan kajian individu, pelajar dapat mengenali dan membiasakan diri dengan isi kandungan, gaya dan simbol imej yang kerap kali dilihat dalam karya. Dengan ini, pelajar dapat membuka jalan di alam bawah sedar dan pintu kepada perubahan positif terhadap orang yang memerlukan pertolongan.

Menurut Eve C. Jarboe, Terapi Seni di sekolah secara amnya adalah untuk pelajar khas yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku, gangguan emosi atau kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus.

Fungsi Terapi Seni Di dalam Pemantapan Emosi Pelajar


Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Terapi batiniah ini merawat mental melalui kaedah kognitif, psikomotor dan afektif. Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi
dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian.Terapi Seni ini telah menjadi kajian sekian lamanya di negara negara barat. Di Malaysia pula, terapi seni masih belum ada kajian yang mendalam mengisi ruang kosong bagi membantu menyelesaikan pemasalahan pelajar dalam usaha menginterpretasi diri, memperkembangkan pengetahuan, mempertingkatkan kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea.

Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi keperluan yang tidak dapat dielakkan lagi. Pelajar datang dari latar belakang yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai kompleksiti tersebut daripada menjadi bertambah serius. Ini adalah untuk memastikan kepesatan pembangunan negara
kita, bukan saja ditajai oleh insan yang berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya cipta dan berbudaya tetapi yang mempunyai kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap di samping kestabilan emosi.

Pendidikan Seni Visual merupakan saluran perantara yang sesuai untuk melaksanakan nilai terapuetik sebagai pemangkin terhadap pemantapan sahsiah pelajar.
Ibarat Kain putih, kitalah yang dapat mengawal warna warni pada generasi akan datang. Para pendidik pula sentiasa berusaha untuk melahirkan insan insan kamil yang berketerampilan sebagai menyahut tuntutan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selama ini pelajar hanya menjalani pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik lebih mementingkan hasil kedua-duanya teori dan praktikal. Terapi seni yang sistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar yang mempunyai masalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja seorang pelajar akan dinilai secara tersurat dan tersirat.

Seseorang insan belum tentu mampu melahirkan permasalahannya secara lisan, tetapi ia mudah untuk melakarkannya pada sekeping kertas kerana fitrah manusia sememangnya pandai menyimpan rahsia, lebih lebih lagi yang mengganggu dan menakutkannya.

Kaum kulit hitam di Amerika Syarikat contohnya mempunyai kecenderongan melukis dan menulis di dinding dinding yang dipanggil ‘grafitti’. Ini adalah kerana emosi insan yang tertindas ini tidak stabil. Hanya dengan cara ini sahaja
mereka dapat meluahkan perasaan sambil menyampaikan mesej. Yang pada mereka, dapat menenangkan pemberontakan dalam diri.

Secara positifnya, terapi seni akan dapat membentuk insan insan seperti di atas mengawal karya dan diri sendiri secara sedar dan bertanggung jawab. Atas kepentingan inilah terapi seni perlu menjadi satu cabang disiplin dalam kurikulum Pendidikan seni Visual.

‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’ dan ini akan menjadikan peranan para pendidik lebih berkesan dan efisyen dalam menyalurkan kurikulum bersepadu bagi melahirkan masyarakat madani di samping memartabatkan mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual itu sendiri. Perubahan ini dijangka akan memberi kesan yang besar terhadap sistem pendidikan di negara kita apabila bermula di sekolah-sekolah.


Pendekatan Terapi seni Dalam Pendidikan Seni Visual



Rajah A : Hubungan pelajar dengan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan Nilai Terapeutik.

Rajah ini dapat dijelaskan dengan beberapa aspek yang melibatkan hubungan pelajar dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan melibatkan perkara-perkara berikut;

i. Pelajar dan Nilai Terapeutik
ii. Guru dan Pelajar
iii. Perubahan sikap pelajar kesan Nilai Terapeutik
iv. Pengurusan Kurikulum
v. Model Terapi Seni dalam perancangan
vi. Aplikasi Terapi seni dalam perancangan dan pengawalan

Dalam konteks membangunkan model Kurkulum Bestari Pendidikan Seni Visual, beberapa keperluan asas perlu diperolehi. Antaranya ialah maklumat berhubung rancangan pelajaran dan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, soalselidik berhubung maklumat murid, persepsi guru dan penggubal kurikulum dalam Pendidikan Seni Visual serta pemerhatian terhadap aktiviti seni yang dijalankan di dalam bilik darjah.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi nanti, satu model yang menggabungjalinkan Pendidikan Seni Visual akan dibentuk, seterusnya diaplikasi dalam bentuk perancangan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Satu indikator untuk melihat perubahan sikap dalam penerimaan dan pemahaman kepentingan Terapi Seni dibentuk.

Cadangan ini dijangkakan akan dapat meningkatkan pengalaman estetika guru-guru melalui, kesedaran terhadap perlunya pengetahuan Terapi Seni dalam membentuk kemantapan sahsiah pelajar. Ini akan dapat meningkatkan kualiti kehidupan murid-murid tersebut dan meningkatkan kepercayan kendiri di samping sebagai panduan bagi pembentukan kurikulum yang lestari. Keseluruhan cadangan pendekatan ini ditunjukkan dalam Rajah B.


(sori, memerlukan bantuan untuk upload gambarrajah)
Rajah B : Cadangan Pendekatan

Ia dijangka akan memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan Pendidikan Seni Visual di negara kita dari segi kestabilan sahsiah. Di samping itu, cadangan ini akan terus memelihara dan mengekalkan kualiti kurikulum Pendidikan Seni Visual yang sedia ada. Atas alasan ini, mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dipilih secara khususnya kerana kekuatan seni itu sendiri sebagai alat komunikasi akan dapat memberikan suatu pengalaman estetika yang sangat berguna kepada murid-muirid dalam mewarnakan masa depan negara yang bersatupadu, harmonis dan progresif. Cadangan ini juga diharapkan dapat merintis jalan bagi pembentukan kurikulum Pendidikan Seni Visual yang mapan dan dapat diterapkan di kalangan murid-murid sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.


Rajah di atas diharap dapat menyarankan pernyataan masaalah yang utama berkaitan dengan :

i. Kaedah yang bagaimanakah yang akan digunakan untuk mengenalpasti kesedaran nilai terapeutik dikalangan murid, guru dengan penggubal kurikulum.

ii. Terapi Seni yang bagaimanakah sessuai untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual terhadap murid-murid?.

iii. Sejauh manakah amalan guru-guru Pendidikan Seni Visual dalam menerapkan kesedaran nilai terapeutik murid-murid sekolah rendah.

iv. Tahap kemampuan guru-guru untuk memberikan pengalaman estetika yang bermakna dalam melaksanakan Terapi Seni.

Dalam setiap pernyataan masalah tadi, penggubal kurikulum dapat melihat sejauhmana keberkesanan pelaksanaan nilai terpeutik dan bagaimanakah ia dapat dilakukan.

Bentuk perancangan pengawalan unsur-unsur yang boleh dan patut diterapkan oleh guru juga perlu ditinjau sama ada mereka mempunyai satu mekanisme yang mapan. Dari situ, penggubal kurikulum akan mengutarakan kaedah melalui pendekatan Nilai Terapeutik sebagai langkah untuk membantu memantau


perjalanan aktiviti yang dirancang agar selari dengan objektif Pendidikan seni Visual ini.

Pembangunan kurikulum Pendidikan Seni Visual tanpa perancangan yang baik akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap sistem pendidikan negara kita. Pelbagai masalah akan timbul berkaitan dengan kemantapan sahsiah rakyatnya. Semuanya memerlukan perancangan yang rapi bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang mampan.

Penekanan nilai terapeutik ialah membentuk satu kaedah yang melibatkan setiap komponen yang berkaitan dengan akivititi-aktiviti yang dijalankan oleh guru sama ada di dalam ataupun luar bilik darjah. Ini digambarkan dalam rajah ( guru-murid kurikulum/guru-aktiviti-perkembangan murid-impak-sistem pendidikan-pengawalan-murid ) yang jelas terarah.

Cadangan ini diharap dapat menambah pengetahuan guru-guru Pendidikan Seni Visual di sekolah mengenai terapi seni serta di kalangan murid murid melalui aktiviti seni yang dijalankan. Memandangkan Terapi Seni merupakan satu instrumen mengkaji dan
mempunyai relatif untuk menyelesaikan permasalahan murid, adalah bertepatan Terapi Seni ini menjadi salah satu cabang disiplin dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual.


Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan jelas menekankan J.E.R.I. atau Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek sebagai suatu keutamaan. Dengan itu terapi seni merupakan satu keperluan dalam kurikulum Seni Pendidikan Visual yang dapat membantu demi mencapaikan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini.

Disiplin baru ini menekankan kepentingan seni sebagai satu maksud membantu pelajar untuk menambah atau menyembuhkan kecerdasan intelektual, emosi yang jelas
dan stabil serta pemantapan sahsiah. Terapi seni dapat memainkan peranan dalam membantu pelajar yang mempunyai masalah emosi dan sahsiah. Pelajar yang bermasalah dari segi psikologi ini juga dapat dikesan sebelum terlambat .


Keberkesanan Terapi Seni sebagai Pemangkin Emosi dan Sahsiah Pelajar

Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal keadaan sekeliling.Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru
yang menuju kepada kebaikan ( Dyer – Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978).
( Eve C .Jarboe, 2002 )

“Art products produced by a student during treatment can be used in much the same manner as transitional objects. The child learns to trust another person who is not the primary caregiver , can use the art process as a means of self-soothing , and can form an attachment in the context of the therapeutic relationship”. ( Robins, 1987 ).
( Eve C .Jarboe, 2002 )


Pembentukan sahsiah merupakan ciri penting individu dalam memperkuatkan dan memperteguhkan keupayaan diri bagi melahirkan insan yang berkeupayaan, cerdas, bijaksana, mahir , berteknologi dan berpendidikan. Bertujuan untuk melahirkan kesedaran pada pelajar bahawa seni sebagai satu landasan meluahkan emosi atau kenyataan kendiri. Manakala guru pula dapat menilai, merawat dan mengkaji masalah pelajar dan menjadikan nilai terapeutik pemangkin emosi dan sahsiah pelajar.


Kesimpulan

Sekolah kini bukan sahaja akan menghasilkan pelajar-pelajar yang berilmu, intelek dan pelajar kreatif yang berjaya. Malahan berkeupayaan menjadi tempat yang paling selamat.
Pelajar-pelajar yang lemah dan bermasalah sering kali menjadi rendah diri atau pengacau. Mereka tidak diterima oleh rakan sebaya atau mungkin oleh keluarga sendiri.

Di Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, keperluan terapi seni semakin tinggi. Pelajar pelajar boleh mendapat rawatan klinik walau hanya berada di dalam kelas. Penambahan Terapi Seni di dalam sistem sekolah lebih menguntungkan dari mengeluarkan belanja dari menyediakan pusat-pusat pemulihan khas.

Selama ini pengajaran dan pembelajaran hanya memberatkan proses, produk output tanpa melihat kepentingan Terapi seni. Hakikatnya untuk mendidik dan memperkembangkan diri pelajar, Terapi Seni dapat mencari ruang merawat sebarang permasalahan khususnya dalam emosi. Terapi Seni akan menjadi satu cabang disiplin yang bernilai kepada negara dalam melahirkan insan insan yang bersahsiah tinggi.


Bibliografi

• Ainon dan Abd Hassan, “ Mendorong Diri Sendiri “, PTS Pub & Distributors, 2002.

• Deborah D.West, “ Edicational Horizon ”, Summer, 2000 .

• Eve C. Jarboe, “ Art Therapy: A Proposal For Inclusion in School Settings” New Horizons for Learning, 2002.

• Hj. Abd. Fatah Hasan, “ Pengenalan Falsafah Pendidikan “, PTS Pub & Distributors, 2001

• Howard Gardner, “Interview with Howard Gardner”, NEA Today Online, March 1999.

• Judith Peck, “ Art As Therapy “, Http://orion.ramapo.edu


• Prof. Madya Hj Iberahim Hassan, “ Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan “,
“ Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik”, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan Kesenian, UPSI, 2000.

• Robert J.Sternberg, “Human abilities Annual Review of Psychology”. Annual, 1998.

• “ Seni Visual Sukatan Pelajaran dan Soalan Contoh ” Majlis Peperiksaan Malaysia, 2002.

• Temu bual bersama En. Mohd. Nasir Hj Ibrahim. Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kesenian, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

• Thomas Armstrong, “ Sparkling Creativity in Your Child “ Meredith Corp, 1993.

• Thomas Armstrong, “ Little geniuses “ Meredith Corp, 1993.


• Viktor Lowenfeld , “ Creative and Mental Growth “, Macmillan Co New York ,1947.



Lampiran

Pada hari ini , generasi muda merupakan kumpulan yang akan meneruskan cita cita dan wawasan yang diasaskan ataupun dicetuskan oleh para pemimpin masa lalu , serta yang terkini. Manifestasi cita cita , dan wawasan ini ialah untuk memastikan agenda pembangunan serta kestabilan negara akan mempunyai kelangsungan dangan menjanjikan kemewahan terhadap negara dalam pelbagai aspek . Generasi muda juga adalah aset negara yang memerlukan kekuatan rohani, dan jasmani untuk menjadi ahli masyarakat yang bermaruah , berbudi bahasa serta mempunyai ketrampilan tersendiri.

Kedua dua aspek iaitu pembangunan negara dan kekuatan rohani yang bersepadu haruslah seiring rentak dangan tarinya dalam usaha mencapai cita cita sebuah negara maju seperti yang digarapkan melalui wawasan 2020.Adalah menjadi satu tragedi apabila masyarakat mencapai kemewahan namun hilang sopan santun , dan nilai nilai kemanusiaan yang murni. Di sinilah akan lahir masyarakat yang pincang , dan menyumbang ke arah kemunduran sesebuah negara.

“ kita perlu menjadi negara yang maju menurut acuan kita sendiri . Malaysia tidaklah harus menjadi negara maju dari segi ekonominya semata mata . Negara kita mestilah menjadi negara maju dari segala seginya. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara , dan kesepaduan sosial. Dari segi ekonomi , keadilan sosial , kestabilan politik , sistem pemerintahan , kualiti kehidupan , nilai nilai sosial dan kerohanian , selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri.”

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, “ Malaysia Melangkah Ke Hadapan “
KL:DBP & ISIS. 1991. Hal. 2

Permasalahan Dalam Pengajaran Pendidikan Seni: Satu Kajian Analisis Permasalahan; Dan Cadangan Kepada Perlaksanaan Penyelesaian Masalah.

1. Pengenalan


Bunyi loceng, menandakan waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual baru sahaja tamat. Tajuk hari itu ialah kajian menghasilkan corak dari pelbagai garisan dan warna menggunakan grid tidak formal. Objektif pengajaran berteraskan sukatan pelajaran, manakala aktiviti pembelajarannya sistematik serta melibatkan pelajar dalam perancangan pelajaran.


2. Pengajaran dan Pembelajaran

Di akhir pengajaran, lapan pelajar menyiapkan tugasan garisan dan mewarna dengan berjaya. Enam pelajar pula, sudah hampir 80 peratus siap dengan menggunakan kombinasi warna yang halus dan pemilihan garisan yang sesuai. Sepuluh lagi pelajar berusaha menyiapkan tugasan hari itu dengan memilih garisan dan warna asas, menggolongkan mereka di Peringkat Skematik oleh Victor Lowenfeld (1947) di dalam teorinya skema perkembangan tampak kanak-kanak atau peringkat perkembangam artistik. Sebelas pelajar merasakan tugasan itu perlu diselesaikan dan ‘asal siap’. Manakala pelajar yang selebihnya dari empat puluh orang ini, terkial-kial dan mencari-cari ‘ilham mewarna’ atau ‘jalan mudah’ menyelesaikan tugasan mewarna hari itu.


Catatan: 87.5% pelajar dapat menyiapkan tugasan.
12.5% lagi diharap dapat menyiapkankan tugasan
dan menghantarnya esok.


Kaedah begini suatu klise dan memerlukan satu suntikan demi mengatasi kekangan yang dihadapi baik kepada guru atau pelajar, sepanjang berlakunya proses P&P.


3. Permasalahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Pendidik Seni Visual kelas Tingkatan Satu ini, tersuratnya telah berjaya dalam P&P hari itu. Tetapi, sebenarnya hanya lapan pelajar sahaja yang mendapat ilmu dengan berkesan. Selebihnya merupakan pelajar pelajar yang tidak efektif, lambat menerima maklumat dan perlukan lagi ransangan. Sebagai penyalur maklumat, tugas pendidik bukan setakat mengajar, tetapi sebagai agen sosial intelektual yang inovatif.


Apabila kita mengajar teori warna ia merupakan suatu penggabung jalinan pendidikan dengan kehidupan seharian pelajar sepanjang hayat. Pendidikan seni memperkembangkan kreativiti, tanggapan, penterjemahan dan kecerdasan analitik insan. Mengajar pendidikan seni adalah lebih daripada mengajar pelajar melukis dan mewarna pemandangan yang indah atau melahirkan kemerduan dari bunyian. (Deborah D. West,2000, pg.176-178).


Pelajar seharusnya bergembira melalui proses kemahiran dan dapat menceritakan pula yang tersirat dan tersurat di dalam karyanya seperti menurut Panofsky dalam History of Tradition; Terdapat tiga tahap kupasan boleh mencari makna dalam sesuatu karya.

1. Pertama ‘Primary atau natural subject matter’ yang mengajak kita mengenal rupa dan bentuk di atas permukaan karya serta mampu menamakannya.

2. Kedua ‘Secondary’ atau conventional subject matter’ yang membuat kita berusaha mengenal apakah sesuatu perbuatan dan maksudnya, perbuatan atau ekspresi menerusi objek dan acara yang mendukung tema, konsep dan cerita..

3. Ketiga ‘Intrinsic meaning’ yang lebih dekat makna-makna dalaman, misalnya aspek simbolik keagamaan dan kebudayaan.
(Mohd. Zaihidee Hj Arshad, 2000)



Seharusnya, walaupun pelajar hanya menghasilkan corak, tdak salah menguatkan lagi aspek formal dan ikonografi di dalam karya tersebut. Pelajar akan lebih matang, kreatif, tekun, mempunyai tanggapan kendiri, dapat menterjemahkan karya dengan bahasa naluri tersendiri sekaligus menggalakkan proses kecerdasan yang berterusan.



Kesan pendidikan berlaku sebaik sahaja permulaan proses pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran era terkini perlukan pembaharuan; iaitu satu langkah inovasi lahir dari fikiran yang kreatif . “To explain innovation, we need a new theory of organizational knowledge creation... the cornerstone of our epistemology is the distinction between tacit and explicit knowledge... the key to knowledge creation lies in the mobilization and conversion of tacit knowledge.” Ikujiro Nonaka and Hirotaka Takeuchi(1995)



Inovasi menjadi pemangkin kepada cabaran baru di dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran pendidikan seni. Mengikut Edment Felment “seni berkaitan dengan sosio politik. Bunyi dan visual digunakan masyarakat dunia(universal).Ia merupakan paduan isi dan bentuk”. Mc Luhen and Fiore “Seni tentukan kefahaman kemanusiaan sejagat. Ia dihasilkan dari nurani dan naluri sehalusnya.



“Seni Nilai Asas perasaan manusia”manakala manusia ialah objek seni. Mengikut persepsi warna warna asas ada tiga tetapi menjadi beribu warna bila dicampur. Aluyah Al Sagof.


Bygots menyatakan setiap warna mengandungi pengaruh berbeza antara manusia. Contohnya Biru memberi kesan tenang. Kuning memberi kesan gembira. Merah membawa kesan Tidak tenang.Warna boleh berperanan sebagai imej simbol dalam
menyokong dan menguatkan isi sesuatu isi. Garisan pula boleh berperanan seperti yang dijumpai Reed pada 1984- Sistem tampak manusia menyebabkan objek yang dilihat dekat terbayang besar dari objek yang dilihat lebih jauh. Kualiti garisan memberi kesan ilusi dalam seni tampak dan memberi impak yang hebat. Kepelbagaian jenis garisan juga hasil dari karakter garisan itu sendiri. Garisan dan warna boleh dijadikan ikon komunikasi yang cekap dan bermesej.


Inovasi menjadi keperluan atas desakan 3 aspek ini;

1. Keperluan disebabkan pengajaran
2. Persekitaran dalam pembelajaran
3. Pelajar.

Aspek aspek ini menolong para pendidik membuat penilaian bagaimana harus memilih inovasi yang berasaskan tajuk, persekitaran pelajar dan latarbelakang pelajar itu sendiri. Pelajar merupakan klien utama dan setiap proses P & P seharusnya berpandukan informasi kecerdasan pelajar.


“Saya tidak menyokong ujian yang direka untuk mengukur kecerdasan manusia, kerana secara berterus terang saya tidak kisah kecerdasan apa atau taraf kecerdasan manusia. Saya mengambil berat tentang mereka boleh menyumbangkan perkara yang bernilai dalam budaya kita... (Howard Gardner, pg 2)


Teori kecerdasan pelbagai diperkenalkan Howard Gardner ( 1983 ) mempunyai lapan kecerdasan yang perlu diperkembangakan di kalangan pelajar.

1. Bahasa
2. Logik-Matematik
3. Ruang (spatial)
4. Muzik
5. Kinestatik
6. Interpersonal
7. Intrapersonal
8. Naturalis



4. Cadangan Perlaksanaan Penyelesaian.


Sebelum memulakan proses inovasi dalam pengajajaran pendidik harus
menerokai idea P&P berdasarkan tajuk yang sesuai bagi pembelajaran pelajar. Mengikut James Webb Young, “Idea adalah lebih kurang satu kombinasi elemen baru dan lama. Oleh itu kaedah yang lama masih boleh dipraktikkan sesuai dengan pengenalan kombinasi kaedah P&P yang baru.


Kombinasi baru dan lama ini menjadikan satu pertemuan yang lebih meyakinkan sepertimana pendapat Robert Frost: “Apakah idea? Jikalau anda mengingati, hanya satu ingin saya sampaikan. Ingatlah! idea ialah satu pencapaian hebat sebuah persatuan.”
Proses P&P akan menjadi lebih bertenaga dan mencabar apabila idea baru ini diperkenalkan.


Untuk menghasilkan satu inovasi baru, perlukah dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan? Menurut Edward de Bono (Article: Serious Creativity, Pg 1) “Brainstorming diasaskan oleh Alex Osborne... kumpulan ini sentiasa mencari jalan keluar, idea yang aneh dan sering kali tertinggal idea yang mudah dan praktikal di depan mata... saya juga ingin memberi pandangan bahawa kreativiti tidak semestinya berlaku dalam aktiviti berkumpulan. Teknik kreativiti boleh dikuasai oleh individu dengan bertindak bersendirian.”


5. Aspek Berfikir dan Penyelesaian Masalah.
Metakognitif ( Monitoring Own Thinking)




Bagaimanapun menjadi suatu yang relevan mengambil kira kecekapan inovasi yang ingin kita capai berpandukan teknik teknik penyelesaian masalah.

Menurut Brown(1978) kemahiran metakognitif merupakan kemahiran eksekutif digunakan untuk mengawal proses pengetahuan sesaorang. Brown mengenalpasti lima proses metakognitif:

1. Merancang pergerakan melaksanakan strategi
2. Mengawasi keberkesanan setiap langkah langkah dalam suatu strategi
3. Menguji strategi semasa melaksanakannya
4. Menyemak semula strategi mengikut keperluan
5. Menilai semula strategi bagi memutuskan keberkesanannya.


Manakala Bransford dan Stein (1984) mengenalpasti lima komponen mewakili akronim IDEAL

1. Identify
2. Define
3. Explore
4. Act
5. Look and Learn



Geoffrey Petty menyenaraikan enam fasa proses memaksimakan kreativiti:

1. Inspiration
2. Clarification
3. Distillation
4. Perspiration
5. Evaluation
6. Incubation


Teknik teknik ini diharap dapat membantu proses perkembangan inovasi berasaskan kreativiti, menghasilkan refleksi, pengayaan dan kesesuaian dalam proses P & P. Pendidik berusaha meneroka kreativiti yang membawanya melihat sesuatu itu dari pelbagai sudut yang berbeza, mencabar yang lazim, mencari penyelesaian yang baik sehingga dapat membuat percubaan yang menyakinkan.


6. Kriteria Untuk Mencapai Matlamat Inovasi.

1. Matlamat yang jelas.
Mencapai matlamat dan objektif .

2. Mengenalpasti Jurang halangan.
Mampu mengatasi kekangan dan halangan.

3. Keutamaan.
Menyedari keutamaan mengikut kepentingannya. Hasilnya mestilah bernilai dan bersifat mulia untuk pelajar dan masyarakat.

4. Keperluan.
Hasilnya mestilah melibatkan proses intelektual, kemahiran interpersonal
Atau kemahiran intrapersonal.



7. Cadangan inovasi.


Kelip Kelip di Inderaloka.


Masa : 80 minit
(Dua kali pengajaran dan pembelajaran)

Sasaran : Tingkatan Satu

Matapelajaran : Pendidikan seni visual

Topik : Warna
Subtopik : Corak grid tidak formal

Kecerdasan
Diharapkan : Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan Kinestatik
Kecerdasan Visual/Spatial

Dimensi
Pembelajaran : Sikap dan pengertian tentang pembelajaran
Memperolehi cantuman ilmu pengetahuan
Menambah ilmu pengetahuan dengan mendalam
Makna ilmu pengetahuan dalam hidup

Aktiviti : Minggu Pertama
Pelajar diperkenalkan dengan konsep “Pop art”
dan seni abstrak. Guru memberi contoh karya karya
pelukis menekankan falsafah dan tema konsep itu.

Pelajar diminta membawa lampu suluh dan plastik warna yang pelbagai.Di dalam bilik gelap, dua jenis irama muzik perlahan dan moderate diperdengakkan satu persatu. Pelajar mereka tarian dalam kumpulan masing masing. Semasa menari lampu suluh dinyalakan dan mengikut rentak tarian seluruh kelas menjadi warna warni. Kumpulan lain mengumpul data warna dan gerakan lampu.
Lampu suluh dinyalakan dan dimatikan mengikut nada muzik.



Pelajar diminta mengulas media, warna, gerakan tarian,
muzik, tema, ekspresi, budaya, ketulusan, naluri, kebijaksanaan, kecerdasan dan ilmu yang didapati hari itu.
Guru bertindak sebagai fasilitator dengan membebaskan pelajar meluahkan perasaan.


Minggu Kedua.
Guru menyiarkan semula tayangan rakaman minggu lepas dan memetik pandangan pelajar hari itu.
Guru menerangkan aspek warna dan grid tidak formal.


Pelajar diminta membuat analogi hasil dari minggu lepas untuk mereka corak yang sesuai mengikut tema. Sessi ‘brain storming’ diadakan.


Di dalam kumpulan pelajar dalam proses ‘incubation’ menggunakan kaedah ‘mind mapping’ berbincang tentang tema, motif dan prinsip rekaan. Muzik minggu lepas dimainkan semula sebagai inspirasi dan motivasi.


Pada proses ‘illumination’, guru membantu dan menggalakkan pelajar dan sentiasa mengimbas hasil pengetahuan minggu lepas.


Proses ‘verification’ meminta pelajar membuat keputan sendiri. Dari gerak kerja kumpulan ini, dibahagikan kepada individu untuk memperkembangkannya sebagai hasil kerja akhir dan menghasilkan karya.




8. Kesimpulan.


Robert Mac Pherson Pelukis berdasarkan installation, terpengaruh dengan buku Rene Bloks Biennale “Art is Easy” dan pencipta lagu Giuseppe Chiari’s L’arte dere diventare facile dengan statemen “All music is the same’. “Pejamkan mata dan berfikir. Biar fikiran berturutan pada yang lain, pejamkan mata dan dengarlah suara, perbualan yang menunjukkan memori tampak”.

Dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan corak garisan dan warna, pendidik tidak seharusnya terikat dengan cara konvensional. Seandainya Edward de Bono mempunyai ikon topi yang berwarna warni, guru pendidikan seni visual sepatutnya lebih berani memperkenalkan inovasi pengajaran dengan elemen baru.

Kandisky Wassily percaya bahawa catan boleh membina tenaga yang sama seperti muzik lalu ia melukis catan “Improrisation No 13” di mana bentuknya dapat dilihat dan seperti mimpi dan warnanya bergetar mempunyai efek kepada penghayat sama seperti muzik kepada pendengar. Beliau mengenalkan skima pengasingan warna yang mudah dan memberikan warna proses kualiti kerohanian.

Daripada dua orang cendiakawan yang berbeza bidang ini berjaya menyampaikan matlamat mereka. Walaupun matlamat mereka berbeza, tetapi sasaran dan instrumen mereka sama. Sasaran mereka manusia yang pelbagai kecerdasannya dan instrumen mereka ialah warna.


Sebagai seorang pendidik seni visual kita mempunyai kelebihan. Pengajaran mencorak dari pelbagai jenis garisan dan warna boleh berdasarkan audio. Pemilihan warna mengikut not-not lagu dan pemilihan garisan mengikut haluan persembahan lagu. P & P ini bukan sahaja mendidik tetapi mengaktifkan tindak balas hemisfera kanan dan kiri pelajar.


Inovasi mengajar kita berfikir secara kreatif, menjana idea, mencipta analogi memperkembangkan kecerdasan, kemahiran dan minat. Diharap dengan cadangan ini dapat memberi laluan dan penerokaan sebuah pengajaran yang bukan hanya terletak di bahu pemahaman. Satu harapan saya ialah guru dan pelajar dapat bersama belajar menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah yang sedar atau tidak dijangka daripada cuma menghafal fakta.

Ulasan

Pengenalan

Persoalan utama penulis, merujuk kepada kerisauan perkembangan tanggapan masyarakat terhadap pendidikan seni iaitu ;

1. Adakah pendidikan seni penting untuk kanak-kanak?

Agak mendukacitakan penulis meneliti senario yang tidak kunjung padam, walaupun berada di negara maju pada era mellinium, tanggapan negatif ini masih lagi jadi igauan.
1. Pendidikan seni dapat menjanakan lagi disiplin pendidikan yang lain. Bermaksud Pendidikan seni merentasi kurikulum.
2. Guru seni mesti mempunyai kemahiran penyelesaian masalah. Kemahiran ini menjadi kemestian sebagai model yang berjaya.
3. Penilaian dalam Pendidikan seni penting bagi mengukur pencapaian pelajar.

Kepentingan dan kelebihan disiplin Pendidikan Seni mengatasi aspek aspek formaliti disiplin pendidikan lain yang terdapat dalam kurikulum. Rangkuman ini adalah kesepaduan yang juga tidak terdapat di dalam disiplin pendidikan yang lain. Kesepaduan ini memberi tenaga kepada para pelajar menggabungjalinkanya di dalam kehidupan seharian;




1. Proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni menggunakan pelbagai peralatan dan bahan yang berbeza yang tidak sama dengan disiplin lain.
2. Pendididkan Seni mengajar asas, prinsip, apresiasi, sejarah dan produksi suatu karya.
3. Tiga dalam satu iaitu; mengajar pendidikan seni, cara-cara berfikir dan inovasi.
4. Menggalakkan dan meningkatkan dengan optimum sekurang kurangnya tiga ciri
kepelbagaian kecerdasan kepada pelajar melalui pendidikan seni dalam pengajaran dan pembelajaran.

Matlamat dan objektif Pendidikan Seni lebih bersifat universal. Lebih lebih lagi, Penghasilan tema, falsafah, karya atau produk mempunyai rantaian komunikasi global. Melalui visual, satu pernyataan tidak perlukan kenyataan kerana telah wujud interaksi dalaman pada seseorang audien. Penghasilan yang berbeza, pelbagai, kesesuaian dan futuristik adalah tanda terima kasih pelajar yang berjaya mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan tekun kepada gurunya.Apabila seorang guru itu mengajar pendidikan seni, hasilnya bukan untuk menyediakan seorang pelajar itu menjadi pelukis tetapi beliau mengajar asas, prinsip dan elemen seni lukis serta pengetahuan sejarah, penghargaan dan boleh bertindak mengukur diri sendiri dalam menilai dan membuat keputusan. Menghasilkan karya sendiri memerlukan rujukan yang bersifat persekitaran. Ini menghasilkan pelajar yang mampu berjaya dalam kehiduan sehariannya apabila setiap yang dipelajarai berjaya digabung jalinkan dengan kehiduan seharian secara berterusan.
Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan seni menitik beratkan ilmu kajian
kritikal dalam seni tampak. Hasilnya ia berjaya melahirkan pelajar yang sensitif, pemikir dan
menjadi inovator.



Pelajar pendidikan seni mempelajari sejarah dan penghargaan, mengenali tokoh tokoh karyawan dalam usaha mencantumkan kepercayaan dan idea dalam memahami asas kebudayaan manusia.
Melahirkan ramai siswazah yang kreatif dan pelajar berpandangan jauh. Kreativiti mereka tidak terhad dan bersifat kontemporari. Mereka memahami keperluan hari ini dan masa hadapan. Bersedia memikul tanggung jawab sebagai agen sosial.
Mempelajari, mengetahui dan menganalisis bahawa lukisan dan catan adalah produk seni melalui kesatuan berfikir, kreativiti dan inovasi.
Proses kreativiti mengubah masa depan berfikir,belajar dan kemahiran penyelesaian masalah. Ini menjadikan pelajar dapat memilih keperluan, mengetahui kehendak dan menilai kepentingan serta mengatasi permasalahan dalam kehiduan seharian yang berterusan. Kekuatan manusia bukan sahaja terletak kepada fizikal, tetapi kepada optimal mindanya. Inovasi dalam artikel ini menekankan aspek kepentingan kemahiran berfikir pelajar yang dididik untuk berfikir. Mereka akan menjadi lebih berjaya daripada pelajar yang mementingkan IQ yang tinggi.
Guru pendidik seni mempunyai keistimewaan dan kekuatan melahirkan pelajar berpotensi menjadi seorang yang berilmu , sensitif , kreatif dan berjaya pada masa depannya.Wujudnya masyarakat yang berjaya pada masa hadapan bergantung kepada sumbangan mereka dan bukan kepada pengetahuan mereka. Perantara inilah yang terdapat di dalam kurikulum disiplin Pendidikan seni.Penulis begitu yakin dan bergantung harap kepada guru-guru untuk bersedia menambah ilmu demi merealisasikan objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran. Inovasi begini menjadi keperluan dan komponen dalam membina intelektual dan keseluruhan perkembangan kanak-kanak.