Saturday, May 24, 2008

E-mail Kepada dan Dari Prof Madya Ponirin Amin Timbalan Dekan Art & Design UiTM

Rozman Bin Shafie,
Pelajar Med. (Seni)
Fakulti Seni & Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak.



Kepada,

Prof. Madya Ponirin Bin Amin
Fine Art Department
Falculty of Art & Design
Universiti Teknologi MARA.


PM,
Nama saya Rozman Bin Shafie, mahasiswa Med. (Seni) dari Fakulti Seni & Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Saya sedang membuat kajian mengenai Terapi seni. Saya amat berharap sekiranya prof. dapat memberikan pandangan berdasarkan kertas cadangan penyelidikan yang menjadi kajian saya. Di sini saya sertakan sekali kertas cadangan penyelidikan saya. Saya memilih isu ‘ Nilai teraputik sebagai pemangkin emosi pelajar’.Besar hati saya sekiranya Prof dapat menolong saya dalam penulisan ini sebagai pakar rujuk dalam Seni Reka. Terapi Seni bermula tahun 30an di barat dan menjadi suatu keperluan bermula tahun 1946 diwujudkan department terapi seni yang hanya boleh diikuti diperingkat post graduate sahaja. Kecemerlangannya membantu pelajar, orang perseorangan, pesakit, gabungan kumpulan dan masyarakat tidak dapat dinafikan lagi. Saya berharap dapat menyumbangkan sesuatu di dalam kurikulum pendidikan Negara kita. Insya Allah.

Di sini terdapat beberapa soalan yang ingin saya kemukakan untuk memulakan ‘overview literature’ saya. Diharap Prof. dapat memberi pendapat dan cadangan yang membawa kepada penerokaan saya seterusnya di dalam penulisan bidang ini.


1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menekankan JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek), sebagaimana kita maklumi, Jasmani meliputi contohnya dalam bidang kesihatan, pendidikan jasmani dan sains sukan. Rohani (agama, moral, falsafah) dan intelek meliputi semua disiplin . Namun emosi tidak pula mendapat keddudukan yang setanding dengan yang lain. Apa pendapat prof dengan kedudukan emosi di dalam FPK berdasarkan keutamaannya ?

2. NIlai Teraputik pada umumnya merupakan suatu yang abstrak dan subjektif .Apakah mungkin ia dapat menolong dan membawa keberkesanan kepada masyarakat Negara kita ?


3. Apa pandangan Prof. tentang Terapi seni sebagai ‘Healing Process ‘ kepada tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor terhadap pelajar. Adakah ia patut bermula di pra sekolah atau pada peringkat awal remaja ?
.
4. Prospek terapi seni dan cabarannya di Malaysia . Bagaimanakah ia boleh memainkan peranan?



Jawapan dari PM


Assalamualaikum,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kerana telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Terapi Seni ini adalah suatu yang baru dalam pendidikan negara kita. Sekiranya ia berlaku, maka you akan menjadi pioneer dan specialist dalam bidang ini. Berkenaan dengan pertanyaan you, this is my opinion.

Kedudukan emosi dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan memang standing. Tetapi malangnya ia tidak outstanding jika tiada pemeberatan dilakukan, selagi itu JERI menjadi tidak jelas. Manfaat dan pengetahuan dalam kemahiran seni visual dalam kehidupan dan dalam bidang kerjaya, sebenarnya, adalah cetusan emosi. Seperti mengikut Mayer & Salovey (1997), “ Kecerdasan emosi adalah merupakan kebolehan untuk mengerti, melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar, dan menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkan dan menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk memahami emosi dan pengetahuan perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai penggalak perasaan dan pertumbuhan intelek “.

Tetapi kalau kita lihat dengan terperinci apa yang berlaku dalam sistem pendidikan kita di sini, segala penekanan banyak kepada kognitif dan skills atau psikomotor sahaja. Saya melihat emosi ini tidak datang dari satu keutamaan terpenting dalam FKN, kerana pendidikan kita bersifat ‘exam orientated’. Sebab itu, emosi ini kita lihat dari segi affektifnya. Rata rata segalanya ditekankan dari aspek kognitif dan psikomotor, Dalam geografi , sejarah dan secara tak langsung dalam seni pun begitu juga. Fokus yang mengatakan affektif itu diberi keutamaan tidak ada. Sebab itu kalau dilihat dalam ukuran tadi, maksudnya ukuran penilaian tidak disebut secara jelas tentang emosi. Yang dikatakan emosi ialah para pelajar perlu didedahkan kepada aspek persekitaran mereka. Kalau dalam seni, kita mengajar mereka apresiasi, mengajar mereka apa yang berlaku dalam sejarah, dalam tamadun manusia, emosi dapat memantapkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehiduan dan dalam kerjaya.

Kita ambil pendapat Mc Luhen and Fiore ‘Seni tentukan kefahaman kemanusiaan sejagat. Ia dihasilkan dari nurani dan naluri sehalusnya’.
‘Seni Nilai Asas perasaan manusia, manakala manusia ialah objek seni’. Aluyah Al Sagof.

Pendapat ini mengambil kira rangkuman kebolehan mengerti melihat dan merasa dengan tepat tatkala menilai, mengganggar dan menyatakan serta meluahkan bukti. Cuba kita lihat dalam kurikulum kita mana satu kita mengutamakan Emosi? Ada tak dalam kurikulum seni kita? Yang ada hanya kita mengajar sejarah seni, manfaat dan perbandingannya apa? Maka terjadilah vakum kerana kita memberi maklumat kepada pelajar pelajar ini tanpa mengenalinya . Pada saya, realitinya itulah kesedaran dia . Kita boleh mempelajari tamadun mana mana negara atau bangsa tetapi aplikasi yang realistik dalam jangka masa hayat itu ada atau tidak . Contohnya kalau kita ambil dalam konteks pembelajaran menengah tinggi . katakan tajuk kita Batik , kita nak memberi pemberatan emosi selain dari kognitif dan skil. Proses batik dalam kerjaya pelajar, cara melukis, mewarna, dye, keringkan dan apa yang perlu kita ajukan sebenarnya? Kalau kita lihat dalam konteks Emosi, kita akan bercerita tentang sejarah batik selepas itu cara membuatnya kemudian sebelum selesai, meneliti penghayatan macam mana yang kita perlu apresiasikan. Tentulah pada peradabannya, makna-makna yang terkandung dalam batik itu sendiri, perbandingan antara budaya; contohnya batik nusantara dan batik Malaysia. Kalau tidak nanti apa yang berlaku dalam pengajaran batik ialah belajar hanya tentang teknik. Pendidikan kita menyarankan teksonomi Bloom.

Yang jelas ada kognitif dan skills sahaja , tetapi meninggalkan affektifnya. Apabila affektifnya tiada, membuatkan orang tidak dapat mengaplikasinya.

Kalau kita ambil nilai teraputiknya , masalah besarnya ialah; kita sekarang ini melalui satu zaman information jadi minda kita diserapi pelbagai information. Teraputik ini kalau kita berbalik dalam konteks minda kita, ia ada alpha , beta dan lain lain. Bagaimana kita dapat menggunakan seni dalam konteks itu? Sekiranya, kita masih sibuk dengan kognitif dan kemahiran psikomotornya sahaja, bagaimana seni dapat dijadikan terapi. Kerana terapi adalah sebaliknya. Terapi bermakna apabila ada yang boleh membuatkan seni alpha tadi itu harus diturunkan kepada beta dan dalam keadaan beta tadi itu pun, adalah satu kejayaan juga.

Walau apapun kita masih mengalami masalah bagaimana hendak menilai karya. Bukannya impak berkarya dan impak mempelajari sesuatu ilmu seni itu dapat diikuti dengan bukan sahaja hasilnya. Oleh itu kalau kita mahu mengukur emosi yang dikatakan teraputik itu. Adakah kita mengukur dari pelajarnya atau kita hendak mengukur dari segi hasilnya?

Saya melihatnya begini; dalam budaya melayu, nilai teraputik ini wujud tapi kewujudannya ditempelak oleh kognitif dan kemahiran .Nilai teraputik dan emosi ini sememangnya sebahagian dari budaya kita dan tak perlu disebut lagi. Ia tidak menjadi positif kerana dalam pembelajaran kita dan dalam penstrukturan pembelajaran kita unsur emosi ditolak. Maksudnya yang dikatakan nilai teraputik bermakna; katakan pelajar akan menyatakan citarasanya, tapi oleh kerana penghasilannya unik, penilaiannya gagal kerana dia tidak mempunyai arahan atau tidak memenuhi ciri ciri yang kita terdapat dalam sukatan. Maksudnya pendidikan kita banyak mengarahkan kita membangkitkan atau merangsang apa yang mereka tahu, kerana kalau kita lihat apa yang dikatakan kurikulum tadi itu merubah daripada apa yang dia tahu kepada lebih tahu ataupun yang dia sedar kepada lebih sedar. Ukurannya bagaimana? Kedudukan emosi di mana? kerana kebanyakan yang dia tahu ialah ‘listen to me, ‘rather you follow if not get lost’ kerana Penilaian kita tidak ada kerjasama , sensitivity dan apa yang fokus kepada affektif .

Sebenarnya zaman kita adalah zaman yang paling aktif. Tetapi aktif di mana? Cuma aktif di bahagian minda dan psikomotor sahaja. Maknanya penyataan diri tadi itu terlalu kurang. Maksud saya ialah kalau minda cergas, ia boleh melakukan sesuatu dan boleh menjadi lebih berjaya dari orang yang mempunyai perasaan tetapi perasaan itu tidak boleh diaplikasikan contohnya kalau kita beriadah. Beriadah itu penting., tetapi bagaimana kita hendak mengukur keberkesanan beriadah itu? hendak atau tidak kita terpaksa juga melihat dari aspek kognitif dan psikomotor.

Saya rasa keutamaan untuk kita memulainya adalah dari semua sektor kerana apabila kita berkata tentang terapi ini ialah ‘once capability to slow down your rasional anxiety’. Misalnya apa saja yang berlaku dalam pendidikan kita atau dalam kerjaya kita hanya kejayaan yang bersifat objektif .Lebih lebih lagi.sebab di semua sektor ‘it should be way of life’. Misalnya sebagai seorang islam kita hanya melayani nilai teraputik kita cuma ketika kita bersembahyang. Jadi pada saya ia harus dimulakan pada semua sektor. Contohnya kita berbalik kepada peringkat sekolah rendah , kalau kita ambil kegiatan pelajar, ia adalah sesuatu kegiatan yang isolated. Kerana implikasi seni kepada magnetic tidak ada , implikasi seni kepada bangsa tidak ada dan implikasi seni kepada sains tidak ada. Kerana itu semua diabstrakkan. Oleh itu sekiranya pelajar mahu menghayati atau mahu melayani apa yang diperlukan itu, sebenarnya tidak ada. Penekanan ini dilakukan tidak secara langsung bukannya secara langsung. Sebab itu kita mengenal pasti pelajar itu bermasalah tetapi macamana kita hendak menyelesaikan masalah itu. Cuba kita lihat aktiviti seni di sekolah kita. Contohnya di dalam kelas apabila kita ambil tajuk imaginasi. Pendidik harus menjadi pakar bagaimana hendak meyerlahkan imaginasi pelajar untuk mengatasi sesuatu masalah dan bagaimana hendak mengajar mereka tentang ‘emotional development’.

I hope my writing achived to your stage of questions. I wish you all the best. Keep in touch. I’ll be gladly to help you at anytime.

Sekian. Terima kasih.

1 comment:

Anonymous said...

wut do u think of him?
ppl from uitm said that he's a nice man.this Prof.Madya Ponirin Amin