Saturday, May 24, 2008

Kurikulum pendidikan seni visual di sekolah sekolah seharusnya memfokuskan kepada pembentukkan kefahaman silang budaya bagi membina integrasi rakyat

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia merupakan satu alat penting untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Negara ini. Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat mewujudkan perpaduan menerusi fungsi dan kaedah kaedah berikut ;-

Kurikulum yang sama

Sekolah merupakan agen sosial yang amat penting untuk membentuk keperibadian dan perwatakan murid murid bagi mewujudkan perpaduan di kalangan mereka. Kurikulum yang berorientasikan Malaysia yang selaras telah diperkenalkan di semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantarnya.

Unsur unsur pendidikan kewarganegaraan telah di terapkan ke dalam semua mata pelajaran. Pendidikan ini dapat memupuk semangat kebangsaan dan taat setia kepada Negara di kalangan pelajar sekolah. Di samping itu, ia dapat membentuk sifat sifat toleransi, persefahaman dan tolak ansur bagi melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu.


Peperiksaan yang seragam

Kerajaan telah memperkenalkan peperiksaan yang sama dan seragam untuk membentuk satu identiti Malaysia. Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) bagi murid murid tingkatan tiga telah diperkenalkan di semua sekolah di Negara ini pada tahun 1956. seterusnya, kerajaan telah memperkenalkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi murid murid tingkatan lima dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi semua murid murid tingkatan enam si semua sekolah menengah di Malaysia.

Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pengantar Utama

Mulai tahun 1970, Bahasa Malaysia telah digunakan sebagai bahasa pengantar rasmi, di semua sekolah di Malaysia. Ia menggantikan bahasa inggeris secara berperingkat peringkat di sekolah sekolah di Negara ini. Semua sekolah aliran bahasa Cina dan Tamil telah diwajibkan menggunakan bahasa Malaysia. Penggunaan satu bahasa rasmi akan dapat mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan murid murid sekolah dan seterusnya di kalangan masyarakat pelbagai kaum.






Aktiviti Ko-Kurikulum dan Sukan

Kerajaan telah menggalakkan aktiviti ko-kurikulum dan sukan di sekolah sekolah. Kegiatan ko-kurikulum ini dibahagikan ke dalam tiga kategori iaitu persatuan, unit beruniform dan sukan. Murid murid diwajibkan untuk mengambil bahagian yang aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum berkenaan. Matlamat kegiatan ini ialah untuk melahirkan generasi muda yang berdisiplin, bersemangat kebangsaan dan bersatu padu.


Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah-sekolah seharusnya memfokuskan kepada pembentukkan kefahaman silang budaya bagi membina integrasi antara rakyat kerana;

Kehadiran pelajar dari pelbagai ras dan etnik ini membawa budaya masing-masing yang berbeza di dalam bilik darjah. Oleh itu guru perlu peka agar tiada kelompok yang merasakan diri mereka tersisih di dalam kelas atau sekolah.

Pendekatan ini dapat menilai semula amalan-amalan yang berlaku di sekolah dan mengambil kira kepelbagaian keperluan serta budaya pelajar.

Guru akan mengenali pelajar dengan lebih dekat lagi pelajar mereka. Pelajar juga akan lebih rapat lagi di antara mereka. Maka, sekolah akan menjadi tempat yang lebih bermakna kebada sebilangan pelajar.



Untuk meningkatkan lagi peluang untuk berjaya dan menimbulkan kesefahaman dan peraduan di kalangan pelajar. Budaya asal pelajar sering mempengaruhi tingkah lakunya di dalam bilik darjah. Mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih spesifik. Lihat rajah 1.

Rajah 1 : Faktor Latar Belakang yang mempengaruhi Tingkah Laku
Jantina
Ras/Etnik
Tingkah Laku
Pemboleh ubah lain
Kelas sosial
Keistimewaan
Ugama
Sumber: James A Banks (1993) Multicutural Education: Issues and PerspectivesPelajar.


Pelajar dari pelbagai budaya membawa bersama perbezaan cara berfikir, komunikasi, nilai sosial dan intelektual, cara berinteraksi, gerak badan, sudut pandangan yang selari dengan budaya mereka.

Kurikulum pendidikan seni visual di sekolah yang memfokuskan kepada pembentukkan kefahaman silang budaya bagi membina integrasi antara rakyat dapat dilaksanakan dengan;

Integrasi isi (content)

Guru menggunakan keelbagaian contoh dari budaya yang berbeza untuk menerangkan konsep pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan merasa gembira, bangga, yakin apabila perkara-perkara yang positif dari budaya mereka diketengahkan dan dibincangkan.

Mengurangkan Prasangka dan stereotaip

Guru membantu pelajar dari prasangka kepada rakan yang berlainan budaya. Menambahkan aktiviti-aktiviti terancang yang melibatkan pelajar berbilang budaya.

Memupuk budaya sekolah yang positif

Menghentikan amalan pengelompokan pelajar mengikut kaum. Setiap aktiviti hendaklah terancang bagi memastikan pelajar lebih terbuka tanpa perasaan prejudis di kalangan teman yang berlainan budaya.



Menggunakan bahan-bahan dan kaedah yang boleh meningkatkan pencapaian akademik semua pelajar

Jika guru mengendali kelas mereka supaya lebih selaras dengan budaya, keperluan dan stail pembelajaran murid maka penerimaan terhadap pengajarannya akan lebih mudah dan pelajar lebih cepat memahami serta akan meningkatkan kecerdasan murid.

Stail Belajar oleh Ingham (1992) menyatakan kajian menunjukkan tindak balas individu kepada bunyi, cahaya, suhu, rekabentuk, persepsi, mengambil makanan, tinggi dan rendahnya kronobiologikal, keperluan bergerak dan kecekalan adalah lahir daripada biologikal semulajadi. Berlawanan dengan ini kecenderungan sosiologi, motivasi, tanggungjawab dan keperluan kepada struktur adalah perkembangan. Beliau menekankan sungguhpun begitu, terdapat pengaruh budaya di kalangan kumpulan etnik, sosioekonomi srata dan bilik darjah yang kritikal untuk dinyatakan apabila terdapat perbezaan antara kumpulan.

Kesan Integrasi antara rakyat dapat menyumbang kepada penentuan tingkah laku dan keperibadian manusia. Adler (1957) memasukan elemen penting tentang manusia dan kemanusiaan iaitu minat dan perasaan sosial. Ini akan meransang kepada terjalinnya kerjasama, hubungan kemasyarakatan, simpati dan empati.



Pelajar kini tidak akan dilabel mengikut kaum mereka tetapi akan dapat menakluki kemahiran pelbagai budaya yang positif. Mampu berinteraksi secara lisan dan visual tanpa keraguan serta dapat menyelesaikan masalah dengan sempurna secara kritis dan kreatif.


Kesimpulan

Kurikulum pendidikan seni visual di sekolah sekolah seharusnya memfokuskan kepada pembentukkan kefahaman silang budaya bagi membina integrasi antara rakyat. Kepentingannya kian meruncing dan di negara majmuk seperti Malaysia ini perlaksanaannya dapat mengubah persepsi, halutuju masyarakat yang dinamik.

Pendidik kontemporari pendidikan seni visual sendiri, telah meluahkan keperluan memperkembangakan promosi nilai dan kepentingan seni visual sebagai pendidikan kepada pelajar dan masyarakat yang berbilang budaya. Pendidikan seni visual dapat membangunkan keseluruhan seseorang pelajar, membina literal ketika memperkembangkan intiusi, musabab, imiginasi, dan percambahan bentuk ekspresi, penilaian, apresiasi dan komunikasi. Proses ini memerlukan kebijaksanaan.





Pelajar kini digalakkan;

· Mempelajari budaya dan pengalaman budaya lain yang terdahulu dan sekarang.

· Belajar mengadaptasi dan menghormati budaya lain secara berfikir, bekerja dan ekspresi masing-masing

· Mempelajari pelbagai mod penyelesaian masalah secara berbeza yang didapati dari rakan dari budaya yang lain.

· Memahami pengaruh seni visual secara mendalam mengikut budaya yang berbeza, bagaimana ia dihasilkan, mencerminkan budaya pada impak senireka yang digunakan seharian

· Menganalisa komunikasi tampak dan membuat penilaian pengetahuan tentang artifak budaya dan isu-isu.

· Komunikasi idea dan perasaan di dalam pelbagai mod lisan dan visual.


Pendidikan Seni Visual dapat berfungsi sebagai alat perpaduan yang efektif kerana ia bukan sahaja memperkukuhkan kognitif, tetapi psikomoto dan afektif. Ia dapat melahirkan masyarakat yang seimbang, membentuk generasi baru yang kaya dengan ilmu pengetahuan, memperluaskan pengalaman, mempengaruhi setiap umur generasi yang ada dengan seni tradisi, popular dan terkini. Seni visual dapat menjadi alat integrasi peraduan yang penting di dalam kesatuan secara berdisiplin.


















Bibliografi



Deborah D.West, “ Edicational Horizon ”, Summer, 2000 .

Abd. Fatah Hasan, “ Falsafah Pendidikan” PTS publication & Distribution, 2001.

Prof. Madya Hj Iberahim Hassan, “ Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan “,
“ Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik”, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan Kesenian, UPSI, 2000.

Robert J.Sternberg, “Human abilities Annual Review of Psychology”. Annual, 1998.

“ Seni Visual Sukatan Pelajaran dan Soalan Contoh ” Majlis Peperiksaan Malaysia, 2002.


Viktor Lowenfeld , “ Creative and Mental Growth “, Macmillan Co New York ,1947.

No comments: